Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, September 19, 2010

Air Tangan Ibu



kecur liuq duk tunggu nak makan...:)

Cerita pasal air tangan dalam dunia ni, bagi aku air tangan ibulah yang paling best sekali. Tanyalah anak sape pon, mesti dia akan kata masakan ibunya yang paling sedap. Kalau tak sedap pun kena kata sedap gak cos takut nanti jadi anak durhaka...hahahhaaa(gurau jela).

Cuti kali ini, aku berkesempatan belajar dengan mama aku cara-cara buat pecal ngan tomyam....hehehhee. Walaupun nampak simple tapi bagi yang tak pandai masak nie memang agak rumit dan renyah.

Ini resepi ibu aku bagi sesape yang berminat..senang,mudah n lazat...:)

½ ekor ayam (dipotong kecil)

¼ kg udang

¼ kg sotong

5 ulas bawang putih

2 labu bawang besar (dibelah enam)

2 batang serai

1 paket pes tom yam

2 camca besar air

4 helai daun limau purut

4 biji cili hidup (ditumbuk)

Bunga kobis (dipotong kecil)

2 batang carrot (dipotong nipis)

2 biji tomato (dibelah enam)

Gula dan garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan pes tomyam sehingga garing. Kemudian masukkan ayam, sotong, udang dan daun limau purut. Setelah ayam masak, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup. Masukkan kiub tom yam (jika suka) gula, garam dan air Kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan tomato,carrot dan bunga yang telah dibelah tadi.


Setelah beberapa jam berguru akhirnya siaplah hidangan tersebut. Jeng..jeng...jeng....tarra!Tengok n Komen la yer,nak rasa lam gambar.:)

2 comments:

Fazlinil Irma said...

ude.. sila letak resepi tom yam tu secara detail.. memang nampak menyelerakan.

nasib tak ngandung.. hahahaa..

ilham_un said...

hehehhehee....
kalau akak ngandung kita buatkan yer.:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian