Assalamualaikum wbt
Petang korang n selamat berhujung minggu. Sebelum nak mulakan operasi mandikan sigedo, aku nak coret2 sikit 2,3 perkara yang berlaku dalam rutin kerja aku sejak kebelakangan ni.. Rasa cam nak meletop jek kepala fikir2 sal kerja. Lau jumpa kaunselor pon, mesti dia suh aku balik sebab dia pon pening..hahahhaa. Horm,, aku tau korang x paham masalah aku, tp aku gatai gak nak tulis n kongsi...hehehhehe.
Berbalik pada kerja lately ni ada perubahan skit. Biasalah orang atasan punya arahan, kami kenalah ikut. Lau tak, ujung bulan compem aku makan pasir goreng kicap ngan air hujan kosong. Nak main tukar2 ni bukan senang, macam2 kena buat. Tapi apelah daya aku sebagai pekerja. Sedih, geram, seronok semua ada bercampur jadi satu.
Kadang2 stress menekan2 di jiwa bila macam2 pihak join campur tangan. tapi bak kata aku punya adviser x bergaji, hidup umpama roda. Kadang2 kita di atas, dan kadang2 kita nun di bawah. Walau apepon terjadi, kerjalah sebagai satu tanggungjawab sebab dunia ni hanya sementara sahaja. Apepon yang berubah, kita perlu terus tekun dan bersemangat. Jangan berubah kerana orang lain.
Otak aku da cam roller coster jek jadinya. Ape yag dipesan itu semua betol, cuma aku rasa down sikit nak teruskan kerja. bila pikir2 balik, sepanjang kerja, aku pon lom tunjukkan bakat dan kebolehan yang ada. Taraa papa nak di berikan if aku tukar kerja lain. So daripada aku duk memikirkan nasib yang belum pasti, aku mesti bangkit dan buktikan. Mengeluh takkan bagi aku pape yang menguntungkan. Sekurang2nya, bila aku berhenti atau diberhentikan, aku ada SESUATU yang boleh dibanggakan.
Kalau korang ada pendapat nak share dengan aku, sila2 kanlah yer. Aku sangat2 memerlukan motivasi daripada korang semua. Sharing is Caring kan...hehehhehee
im rite now
p/s: i got da flu n angin2 sickness disebabkan terlalu memikir sal kerja...huhuhuhu