Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Thursday, April 18, 2013

Akulah Si Gigi Besi

Assalamualaikum wbt...

Tarra....ding dang muncul lagi dengan permainan baru.. Hehehehe, takde kena mengena langsung. Saja buat intro sebab da lama aku tak post papekan. Kali ni aku nekad nak bersihkan balik sawang yang ada. Dengan azam baru walau da mencecah setengah tahun. Ecececehhh...masih belum lambat k.

Alhamdulillah..akhirnya niat aku nak pakai gigi besi aka braces tercapai setelah lama membuat keputusan. Memang la korang akan kata aku pakai untuk cantik, tapi niat aku memang tidak sama sekali. Aku hanya mau merapatkan gigi arnabku yang jarang dan semakin jarang aka jongang. Lau korang tengok gambar2 aku sebelum nie memang xkan nampak sebab aku memang terkenal dengan budak muka sombong yang tak pandai senyum. hehehhee. Tapi apa boleh buat, memang mak tak reti senyum..hahahhaa.

Btw, aku nak tutup gigi tue sebenarnya. Aku terasa sedikit malu dan merasakan setiap orang akan peratikan gigi aku yg jarang tu bila bercakap. Padahal aku yang syok sendiri perasan hot.hahahhaaa. Excely, aku memang bersyukur dengan apa yang telah Allah SWT anugerahkan kepadaku. Cuma bak kata imam muda asyraf bergantung kepada nawaitu kita.. So lau korang berangan nak pakai kerana nak chantekkkk, pikirla seploh kali sebab sakitnya boleh tahan tahap dewa.

Aku baru dua hari melalui kesakitan memakai gigi besi aka braces nie. Tanggal 16 April 2013 kiranya tarikh keramat la. Aku bernasib baik cos tak perlu nak cabut gigi bagai macam orang lain memandangkan gigi aku memang da jarang. So besi tue mudah sangatla nak ditarik dan diletakkan. Setelah apoiment aku ngan Dr Z (memang baik gila doktor ni) bermula, datanglah aku ke kliniknya tepat jam 5.30 pm. Kira konfident jek datang sorang2. Da masuk bilik rawatan, Dr Z tersenyum sambil suh aku baring. Dalam pada aku duk betulkan posisi, sempat lagi dia tegur kasut aku yang merah menawan. Aku tersengih2 bak kerang busuk sebab tu kasut baru...hahahhaaa.

Ralit aku mendengar Dr Z berborak dengan pembantunya, tiba2 dia suruh aku bukak mulut luas2. Pap...sederap aku rasa sesuatu yang keras masuk ke dalam mulut. Pergh... rasanya buatkan aku nak termuntah. Lepas tu dia tarik balik. Dr Z bgtau aku bahawa menda alah tersebut adalah acuan untuk mengukur gigi. fungsinya aku langsung tak tau.hehehhehe.Settle acuan, sekali lagi Dr Z suruh aku bukak mulut seluas yang mungkin sambil memasukkan acuan gigi plastik (biasanya orang sukan boxing guna nak bagi elak gusi berdarah). Memang lenguh gila la rahang ni sampaikan aku suh Dr tu bukak sekejup. 

Pastu tibalah upacara menggam gigi aku ngan besi kecik2. Aku tak tau dia buat camne sebab aku langsung x nampak.hehhehee. Tak sampai 15 minit, Dr Z da suh aku pilih warna getah. sekali lagi, aku langsung tak tau fungsi getah tu nak buat ape cos aku  x goggle pon pasai braces ni. Yang aku tau aku nak pakai jek. Memang pemalas tahap gaban kan aku...huhuahuaha..Pilih punya pilih, aku amik warna pink. Kalau diikutkan, dulu aku memang tak minat pink, tp sebab mamat takde perasaan ni, aku ley minat pink. Lau BFF aku baca, mesti dia gelak tahap tenggiling ni...hahahhahaa.

Akhirnya lebey kurang sejam..Tarra....gigi besi pink terserlah. Buat kali kedua Dr Z sempat usik aku. Katanya warna pink warna perempuan...Puihhhh...nak muntah..hahahahaa. Da settle..lebey kurang kol 7 ptag, aku da boleh chow sinchi setelah dibekalkan dengan pelbagai pesanan dan set berus penjagaan gigi besi. Masuk jek dalam kereta, aku tersengih2 tengok cermin... Da macam betty lafea yang pakai gigi besi tu..Tapi aku versi chomel..hahahahhaa..Jangan muntah k...peace....


6 perkara korang perlu tau dalam entry ni:

1. Aku just buat braces gigi atas jek cos gigi bawah da ok n cantik menawan...hehehhee
2. Harga yang ditawarkan agak berbaloi dan boleh bayar ansuran.
3. Dr Z ni cukup baik dan lemah lembut bagi aku.
4. Warna pertama aku pilih pinky....hahahhahaa
5. Aku sentiasa tengok cermin, lebih konfident dan sering tersenyum.
6. Special thanks buat angah aku yang tak jemu2 bagi support dalam apa jua perkara yang aku lakukan. 


ni la lebey kurang gigi aku, cuma lagi jarang jek...hahhahahahaa


pikir-pikirkanlah.....:))






4 comments:

FancyElasticLigatures said...

Hye, silalah lawat page https://www.facebook.com/fancyelasticligaturesmalaysia utk pelbagai getah braces yg cantik2, tq :)

Unknown said...

salam sis klo gigi bawah saya jarang masih boleh pkai braces kew.. berape jewk eah harge dye klo kita nak pasang braces..

Anonymous said...

Klinik mana.... Contact num klinik... Location

Unknown said...

Gigi bawah sy jarang2 smuanya tp doktor still cabut 2btg kt bawah n 2 btg kt ats..aduhhh bila pikir2 balik cm syg je nape perlu cabut kalau jarang kan..sekarang dah tinggal 28 batang gigi je untuk di manfaatkan seumur hidup..arap2 kukuh laa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian