Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, October 24, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Bukan Mudah Nak Jadi Pembaca Berita


Terasa lama lak aku x mengupdate blog nie,padahal baru dua hari.hehehhehe. Sebagai student aku terpaksa membahagikan masa dengan secukupnya..Kalau busy menulis blog jek tapi malas menulis esaimen x jadi juga kan...

Tentu korang tertanya-tanya kenapa aku katakan bukan mudah untuk menjadi seorang pemberita. Ini semua berkaitan dengan projek esaimen pada sem ini. Pada awalnya, lecturer aku sudah memberitahu bahawa kelas yang aku ikuti ini sangat sukar. Namun bagi aku,cabaran harus diterima. Yela, mana ada dalam dunia nie perkara yang mudah kan, bergantung kepada kita untuk memudah atau menyukarkan sesuatu perkara itu.

Berbalik kepada projek esaimen tersebut,aku harus membaca seploh berita seperti di dalam radio dan satu berita siaran langsung. Pada awalnya, setiap kali latihan dalam class, aku hairan kenapa setiap kali baca berita ada saje yang tidak kena di mata lecturerku, namun bila sudah merakam dan merekod, baru ku tau bahawa ape yang dikatakan oleh lecturerku semuanya benar. Aku rasa nak bernanah telinga mendengar suaraku sendiri yang tidak sedap langsung...hahahhaaa.

Walau apepon, akhirnya keje merekod,merakam,menyunting,megeditnya dan segala yang berkaitan dengan projek ini siap setelah 3 malam berturut2 berkampung di kawasan yang tiada bunyi bising. Terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada sahabat-sahabatku yang membantu.Untuk Mr R dan Miss S hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian dalam membantu aku. Tak Lupa juga buat Mr D yang sudi membantu walau di saat-saat akhir....:).

Lain kali jangan serik bantu aku k...hehehehhee.

Fikir-fikirkanlah.....:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian