Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Friday, February 25, 2011

I'm Lovin' It.

Assalamualaikum wbt

Kentang Goreng atau French fries, bestnya.hehehee. Pasti ada yang kecuq liur dengar kan..kan..kan... Rasanya yang sedap, masin2 n berlemak serta rupa yang menarik sudah tentu menarik perhatian kita especelly kanak-kanak ngan budak2 remaja.

Namun, AWAS!!!

Bagi Anda yang ketagih dengan makanan ini, sebaiknya meletakkan rasa waspada pada diri anda mengenai ketagihan tersebut. Menurut kajian yang dilakukan oleh saintis,kandungan acrylamide dalam kentang goreng dipercayai boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit kanser, terutama pada golongan wanita muda.

Seperti yang telah digembar-gemburkan dalam British Journal of Cancer, seseoarang yang kerap mengambil makanan yang mempunyai kandungan acrylamide yang tinggi akan meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit kanser payudara , khususnya pada wanita yang belum memasuki masa menopause.

Para ilmuwan di University of Leeds, telah melakukan kajian yang melibatkan perempuan yang berusia antara 35-69 tahun. Kajian terhadap golongan wanita ini dipantau selama 11 tahun dalam sebuah buku yang bertajuk “United Kingdom Women’s Cohort Study”. Dalam buku ini,saintis mengkaji jenis-jenis makanan yang mengandungi acrylamide.

Korang mesti nak tau ape itu acrylamide kan??

so teruskan baca kat bawah nie.

Acrylamide adalah sebatian organik dengan rumus kimia C5H5NO. Sebatian ini terdapat pada bahan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti jagung, kentang, dan tepung yang disajikan dengan cara digoreng, dipanggang, atau dibakar pada suhu melebihi 120 darjah Celsius.

Sejumlah makanan seperti kerepek kentang, atau produk berbahan kentang lain, seperti kentang goreng, cereal (produk sarapan pagi), produk-produk bakery (roti bakar), dan produk yang diperbuat daripada jagung atau tepung jagung, dipercayai meningkatkan acrylamide dalam kandungan. Hal ini terjadi kerana cara penyediaannya yang memerlukan suhu tinggi dan waktu cukup lama, apalatah lagi makanan tersebut akan mengalami perubahan warna kepada kecoklatan atau keperang-perangan.

Bila da baca pasal bahayanya kentang, pikir 2,3 kali gak nak makan nie..tp semalam baru jek pas makan kat KFC.Opss...hehehehhee.

Sebenarnya terpulang kepada kita bagaimana nak jaga pemakanan. So lau korang nak chat, jaga badan jangan makan. Lau nak juga boleh tapi jangan selalu la. Lagi best lau korang ajak aku sekali.kihkihkih.

Agak-agak KFC ngan MacD tutup x lepas baca entry nie...:))

pikir-pikirkanlah...:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian