Assalamualaikum wbt.
Salam Ramadhan buat semua Umat Islam di Malaysia walaupun dah 15 hari kita berpuasa.
Pejam celik pejam celik kita sudah pun melepasi setengan bulan Ramadhan. Rasanya macam baru semalam kita berniat puasa pada hari pertama.
Cerita pasal bulan puasa penyakit yang selalu dihadapi pada bulan ini ialah Gastrik.
Saya juga tidak terkecuali mempunyai penyakit ini tetapi tidaklah diperingkat yang serius. Cuma apabila bulan puasa, perut yang lapar dan kosong membuatkannya terasa semakin teruk. Jadi disebabkan kesakitan inilah ramai diantara kita yang menjadikannya alasan untuk tidak berpuasa.
Walaupun seteruk mana sesuatu penyakit itu masih ada cara untuk kita mengubatinya. Jika niat kita bepuasa kerana Allah, Insya'allah gastrik pasti hilang sebentar di bulan Ramadhan.
Sebenarnya gasrtik boleh dicegah dari awal jika kita menjaga pemakanan.Perkara yang utama ialah mengelakkan daripada gatrik alah elakkan makan makanan yang pedas. Ini kerana, apabila perut kosong ia akan mengeluarkan asid, dan asid ini apabila ditambah dengan makanan pedas ia akan menyebabkan perut kita menjadi pedih dan timbul gejala-gejala seperti dibawah ini.
Gejala Penyakit Gastrik..
>Sakit perut dan rasa tidak hadam. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut.
>Rasa pening kepala.
>Terasa sakit di ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.
>Loya atau muntah.
>Badan rasa lemah lesu.
>Berat badan menurun
Oleh itu kepada pesakit gastrik disarankan untuk melewatkan makan sahur dan ketika berbuka elak memakan dan minum makanan yang berais dan sejuk.
Untuk keterangan lanjut bolehlah melayari laman ini.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Kesihatan/20051015231009/Article
http://ppim-msc.blogspot.com/2006/09/gastrik-bukan-alasan-tidak-puasa.html">
pikir-pikirkanlah...:)
No comments:
Post a Comment