Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Saturday, December 25, 2010

Menunggu Tahun Baru

Assalamualaikum wbt

Hanya menunggu beberapa hari lagu untuk membuat dan menukar azam baru.....hehehehehhe.

Wednesday, December 15, 2010

Susahnya Nak Pilih Cermin Mata

Assalamualaikum wbt

Penat akhirnya berbaloi setelah cermin mata yang aku inginkan akhirnya dapat. Berbelas-belas kedai aku pergi namun hanya kedai nie jek yang menarik hati aku. Walau harhanya pon agak lumayan tapi aku puas hati sebab kena dengan citarasa aku.

Tidak semua bingkai kaca mata sesuai untuk dipakai oleh kita. Biarpun bentuknya cantik tidak semestinya ia kelihatan menarik apabila dipakai. Oleh itu, ketika memilih cermin mata betul adalah pemilihan tepat dari segi bentuk dan warna penting bagi menyerlahkan personaliti kita.

So korang boleh tengok la tips2 kat bawah nie sebelom pilih n beli cermin mata.

PANDUAN: Pilih cermin mata sesuai

- Bentuk muka bujur sirih - sesuai hampir semua bentuk bingkai kaca mata, asalkan tidak terlalu besar.

- Wajah lebih panjang daripada lebar - bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang ini.

- Bentuk bulat - bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat paling ideal.

- Bentuk empat segi - bingkai berbentuk melengkung untuk wajah. Pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelipis agar rahang tidak terlalu menonjol. Bingkai berbentuk bulat dan bujur paling sesuai.

- Bentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu - bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Elakkan bingkai besar.

-Memiliki hidung kecil - penyambung cermin mata yang terletak pada bahagian tengah cermin mata (di atas hidung) perlu berwarna cerah dan berkedudukan agak tinggi.

-Memiliki hidung panjang - bingkai dengan pemegang yang terletak tinggi pada pelipis dan jauh daripada hidung adalah pilihan terbaik untuk penyambung berganda pada cermin mata juga membantu hidung tampak lebih pendek.


rambang mata disebabkan terlampau banyak pilihan

fikir-fikirkanlah......:)

Jom Kita Berkenalan


  1. Bila mula buat blog ?
    Thursday, June 03, 2010
  2. Jumlah follower sekarang ini ..
    19
  3. Berapa trafik harian ?
    10-20
  4. Sehari brapa entri ?
    kadang-kadang satu dan kalau rajin dua atau tiga.
  5. Berikan satu blog yang best korang suka baca
    Tetap blog Ben Ashaari.Bukan bodek tapi sebab blog dia la banyak bagi semangat nak buat blog. Lagipun banyak giler tips dan kata-kata semangat!

Keindahan Pantai Chendor

Assalamualaikum wbt

Terasa lamanya x mengetuk keyboard and x post entry terbaru. Waktu cuti aku gunakan dengan sepenuhnya untuk berehat dan tenangkan fikiran. No Facebook,no Blog, no Chat n segala yang berkaitan la...hehehehe.

Bercerita tentang tenangkan fikiran, baru-baru ini aku ngan family sempat meluangkan masa mandi-manda di Pantai Chendor, Kuantan. Memang syok la...dengan angin yang sepoi2 bahasa ditambah plak cuaca yang baik memang sesuai la untuk menenangkan fikiran.

Dari tujuan ingin berkelah dan bermain air di gigi pantai berubah kepada mandi-manda memandangkan keadaan air pantai tidak membahayakan walaupun pada musim tengkujuh.

Bagi peminat pantai, aku rasa pantai nie memang sesuai la. Pantai Chendor nie terletak dalam negeri Pahang, berhampiran dengan sempadan negeri Terengganu. Pantai nie jugak merupakan pantai berpasir keemasan yang menjadi tempat penyu bertelur.

Kalau korang berminat boleh la pergi n layan beberapa keping gambar aku amik time matahari nak terbenam. tapi waktu tue matahari xde pon...hehehehehheee.



ombak yang menderu

deruan ombak yang mengasyikkan

keindahan pantai chendor waktu senja

pak lang, pak ndak, mak ude, pak teh n buyat

my mom with pak ndak

Fikir-fikirkanlah....:)

Friday, December 03, 2010

Blog oh Blog !!

Assalamualaikum wbt


Usia anda berblog

Baru lagi, dalam 6 bulan lebih :)


Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog

Terpengaruh dengan bengkel islamik yang dihadiri sewaktu praktikal n selalu dapat mesej kat facebook oleh En.Ben.Then usha2 blog dia dari situ mula tangan mula menulis.


Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog

Apa sahaja yang ingin diluahkan, menajamkan penulisan, berkongsi idea dengan kawan2 baru n tambah kenalan


Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog

Encik Ben la. Bukan nak puji tapi memang dulu xtau apa blog sampaila blog En.Ben yang wall dia warna merah dulu selalu masuk lam inbox facebook.hehehehe. Dari situ mula create blog.


Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT

Blog nie ikut suka ko nak tulis apepon selagi tak melanggar tatasusila. Kiranya luahan hati ko la.Ala-ala diari zaman tradisional dan blog zaman canggih


Dalam 100 patah perkataan, Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda

Mampu kot...sebab kalau tak menulis rasa ada sesuatu yang tak cukup dibuat pada hari tersebut. Walau tak menulis pon, dengan blogwalking blogger-blogger lain sudah rasa cukup puas. Lagipon, selain dapat mencurahkan isi hati dan dapat menambah kenalan, dapat juga berkongsi idea-idea yang tidak pernah kita terfikir tetapi orang lain fikirkan. Kan meriah rasanya hidup ini, takdelah bosan jek kan. Lagipun, blog nie dapat menajamkan otak kita untuk menulis sesuatu yang bernas dan tak merapu-rapu.

Hang Out with My Bff

Assalamualaikum wbt

Abis jek exam terus hang out ngan kawan-kawan aku.Pergh rasa lega jek. Layan jela gambar sepanjang kami lepaskan ketensenan lam exam...heheheheee.

kat mane2 pon jadik lau bab bergambar

sebelom perang2 bowling bermula

aksi pemain bowling jatuh longkang....hehehehhee

kamdar!!!memang berbaloi.hehehheheee.

peace no war......sangat cumil.:)

Fikir-fikirkanlah......:)

Melawat Orang Sakit


Assalamualaikum wbt

Lewat petang semalam aku terima panggilan dari kakak aku. Katanya mak mertua dia masuk PPUM. So dia bgtau kalau aku dekat ngan hospital tue tolongla melawat mak mertua dia.

Da semestinya kolej aku memang dekat n aku ngan rela hati setuju nak pergi. Mak mertua kakak aku memang baik ngan kami sekeluarga. X patot rasanya kalau aku x pergi ziarah, lagipon bukan jauh sangat kan.

At least, bila aku pergi melawat dapat gak kurangkan rasa sakit dia. Yela, owang tuakan selalu mahukan perhatian n kasih sayang.

Sejam jugakla aku melawat n layan dia borak2 sambil dengar dia duk cerita pasal penyakit dia. Darah tinggi. kencing manis, batuk n demam. Kecian gak tengok tangan tua tue kena cucuk n masuk air.


hope mok cepat sembuh n dapat kuar hospital awal.

Kat entri nie aku sertakan sekali Adab-adab ketika melawat Orang Sakit.

1. Melawat orang yang sakit adalah fardu kifayah

Sabda Nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :-

حق المسلم على المسلم خمس : ردّ السلام وعيادة المريض واتباع الجنائز ، وإجابة الداعي وتشميت العاطس

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin” [Hadith Riwayat Ahmad 2/540, al-Bukhari #1240, Muslim #2792 dan Abu Daud #5031].

2. Beberapa tips menziarahi pesakit :-ah menurut kebanyakan ulama’.

a. Menziarahi pesakit mendatang banyakkan banyak kebaikkan. Sabda Nabi saw :-

إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ

“Apabila seorang Islam melawat saudaranya yang sakit, dia sebenar telah melabur buah-buahan syurga sehingga dia kembali” [Hadith Riwayat Muslim #2568].

3. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.Ia kemungkinan akan membuat pesakit tidak merasa senang, melainkan dia sendiri menghendaki orang2 tertentu berada lebih lama lagi disitu.

4. Berdo’alah untuk pesakit agar dia sembuh.
Contoh do’a :-

أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ , وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي , لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ambillah penyakit Ya Tuhan manusia, sembuhkanlah, kerana engkau Maha Penyembuh, Tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan engkau, tidak ada penyembuh melainkan penyembuhan engkau, penyembuhan engkau tidak meninggalkan kesan kepada penyakit” [Hadith Riwayat Muslim #2191].

5. Berilah kata2 semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.

Melawat muslim yang sakit:
"Siapa yang melawat orang sakit bererti dia duduk di taman-taman Syurga, jika dia hendak berdiri, maka ditugaskan tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya sampai malam hari" (HR. al-Hakim)

Fikir-fikirkanlah......:)

Nape x angkat phone?

Assalamualaikum w.b.t

Pagi-pagi lagi aku da terbangun tido sebab phone aku tak benti2 menjerit. Dengan malas aku angkat jugak takut2 ada urgent col.

Tekan jek butang ijau....dengar suara cemas mak aku. "Nape x angkat phone?",pergi mane?

Adus....terharu aku dengar suara mak aku yang begitu risau, sedangkan aku dengan senang lenangnya membuta. Yela,aku ingatkan member2 aku yang menggangu pagi2 buta nie,tu yang lambat angkat.hehehee.

Aku lak lupa yang aku nak balik kampung arini, so sebab tue la mak aku pg2 da col n nak ingatkan aku supaya barang2 jangan lupa kemas,tiket pastikan da letak lam dompet,naik bus jangan lupa col,da sampai bgtau.

Tuela tabiat mak aku setiap kali aku atau adik-beradik yang lain nak balik atau pergi kemana2. Dari zaman sekolah sampaila zaman u n aku rasa mungkin berlarutan sampai aku kerja n selagi aku x berumah tangga....huahuahua.

Mak aku terlalu ambil berat n kadang2 membuatkan abah aku jeles.hahahah.Dengar memang lawak kan, tapi mak aku memang camtu.Yela, kami balik sekali sekala,memang la dilayan bak anak raja.

Untuk ma...terima kasih kerana terlalu menjaga anakmu ini. Segala pesanan yang engkau selalu titipkan tak pernahku lupakan. Aku juga berdoa yang anakmu ini akan selalu menjagamu seperti mana engkau menatangku seperti minyak yang penuh.


i love u so much.....

Fikir-fikirkanlah.......:)

Thursday, December 02, 2010

To Do List

Assalamualaikum wbt...

Akhirnya berakhir sudah musim exam setelah melalui pelbagai2 simptom derita exam.hehehhehe.

Tunggu saat nak balik rumah n qadakan ape yang tak ley buat masa kat kolej....hehehee.

Da siap to do list lagi ape nak buat sepanjang cuti sebulan nie...hope tertunai la yer.

1-bertunggu-tangga kat umah makcik aku selama seminggu sebab kazen kesayangan aku nak kawen.

2-pergi tengok baby kawan aku yang baru lahir...da janji sebelum baby tue lahir lagi

3-qada tido yang lepas2 x sempat...

4-jalan-jalan

5-jaga anak sedara kesayangan aku berdua tue...

6-suh mak aku masak makanan kesukaan aku yang besh2.

7-layan movie yang da bersarang lam laptop coz x sempat tengok.

8-layan video n lagu yang baru di upload...

9-layan ct kat tb

10-baca novel lor....

Fikir-fikirkanlah....:)


Maafkan saya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian