Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, May 01, 2012

sekotak susu, setitis keringat

Assalamualaikum wbt

Gara-gara baca blog mamat zackzukhairi nie maka teringat la aku kat pengalaman yang lebey kurang sama ngan dia. Zaman tu, bukan setakat vitagen jek,  susu kotak pon glamor. Sape nak beli kena bagi kertas jugak  dan tulis berapa nak. Tapi dulu mana la mampu,walau berapa sen sangat la harga susu kotak ngan vitagen tue berbanding sekarang.

Kat sekolah dulu, beberapa hari sebelum agen susu tue datang, cikgu aku awal2 da promote. Aku tunjuk kat abah aku jek, sebab lau tunjuk kat mak aku kompem2 la tak dapat. Tapi tunjuk kat abah aku pon sia2 gak sebab lau aku dapat yang lain mesti nak jugak. Tapi aku yang tak dapat tue la aku merengek2 nak sampai aku dapat. Abah aku lak nak kata apakan, tak dibaginya anak. Merajuk punya merajuk akhirnya abah aku bagi juga duit.( aku pon x sure abah aku bagi ngan ikhlas ke tak....hahahhaha.). 

Kalau semua kawan-kawan beli, tapi aku tak mesti malu kan. Zaman sekolah, ape pon tak ley pikir, yang penting apa yang nak mesti dapat. esoknya bila van tue datang aku mesti senyum sebab duit da ada. aku tak la beli sampai sedozen, cukupla satu kotak sorang untuk adik beradik aku yang lain jugak.

Bila da besar panjang nie, baru aku terpikir yang susahnya abah aku nak cari duit n nak puaskan hati tujuh anaknya yang lain. Bukan senang wo nak adil, kadang2 mesti ada yang terlebey atau terkurang. Diaorang x sedar pon menda tue berlaku. apa nak buat anaknya da ramai.

Bila terkenang kembali, aku rasa nak kuar air mata atas pengorbanan abah n ma aku. Tak terbalas jasa diaorang dalam besarkan kami adik beradik.

Lepas nie, lau aku ada keluarga n anak sendiri, aku nak ajar diaorang macam mak aku selalu ajar kami adik beradik. Nak beli apa2 kena belajar menyimpan dan menabung. Kaedah yang mak aku gunakan tu memang menjadi buat aku sampai sekarang sebab lau aku nak dapatkan apa2 aku akan berusaha menyimpan n beli apa yang aku hajatkan tue....:))


nie bukan gambar susu zaman aku, tapi boleh la ek.

p/s: Tak semua daripada kita dilahirkan didalam dulang emas dan bersyukurlah walau kita dilahirkan dalam dulang suasa atau perak. Bagi aku, pelajaran dan usaha merupakan tunggak kepada kejayaan.

pikir-pikirkanlah....:))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian