Saturday, December 25, 2010
Menunggu Tahun Baru
Wednesday, December 15, 2010
Susahnya Nak Pilih Cermin Mata

Jom Kita Berkenalan

- Bila mula buat blog ?Thursday, June 03, 2010
- Jumlah follower sekarang ini ..19
- Berapa trafik harian ?10-20
- Sehari brapa entri ?kadang-kadang satu dan kalau rajin dua atau tiga.
- Berikan satu blog yang best korang suka bacaTetap blog Ben Ashaari.Bukan bodek tapi sebab blog dia la banyak bagi semangat nak buat blog. Lagipun banyak giler tips dan kata-kata semangat!
Keindahan Pantai Chendor
Assalamualaikum wbt
Terasa lamanya x mengetuk keyboard and x post entry terbaru. Waktu cuti aku gunakan dengan sepenuhnya untuk berehat dan tenangkan fikiran. No Facebook,no Blog, no Chat n segala yang berkaitan la...hehehehe.
Bercerita tentang tenangkan fikiran, baru-baru ini aku ngan family sempat meluangkan masa mandi-manda di Pantai Chendor, Kuantan. Memang syok la...dengan angin yang sepoi2 bahasa ditambah plak cuaca yang baik memang sesuai la untuk menenangkan fikiran.
Dari tujuan ingin berkelah dan bermain air di gigi pantai berubah kepada mandi-manda memandangkan keadaan air pantai tidak membahayakan walaupun pada musim tengkujuh.
Bagi peminat pantai, aku rasa pantai nie memang sesuai la. Pantai Chendor nie terletak dalam negeri Pahang, berhampiran dengan sempadan negeri Terengganu. Pantai nie jugak merupakan pantai berpasir keemasan yang menjadi tempat penyu bertelur.
Kalau korang berminat boleh la pergi n layan beberapa keping gambar aku amik time matahari nak terbenam. tapi waktu tue matahari xde pon...hehehehehheee.
Friday, December 03, 2010
Blog oh Blog !!

Hang Out with My Bff


Melawat Orang Sakit
1. Melawat orang yang sakit adalah fardu kifayah
Sabda Nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :-
حق المسلم على المسلم خمس : ردّ السلام وعيادة المريض واتباع الجنائز ، وإجابة الداعي وتشميت العاطس
“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin” [Hadith Riwayat Ahmad 2/540, al-Bukhari #1240, Muslim #2792 dan Abu Daud #5031].
a. Menziarahi pesakit mendatang banyakkan banyak kebaikkan. Sabda Nabi saw :-
إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ
“Apabila seorang Islam melawat saudaranya yang sakit, dia sebenar telah melabur buah-buahan syurga sehingga dia kembali” [Hadith Riwayat Muslim #2568].
3. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.Ia kemungkinan akan membuat pesakit tidak merasa senang, melainkan dia sendiri menghendaki orang2 tertentu berada lebih lama lagi disitu.
4. Berdo’alah untuk pesakit agar dia sembuh.
Contoh do’a :-
أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ , وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي , لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا
“Ambillah penyakit Ya Tuhan manusia, sembuhkanlah, kerana engkau Maha Penyembuh, Tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan engkau, tidak ada penyembuh melainkan penyembuhan engkau, penyembuhan engkau tidak meninggalkan kesan kepada penyakit” [Hadith Riwayat Muslim #2191].
5. Berilah kata2 semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.
Melawat muslim yang sakit:
"Siapa yang melawat orang sakit bererti dia duduk di taman-taman Syurga, jika dia hendak berdiri, maka ditugaskan tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya sampai malam hari" (HR. al-Hakim)
Nape x angkat phone?
Thursday, December 02, 2010
To Do List

Friday, November 26, 2010
Exam....Saya Suka Kamu

Tuesday, November 16, 2010
Keluargaku Syurgaku
Bukan senang nak berkumpul satu keluarga kalau tak ada majlis2 penting atau hari lebaran. Macam tue jugak ngan keluarga aku. Bila da semua balik berkumpul, macam nak pecah umah tue jadiknya.
Keluarga aku yang ramai nie bila berkumpul ada jek aktiviti yang dibuat. Selagi tak pagi sure punya tak tdo. Lepas tue esok pagi mulalah semua malas nak bangun, sampai dengar suara mak aku yang pakai speaker masjid baru bangun.hehehehee.
Walaupun pelbagai ragam, tapi keluarga aku tetap happening. aku harap persaudaraan kami sentiasa berkekalan walau kami tinggal berasingan....
Buat along, angah, abang, dd,pp n adik cutikan ada...col n balik jek lau da windu.hehehee
Korban Dan Aqiqah
Sunday, October 31, 2010
Gomo Kelate Gomo

Saturday, October 30, 2010
Tetiba Rindu...
Terasa hati sayu n sedih. Puas duk pikir kenapa.
Jawapannya...huhuhu. Aku Miss Dia Sangat2.Awat susah sangat nak lupakan.huhuhu.
Tido ubat terbaik bagi lupakan bayangannya.....
Mode:x stabil...:(

Thursday, October 28, 2010
Penat Tahap Gaban....

Assalamualaikum wbt.
Penat tak tdo malam bagi menyiapkan editing untuk projek esaimen buku belum hilang lagi, dah kena edit balik sebab ada lagi kesalahan yang perlu diperbetulkan.Punya la sedey cos ingat da complete.huhuhu.
Kesian kat aku punya tukang lay out, terpaksa bertungkus lumus menukar kembali pages yang berubah sambil di bantu oleh ahli kumpulan yang lain. Terpaksa siapkan ari ini cos esok nak kena pergi library negara untuk dapatkan no ISBN buku tersebut.
Da siap semua betulkan kesalahan n edit apa yang salah, aku n member terus pi kedai untuk print cos nak kena bawak hard copy buku nie esok.
Sampai kat depan laptop n bukak folder, tiba2 abang print tue bgtau, pendrive member aku ada virus n xley bukak. Pergh..punyalah risau kitaorang n nasib abang tu ada software yang boleh tolong bukak folder tersebut.
Da siap2 print aku pergi balik kat ahli kumpulan aku berkumpul, tiba2 member aku bgtau bahan yang kami edit tadi, tak ingat nak save. Pergh...lagilah aku gabra cos xkan nak buat balik kan..keje gla la namanya tue.
Nasibla, tukang lay out aku da save satu copy kat pendrive yang kena virus tadi. Dengan tebal muka pi mintak tolong kat abang print tue sekali lagi. Nasib berjaya n terus aku save dalam pendrive. Thanks kat abang print tue sebab tolong n tolong kasi ceramah sekali agar len kali save esaimen tue kat banyak tempat...hehehee.
Da setlle semua, terus bergegas nak balik kolej. Tiba2 member aku tanya, file ko pegang tadi mana? Dah satu lagi masalah datang. Aku ingat member2 aku nie bergurau sebab memang diaorang kaki kenakan orang. Tapi bila masing2 memang muka serius, da sah aku tertinggal kat mane2 entah.
Aku da cuak gila...yela dalam file tue macam2 ada termasukla surat izin terbit karya yang aku simpan. Mane nak cr ganti lau ilang. Puas aku fikir n aku rasa tertinggal kat cafe time aku pi beli makanan tadi. Patah la balik pergi cafe tue n nasib kakak tue simpan.huhuhu.Lega cos jumpa.
Sampai jek bilik, aku tengok lak kain baju menimbun x sempat nak jemur tengahari tadi. Nak basuh senang jek campak lam mesin, nak jemur punyalah malas...huhuhu.
Da settle semua barulah aku terasa badan sakit n penat gla tahap gaban arini. Memang cukup2 menguji tahap kesabaran darah aku.
Fikir-fikirkanlah....:)
Dia Gadis Berbaju Kurung

Tajuk cam best jek kan..hehehhe. Arinie pergi class catat sejarah aku pakai baju kurung.huhuhu. Bukanlah sesuatu yang pelik bagi orang lain, tapi bagi aku yang jarang pakai nie, memang la menjadi pelik bagi semua orang.
Jumpa jek kawan2 ngan adik2 junior kat tepi jalan cbuk duk menanya nak pi mana pakai baju kurung cantik2 nie.hehehe.
Bengang jek aku ngan kawan baik aku yang jugak jenis x berapa nak gemar pakai baju kurung. Aku lak bagi nak cover bengang, aku jawab kami nak pi nasyid berjemaah sat lagi.kihkihkih.
Malu lak terasa bila ramai sangat duk tegur,nampak sangat boleh dikira bila aku pakai baju kurung. Bukan x cantik kalau pakai, dahla nampak sopan,comel,silap2 ramai lak yang berkenan(hahhahaha,statement tak menahan) tapi aku rasa terbatas kalau nak berjalan atau naik motor.
Kami dahla pergi class naik motor, kan tak pasal2 terselak-selak, atoi malu la nampak bulu kaki yang tak berapa nak comel nie.hahahhaaa. Baik punya alasan aku bagi kan nape xmor pakai baju kurung.
Bagi aku, x kisahlah pakai apepon janji kita pakai baju n selesa bila nak memulakan langkah.X gitu?hehehheee.
Fikir-Fikirkanlah....:)
Ada Apa Dengan Umur?
Wednesday, October 27, 2010
Aku Juga Mengharapkan Sebegini
Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.
Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.
Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.
"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.
Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.
Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"
"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!
Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,
"Berikan saya kopi masin!"
Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.
Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"
"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.
Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.
Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.
Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.
Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.
Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.
"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis.
Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..
Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."
Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.
Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"
Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."
Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.
Kisah Cinta Kopi Masin | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Fikir-fikirkanlah....:)
Pasar Malam Oh Pasar Malam

Tuesday, October 26, 2010
Comel, Cute n Simple

Hati Teringat Kampung, Jiwa teringat Esaimen
Sunday, October 24, 2010
Bukan Mudah Nak Jadi Pembaca Berita
Berbalik kepada projek esaimen tersebut,aku harus membaca seploh berita seperti di dalam radio dan satu berita siaran langsung. Pada awalnya, setiap kali latihan dalam class, aku hairan kenapa setiap kali baca berita ada saje yang tidak kena di mata lecturerku, namun bila sudah merakam dan merekod, baru ku tau bahawa ape yang dikatakan oleh lecturerku semuanya benar. Aku rasa nak bernanah telinga mendengar suaraku sendiri yang tidak sedap langsung...hahahhaaa.
Walau apepon, akhirnya keje merekod,merakam,menyunting,megeditnya dan segala yang berkaitan dengan projek ini siap setelah 3 malam berturut2 berkampung di kawasan yang tiada bunyi bising.
Lain kali jangan serik bantu aku k...hehehehhee.
Fikir-fikirkanlah.....:)