Assalamualaikum wbt.
Pergh...akhirnya selesai last class aku sebelom balik raya. Bukan main malas lagi aku bangun nak pergi class, tapi memandangkan aku kena submit esaimen maka kena rajinkan juga demi markah tue...hehehhee.Aku nie walau malas gila tapi perkara yang melibatkan markah dalam exam aku sanggup berjaga sampai pagi untuk menyiapkannya. Bukan nak angkat bakul or angkat baldi tapi nie memang perangai aku dari dulu lagi. Bagi aku kalau kita komitmen dengan apa yang kita lakukan insya'allah semuanya dipermudahkan.
Ish..lain aku nak cerita,lain lak aku membebel...hehehee. Berbalik kepada apa yang aku nak ceritakan ialah peristiwa yang agak menyedihkan dan agak kelakar berlaku dalam class aku pagi tadi. Lecturer aku tiba2 mengaitkan method yang aku pelajari dengan Hari Kemerdekaan. Katanya ada kaitan dengan culture, symbol and ritual serta structure and function yang kami pelajari. So dia pon bertanyalah kepada kami seorang demi seorang bagaimana kita menggambarkan Hari Kemerdekaan samaada melalui symbol atau sejarah Merdeka.
Pelbagai jawapan yang diberi sehingga membuatkan lecturerku tersenyum sumbing. Ada yang masuk di akal n ada yang out terus. Yela...cuba bayangkan ada yang memberitahu nama Perdana Menteri kita yang pertama Datuk Onn Jaafar. Aku yang agak buta sejarah nie pon tergelak besar, nasib tak dikatanya Jaafar On. Mungkin dia tersilap baca fakta kot.(think positif k)
Tapi, itulah realitinya anak bangsa kita yang semakin alpa dan lupa tentang sejarah...termasuklah aku.(korang pon jangan malu nak mengaku k,aku rasa kalau seploh orang rakyat malaysia ditanya mengenai sejarah di Malaysia,compem hanya 2 or 3 orang jek yang bley jawab penuh.huhuhuhu)
Sempena hari kemerdekaan yang bakal kita sambut tak lama lagi, aku rasa tidak salahnya jika kita membuka kembali buku-buku lama mengenai sejarah negara kita. Sejarah banyak mengajar kita menjadi lebih matang dan jangan lupa bahawa SEJARAH MUNGKIN BERULANG jika kita terus hanyut tanpa mengenang kembali apa yang telah berlaku.
Jadilah kita seorang rakyat Malaysia yang tahu akan sejarah negaranya walau dibumi mana kita berpijak.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan..
fikir-fikirkanlah..:)
No comments:
Post a Comment