Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, February 27, 2011

terima kasih daun keladi

Assalamualaikum wbt

Lenguh kaki dan tangan lom ilang lagi terus bukak blog n sambung cta semalam...hehehehe.
X sabar sebenarnya nak cita renion aku ngan kawan2 tadi. Walaupun hanya kami berlima tapi havocnya cam satu class yang datang.

Banyak gila cta lama yang jadi bualan. Memang langsung tak matang kawan2 aku nie n siap gelak besar lagi termasuk lah aku. Yela, bukan senang nak kumpul2 macam nie kan. Kawan2 aku semua da keje so tgu cuti baru ley kuar. Tak macam aku, yang lom abis2 blaja. Nasib badan tol, tp apa yang best diorang semua payung aku makan n main bowling. Memang untung jadi student nie.hahahahaha.

Pada jiji, deq t, taa n kingz thanks a lot beb, lain kali ley banje aku lagi.hahahahhaa

kla..esok ada class pgi n aku nak kena gosok baju lak. So layan la gambar comel kami ketika beronggeng...hahahahhaaa.


sapa lagi comel?

deq t, jiji, kigz n me..10 minit pertama semua diam jek.hahahahha

setengah jam kemudian semua da start poyo...hahhahahaaa

ready nyanyi lagu negaraku semua...:)

makan time.credit to cikgu siti coz banje pari bakar kat oasis. memang masyukkk

bowling time n credit to taa coz payung kitaorang...:)

satu set jek main coz kejar masa nak balik...:)

Pikir-pikirkanlah....:)






Lama Gila Tak Jumpa

Assalamualaikum wbt...

Tengah duk berpesbok pg tadi, tiba2 sorang kawan lame aku tegur n ajak kuar. Punyalah susah dia nak jumpa aku katanya, col pon aku x angkat.

Sory beb, bukan aku x angkat, dah ko col no lama memang la bukan aku yang angkat. Lagipon nombor lama aku kena blok ngan celcom nak buat camne kan...hehehehe

Lepas abis sekolah, aku ikut family pindah, so aku memang terputus hubungan ngan kawan2 lama dulu. Kalau aku singgah tempat lama tue pon aku tak bgtau kat kawan2. Bukan sengaja sebab kalau singgah sekejup baik x payah bgtau kan, buat sakit ati diaorang jek nak ajak datang umah.

Aku jumpa kawan2 lama aku nie pon kat dalam pesbok. Lau xde pesbok rasanya memang tak jumpa terus la agaknya.

Berbalik kepada ajakan kawan aku tadi, aku pon setuju la nak kuar ngan diorang. Baik punya plan n rancang tempat nak lepak esok. Bincang punya bincang, Baru ler aku tau yang kawan2 aku keje sekitar kawasan tempat aku belajar jek.hahahah.

Esok tau la nasib aku, mesti kena betul2 ngan diaorang. Sory la kawan2, aku kan low profile.(ayat cover) segan nak amik tau pasal korang semua. kihkihkih.

p/s:eleh, esok lau kawan2 tanya mana ko menghilang selama nie, aku jawab la umah aku dalam gua. LOGIK TAK???hahahahaaa.

kenangan paling indah ialah zaman persekolahan

Pikir-pikirkanlah....:)

Saturday, February 26, 2011

Cantiknya Orang Pakai Shawl

Assalamualaikum wbt

Tadi jalan2 kat pasar malam melambak2 tengok shawl yang cantik. Teringin nak pakai tapi xde keyakinan dalam diri. Member aku pernah bgtau kalau nak buat atau pakai sesuatu kena yakin tapi aku memang malu.hahahahhaa.

Aku rasa x kena ngan muka aku yang comel nie.hahahahh.Perasan tahap cipan. Lau korang nak tengok kawan aku yang cun bila dia pakai shwal korang jenguk cnie dan cnie....comel kan..kan..kan...

Aku selalu jek belajar cara nak pakai shwal ngan diaorang. kalau aku da berjaya aku upload gambar kat korang tau...hahahhahaahaha.

dua dari kiri tue pengajar tak rasmi aku lau nak tanya pasal shwal.hehehee. yang tudung putih tue si comot.hahahahhaaa.

Pikir-pikirkanlah....:)

Jom Bollywood

Assalamualaikum wbt

Pagi-pagi bangun da layan bollywood.hehehehe.Aku memang masyuk ckit bab2 cta industan nie.Maybe serasi ngan jiwa aku kowt.hahhahha.Tak menahan.

apepon layan bagi sape2 yang berminat.memang best..:)



nie filem Pardes lakonan shah rukh khan ngan mahima chowdry. Cita nie juga kegilaan abang aku sampai email dia guna nama arjun.hahhahahaa.


nie plak Dil Kya Kare...so sad ending n cita dia. lakonan kajol n husband dia Ajay defgan. Aku memang feeling abis tengok.hahahha.


yang nie plak sampai seploh kali aku layan. Cita pasal kehidupan dalam keluarga. memang mantap r n lagu2 dia pon layan abis. Hum saath-saath Hain


nie lagi satu filem kegemaran aku n abang aku. Josh. Lagu nie antara lagu sedih dalam cita nie. Aish bawak watak seorang gadis yang cintanya terlarang oleh abangnya si Shah ruhk khan.

p/s:selalu mimpi kawen nanti cam bollywood.hahahhahaa.sengal kan.

Pikir-pikrkanlah...:)

Friday, February 25, 2011

Ko buat aku jadi haru biru

Assalamualaikum wbt

kejup ko tegur

+

kejup ko diam

+

kejup ko muncul

+

kejup ko ilang


tau tak apa aku rasa


Sedih
+
Marah
+
Kecik ati
+
kacau bilau
+
Rindu tetiba kat gelak ko
=
lepas nie ko jangan kawan ngan aku lagi. Jangan cari aku lagi. Aku x mor kawan ko.
Aku benci sebab tetiba ko buat2 x kenal ngan aku sehari dua nie.
Aku sedih dowh.huhuhuhuhu.

pikir-pikirkanlah...:)

I'm Lovin' It.

Assalamualaikum wbt

Kentang Goreng atau French fries, bestnya.hehehee. Pasti ada yang kecuq liur dengar kan..kan..kan... Rasanya yang sedap, masin2 n berlemak serta rupa yang menarik sudah tentu menarik perhatian kita especelly kanak-kanak ngan budak2 remaja.

Namun, AWAS!!!

Bagi Anda yang ketagih dengan makanan ini, sebaiknya meletakkan rasa waspada pada diri anda mengenai ketagihan tersebut. Menurut kajian yang dilakukan oleh saintis,kandungan acrylamide dalam kentang goreng dipercayai boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit kanser, terutama pada golongan wanita muda.

Seperti yang telah digembar-gemburkan dalam British Journal of Cancer, seseoarang yang kerap mengambil makanan yang mempunyai kandungan acrylamide yang tinggi akan meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit kanser payudara , khususnya pada wanita yang belum memasuki masa menopause.

Para ilmuwan di University of Leeds, telah melakukan kajian yang melibatkan perempuan yang berusia antara 35-69 tahun. Kajian terhadap golongan wanita ini dipantau selama 11 tahun dalam sebuah buku yang bertajuk “United Kingdom Women’s Cohort Study”. Dalam buku ini,saintis mengkaji jenis-jenis makanan yang mengandungi acrylamide.

Korang mesti nak tau ape itu acrylamide kan??

so teruskan baca kat bawah nie.

Acrylamide adalah sebatian organik dengan rumus kimia C5H5NO. Sebatian ini terdapat pada bahan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti jagung, kentang, dan tepung yang disajikan dengan cara digoreng, dipanggang, atau dibakar pada suhu melebihi 120 darjah Celsius.

Sejumlah makanan seperti kerepek kentang, atau produk berbahan kentang lain, seperti kentang goreng, cereal (produk sarapan pagi), produk-produk bakery (roti bakar), dan produk yang diperbuat daripada jagung atau tepung jagung, dipercayai meningkatkan acrylamide dalam kandungan. Hal ini terjadi kerana cara penyediaannya yang memerlukan suhu tinggi dan waktu cukup lama, apalatah lagi makanan tersebut akan mengalami perubahan warna kepada kecoklatan atau keperang-perangan.

Bila da baca pasal bahayanya kentang, pikir 2,3 kali gak nak makan nie..tp semalam baru jek pas makan kat KFC.Opss...hehehehhee.

Sebenarnya terpulang kepada kita bagaimana nak jaga pemakanan. So lau korang nak chat, jaga badan jangan makan. Lau nak juga boleh tapi jangan selalu la. Lagi best lau korang ajak aku sekali.kihkihkih.

Agak-agak KFC ngan MacD tutup x lepas baca entry nie...:))

pikir-pikirkanlah...:)

Saiz Badan Bukan Ukuran

Assalamualaikum wbt...

Tiba-tiba nak buat entry nak kuruskan badan.huahuahua. Nie semua pasal kakak aku la, slumber badak dia kata aku da gemuk(just bergurau) Suka-suki kutuk aku mentang2 la dia da slim sejak dapat anak dua nie.

Kepada sesape yang rasa badan dia ala2 comel gitu cam aku, jangan la nak kecik ati lau orang mengata atau mengutuk diri kita. walau camne pon kita, yakinlah dalam diri kita ada kebihan yang orang lain xtau. Rupa paras dan bentuk fizikal x boleh menjadi kayu ukuran kerana apa yang Allah swt tentukan ada kelebihannya.

so sape2 nak juga ikut tips nie..jom layan.

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

6. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

7. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

8. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

9. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

10. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

11. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

12. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

13. MEMASAK MAKANAN
Cara memgukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

14. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

15. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

dan yang paling penting
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


ps:Along aku tau la sebenarnya ko jeles aku lebih comey pada ko an...hahahahaa.

Pikir-pikirkanlah...:)

Thursday, February 24, 2011

Gemilang...Harapan...Cemerlang


SINOPSIS CITA NIE

Gemilang menyingkap kembali nostalgia Malaysia di lewat 70’an, di mana pembangunan dan kemajuan tanah air masih berada di peringkat pelancarannya. Selepas tamat universiti, Saifullah (Shahz Jaszle), seorang pemuda yang berwawasan telah menubuhkan Institut Gemilang, sekolah swasta yang pertama di kawasan pedalaman yang pernah didiami sewaktu kecil dahulu. Saifullah bertekad mahu mengubah nasib anak-anak remaja yang gagal dalam pelajaran menerusi Institut Gemilang yang menjadi satu platform dan juga peluang kedua untuk menjamin masa depan yang lebih baik.

Teman-teman rapat seperti Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla) turut serta menyokong perjuangan Saifullah dengan menjadi tenaga pengajar di Institut Gemilang membantu membimbing para pelajar yang telah gagal atau tidak dapat menduduki peperiksaan MCE (SPM) dan HSC (Tingkatan Enam). Saifullah yakin dengan kemampuan dirinya dapat mengubah hidup dan masa depan pelajar-pelajarnya. Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya sebahagian daripada mereka. Dia berjanji tidak akan berputus asa terhadap mereka asalkan mereka tidak berputus asa ke atas diri mereka sendiri.

Antara salah satu episod menarik drama Gemilang juga menampilkan kisah seorang wanita miskin yang datang berjumpa Saifullah dan merayu supaya anak lelakinya dapat menjadi pelajar di Institut Gemilang. Melihatkan anak muda itu yang langsung tidak mempunyai minat dalam pelajaran, Saifullah meminta geran tanah daripada wanita tersebut sebagai ganti yuran pembelajaran. Apabila anak muda itu melihat ibunya sanggup mengorbankan satu-satunya harta mereka di dunia, barulah dia memahami erti pengorbanan serta kepentingan ilmu sebagai jaminan masa depan.


serius air mata aku meleleh tengok cita nie.

pikir-pikirkanlah....:)

Logo

Assalamulaikum wbt

Syabas kat stesen televisyen tempatan yang sentiasa mengupgrade stesyen2 mereka supaya maju dan selaras dengan era globalisasi.

Mood tengah menyiapkan esaimen media dalam konteks global...macam nak putus urat leher siapkan.Settle esok submit..:)

Logo-logo stesyen tv kat Malaysia yang dulu n terkini










pikir-pikirkanlah....:)

Sunday, February 20, 2011

Ini macam orang pon ada ker?

Assalamualaikum wbt

Cita nie kawan aku duk cerita masa kitaorang tengah makan2 tadi. Tak tau la datang dr mane cita nie, tp aku sampai nak pecah perut dibuatnya. Kejadian nie berlaku kat Jalan Loke Yew. Satu malam ada sorang budak pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu banyak mana dia minum tapi memang dia betul-betul mabuk.

So masa on the way balik umah, ada sekatan jalan raya, dan dak pempuan nie kena tahan dan polis tue nak tengok lesen. Baru jek nak bg, tiba2 kat sebelah jalan tue ada excident n polis tue berlari ketempat kejadian.

Budak pempuan yang tengah duk gabra tak tahu nak buat camne, terus lari n drive n balik ke umah.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan bersoal jawab la dia.

Polis tu tanya, “AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?”
Pompuan ni pulak jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
” So polis tu tanya lagi, “BETUL KER???”
Pompuan tu jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA.”
So polis tu kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP”
Lepas tu polis tu tunjuk, “HA!!! ITU KETA SAPA TU??”

Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak balik keta polis malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman free2.

Aku tak tau la kawan aku baca kat mana cita nie, tp yang penting aku da bantai gelak guling2. Camne ley x sedar kete yg dia bawak tue kita polis kan...kan..kan...

moral of da story:best gak race kete polis.hahahahahahaa.melawak jela, jangan la duk memandu dalam keadaan mabuk,membahayakan semua orang...

pikir-pikirkanlah...:)

Jom layan....

Assalamualaikum wbt.


Seni itu indah bagi yang menghargainya



pikir-pikirkanlah...:)

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !

Assalamualaikum wbt

Sape- sape rasa boring ujung minggu jom kita join segmen cik ben nie.


Seperti biasa ikut arahan dibawah...:

  1. Sila header BEN ASHAARI blog

  1. Tajuk : SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF ! dan linkkan ke entri ini .

  1. Tu je ... tinggalkan url entri korang ke ruangan komen entri ini


Pikir-pikirkanlah...:)





Tuesday, February 15, 2011

Nak Gelak Baca Nie

Assalamualaikum wbt....

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman
En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

Mesti bibik nie da tensen tahap cipan...hahahahhahhaa

Pikir-pikirkanlah......:)

ERR .. HYE . SAYA BLOGGER BARU

Assalamualaikum wbt


Hehehehe...tengok tajuk dia.Bangga lak aku rasa nak join segmen cik Ben kali nie. Ingat senang ke nak promote blog baru macam aku nie.

Hanya cik Ben jek yang sanggup buat contest macam nie bg nak naikkan blogger2 baru. So sape berminat seperti biasa klik cnie k.

Dah tue macam biasa ikut arahan kat bawah nie...:)

1. Letakkan header BEN ASHAARI blog

2. Tajuk : ERR .. HYE . SAYA BLOGGER BARU ... dan linkkan ke entri ini ..

3. Tinggalkan url entri blog anda di sini


Da settle tunggu jela ramai tak orang baca blog anda.:)

Pikir-pikrkanlah...:)

Di Ambang Kewafatan Rasulullah

Assalamualaikum wbt...

Pernahkah kita terfikir bahawa Rasulullah saw tidak pernah melupakan ummatnya walau nyawa dihujung nafas. Adalah kita sebagai ummatnya juga sentiasa mengingati Rasulullah saw, sama2 lah kita muhasabah diri seketika.

renungkanlah

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya..
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, '
Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku,
orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,'
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,
' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,
matanya masih penuh kecemasan.
'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?',tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya
menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam,
Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,'
kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh,
karena sakit yang tidak tertahankan lagi..

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin,
kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,
! Ali segera mendekatkan telinganya.
'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,
sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya,
dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi



pikir-pikirkanlah....:)

Monday, February 14, 2011

Tanya sama BEN ASHAARI - VLOG2

Assalamualaikum wbt

mari..mari..mari,yang jauh datang dekat yang dekat kita dekatkan lagi...hehehhehe.

Jom kita join lagi segmen cik ben yang terbaru.


Seperti biasa ikut arahan kat bawah nie yer....
  1. Tajuk : Tanya sama BEN ASHAARI - VLOG2 dan linkkan ke entri ini

  2. Bagi satu soalan yang tidak mengarut , logik dan paling penting tiada kaitan dengan isu isu sensitif dan melanggar undang undang .. Aku tak bertanggungjawab terhadap soalan yang mengarut..
    SOALAN : SELAIN VLOG, CIK BEN BERMINAT TAK UNTUK MEMBUKUKAN TENTANG KEJAYAAN CIK BEN DALAM DUNIA BLOG. RASANYA TIDAK RAMAI BLOGGER YANG BUAT BUKU PASAL DUNIA BLOGGER NI DAN HOPE CIK BEN SUDI BERKONGSI ILMU. LAGIPUN BUKU BOLEH DIBACA OLEH SEMUA LAPISAN MASYARAKAT DAN SEJARAH MENYATAKAN BUKU YANG DITULIS DAN DIKONGSI OLEH SEMUA ORANG AKAN MENDAPAT LEBIH KEBERKATAN

    3. Tinggalkan link url entri korang kat sini

    4. Tarikh tutup :Hurm.. bila aku kata tutup.. hehee.. cepat


    pikir-pikirkanlah.....:)

Dia Nak Pinang Saya Tak?

Assalamualaikum wbt...


Semalam aku berborak panjang dengan sorang kawan lama. Memang lama la kami terputus hubungan walau duduk sebelah negeri. Iyela,masing cbuk ngan urusan sendiri. Dia ngan kerjaya n family dia, aku lak ngan study so mestilah xde masa kan nak bertanya khabar nie(alasan sebenarnya..heheheh)

Borak punya borak masuklah bab wajib nie iait
u bila aku nak kawen.hehehe. Soalan cepu emas tol kawan aku bgi ,mentang2 dia da kawen. Aku tergelak je dengar dan jawab belum sampai seru.

Punyalah panjang lebar dia bg ceramah bila aku
kata lom sampai seru. Camne nak sampai seru lau aku asyik memilih jek. Dia siap perli aku lagi katanya last2 nanti yang masuk minang aku datuk tua cucu seploh.hahahahah. Sengal punya memberkan..Tapi aku kata lau da jodoh nak buat camner.

Aku sebenarnya bukan memilih sangat pon, tapi biarlah aku abiskan study n baru pikirkan soal nie. Kalau da jodoh x kemana kan..kan...kan...

Lagipun agak2 bila si dia nie nak pinang aku ek.......

!

!

!

!

!

!

saya terus setuju lau dia yang masuk minang..:))

Just kidding, hanya angan-angan mat jenin jek, walau x sehensem pakwe aku nie pon xpe asal dia seorang yang beriman, baik budi pekerti n hormat family aku.Itu jek aku yang aku selalu mohon pada Allah SWT..amin

Pikir-pikirkanlah.....:)

Sama-sama KIta Renungkan

Assalamualaikum wbt....


Hari ‘kasih sayang’ yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada bulan Februari yang disebut ‘Valentine Day’ amat popular dan merebak di seluruh pelusuk dunia bahkan di Malaysia turut menerima tempiasnya. Sebelum menjelangnya 14 Februari setiap tahun, di mana-mana kita dapat lihat iklan-iklan yang mempromosi Valentine Day ini dan kadang-kadang masyarakat Islam turut meraikannya tanpa mengetahui sejarah di sebalik Valentine Day.

Sejarah Valentine

Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut ‘Syuhada’) yang kerana kesalahan dan bersifat ‘dermawan’ maka dia diberi gelaran Saint. Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M). Untuk mengagungkan St. Valentine yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.

Tetapi sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’ tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta ‘supercalis’ kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari.

Secara kesimpulannya Valentine Day ini lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak akidah umat Islam dan pada masa yang sama memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.

Pandangan Islam

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam?

Mari kita renungkan Hadis Rasulullah s.a.w:
“Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Imran ayat 85 :
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

ehsan dari cik google k...:)

Pikir-pikirkanlah....:)

Saturday, February 12, 2011

jom pi intai.....

Assalamualaikum wbt


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

jom pakat kita pi intai kat cni

da baca?????????

bagus!

gembira!

syukur!

tepuk dada tanyalah akal fikiran yang Allah berikan.

pikir-pikirkanlah...:)

Tafsiran Mimpi


Assalamualaikum wbt...


Mungkin anda semua pernah mengalaminya kan, walau bukan arini, mungkin semalam, mungkin sebulan yang lepas atau mungkin bertahun sudah. Bila tersedar dari mimpi anda mungkin akan terbangun dan berfikir sebentar tentang mimpi yang dialami sebelum menyambung balik mimpi tersebut atau bangun terus dari tidur.

Orang tua-tua kata, mimpi mainan tidur coz malam tidur tak basuh kaki, tapi kalau malam basuh kaki pon ley mimpi gak kan..kan..kan..

Mimpi nie ada banyak jenis, ada mimpi indah, ada mimpi sedih, ada mimpi gembira dan bermacam-macam lagi. Tapi untuk buktikan kebenaran mimpi nie betul atau tak depent pada orang yang dapat mimpi tersebut.

Aku dari dulu lagi kalau mimpi air mesti ada rezki yang masyuk. Mungkin nie suratan atau kebetulan hanya Allah swt sahaja yang tau. Kan aku percaya lebih2 ada yang cakap aku ajar ajaran sesat lak....hehehehheh.

Tapi malam tadi aku mimpi pelik lak...aku mimpi nampak air laut yang tinggi. Tapi entah seperti biasa aku x pernah tau ape maksud tersirat atau tersurat.

Lau ada sape2 yang tau maksud mimpiku ini jangan lupa bgtau yer. Mana tau ada orang nak bagi kapal laut free kot buat pergi melancong.hahahhaa.Mungkin betul orang tua-tua mimpi tue mainan tido n jangan percaya....so ignore jek.hehehehhee.

P/s:lambatnya nak mimpi di patuk ular,aku patuk ular adalah...hahahahhahaa.

Pikir-pikirkanlah.....:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian