Assalamualaikum wbt.
Setiap detik x henti-henti aku menghitung waktu untuk pulang ke kampung. Orang lain cbuk mengulang kaji untuk test, midtem exam aku lak cbuk berkemas nak blik. Otak da tepu nak fikir pasal pelajaran. Lau mak aku tau,kompem kepala aku kena ketuk nie.hehhehe. Sebab da lama x balik umah kot aku jadik camni. Kalau kena futher study kat oversea camne la aku agaknya(ada ati lak tue...hahhaha.amin2.)
Biasa la, da mood raya memang la otak pikir kampung walau puasa banyak hari lagi.Cerita pasal raya,banyak tol kenangan aku ngan adik beradik yang xley dilupakan. Memandangkan aku dibesarkan di kampung so macam2 permainan la aku ngan adik beradik reka untuk menyeronokkan malam2 puasa kami.
Lepas balik terawih jek, aku da start ikut abang ngan adik lelaki aku pergi main ngan kawan2 dia walau aku sorang jek pempuan. Dulu aku xley kawan ngan orang lain, abah aku x bagi sebab dia takut aku kuat merayap. So kawan2 aku ialah abang ngan adik lelaki aku. Antara perkara yang aku paling suka ialah main mercun ngan bakar surat khabar.hahahhaa...Mercun tue biasa la kan, semua orang tau, tapi bakar surat khabar nie aku rasa x ramai yang tau. Ni ialah permainan tradisi aku adik beradik selepas mercun da abes...kihkihkih.
Cara buat belon surat khabar nie senang jek n cos murah. Mula2 amik sehelai surat khabar, pastu sambungkan keempat2 bucu penjuru surat khabar tersebut. Pintal muncung surat khabar tersebut supaya x tebuka.Pastikan surat khabar tue gelembung macam belon supaya senang ia nak terbang. Pastu amik lighter dan bakar disetiap penjuru surat khabar tersebut. Setelah itu, surat khabar tadi akan terbang tinggi ke awan sampailah apinya terpadam. Kami akan bertanding belon surat khabar sape yang naik paling tinggi dan berlari2 sambil terjerit2 melihat belon kertas kami terbang...
Permainan nie gak bahaya cos percikan api boleh terkena umah orang. So pastikan korang main di kawasan yang lapang.hehehehe.Dulu kawasan umah aku lapang macam padang bola, so bebas nak main walau mak aku selalu marah-marah.hahahhaa.
Masing-masing da besar panjang n semua ini hanya tinggal kenangan. Raya nie pon adik lelaki aku x balik sebab bertugas kat sabah. Sedey beb cos kami x cukup korum, tapi nak buat camne lau da tuntutan kerja. Bagi aku, ikatan kekeluargaan tue xkan putus walau kami berjauhan sebab diantara kami ada kenangan manis untuk dikenang.
Buat abang,dd n pp....jangan lupa ajar anak korang permainan nie nanti tau.hahahha:)
3 comments:
macam mana ea nk lipat surat khabar tu? x dpt nk imagine la dgn baca ur blog je haha ajar please?
Da lama sangat weh baru baca komen... Hahahahaha
Post a Comment