Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Thursday, March 31, 2011

mat salleh x menjadi...:)

Assalamualaikum wbt



malam tadi aku teringat tempat aku makan chicken chop kat kolej tempat aku belajar nie. so ngan excited aku pujuk kawan-kawan aku pergi beli. dek kerana terliur ngan cta yang aku sampaikan diaorang sanggup batalkan pesanan makanan PASAR MALAM diaorang kat member kitaorang yang awal2 da chaw dulu.

sambil merempit aku cta lagi kat kawa2 yang makanan kat situ semua wastern food dan harga dia cukup murah. korang bayangkan spagetti add on chicken chop ngan harga rm6.80. banyak lak tue. so bg kami student nie teruja la kan...save budjet.hahahahaa.

sampai kat sane, kawan2 aku rambang mata nak memilih. so setelah berbincang2 aku pilih spagetti bolognise with chicken add on chicken chop. member aku yang lain ada pilih set chicken chop n double set chicken chop. murah la katakan....:)

sampai jek kat bilik elok jek azan berkumandang. so solat2 dulu baru feel nak makan tue ada. dah settle semua aku apa lagi, sekejup jek bedal semua tue. yang member aku nie lak, aku tengok bukan main lambat nak abiskan. aku tengok muka dia, ngan selamba dia perli aku, sedap lagi mee goreng abang smart tempat kita selalu beli kat pasar malam.

glup..tertelan liur aku bercampur sos black papper. aku toleh member sebelah, sedap tak?dia cakap sedap jek.. aku pon tersenyum sorang2. atoi..perut melayu betul kawan aku yang sorang nie. x kena ngan selera dia la nampaknya. sian n rasa bersalah lak kat kawan aku nie. lain kali aku xmor da requestkan mane2 tempat.kan x kena selera orang lain lak.

lima minit pastue, kawan aku balik dr pasar malam. aku suh dia try. dia pon sama jek ngan kawan aku yg tadi.pasar malam juga jadi idaman. tekak aku nie kot tekak buaya semua makanan sedap.hahahahahahahhaa.

p/s:aku lau pasal makanan semua sedap...:)

pikir-pikirkanlah....:)

Wednesday, March 30, 2011

teman

Assalamualaikum wbt

bait-bait lirik lagu nie aku suka dengar sebab mengisahkan tentang persahabatan.

benarlah orng kata sahabat sejati sukar dicari. bukan senang kita nak menangis bersama tapi banyak jek yang bergembira bersama.

bagi aku sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa mengambil berat akan sahabatnya. walau sebusy manapun, ketauilah sahabatmu itu akan tersenyum gembira jika kita meluangkan masa walau hanya seminit untuk bertanya khabar.



dan aku selalu bukan menjadi sahabat yang baik buat kawan-kawan. tapi korang semua, walau sebusy manapon aku, korang tetap sentiasa dalam ingatan. tanpa korang sahabatku, hidupku tidak seceria begini.


pikir-pikirkanlah...:)

Wednesday, March 23, 2011

publisisti teater MRTpMPK



Assalamualaikum wbt...:)



jeng..jeng..jeng...
Akhirnya siap gak keje2 publisiti aku. setelah 3,4 ari bertungkus lumus untuk pementasan teater kelass aku pada 28 & 29 Mac 2011 di KPS, Universiti Malaya.

semua dijemput hadir bagi yang berminat. tiket hanya 2 hinggit jek...hehehhe. Jom ramai2 meriahkan pementasan teater MRTpMPK

pikir-pikirkanlah...:)

Nah...amik kau.

Assalamualaikum wbt...:)




KLUANG RAIL COFFEE TIDAK HALAL!!!! SILA BACA SEMUA UMAT ISLAM...


Keputusan analisis sampel makanan yang telah diambil di KLUANG RAIL COFFEE oleh Jabatan Agama telah diterima. Didapati kandungan serbuk kopi (termasuk kopi uncang) positif mengandungi campuran bahagian BABI..Juga terdapat kandungan ALKOHOL dalam madu yg digunakan dlm ramuan roti bakar . disebarkan oleh Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Kluang. Tolong sebar-sebarkan...

glup..glup..glup..setiap kali turun keteapi kat kluang tue berduyun2 orang lepak n pekena kopi n roti bakar kat ctu. memang delicous sambil jilat jari kaki la dia punya kopi.amik kau bila baca statement nie. tertelan ayaq liur aku.

lau aku balik kampung n turun kete api kat kluang pon aku pi minum2 kat cnie. bila da baca nie..compom x pi lagi.huhuhu.

baca kat cnie

pikir-pikirkanlah...:)

Amacam!!!!!!Superb tak?

Assalamualaikum wbt

entry kali nie nama dia ada keje cari keje...hehehehhe. lau korang nak tau apa superb ke tak...play saja video bawah nie...hahahahhaa..:)





Pikir-pikirkanlah...:)

Monday, March 21, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU

Assalamualaikum wbt...

Arap-arap Cik ben baca entry aku kali nie. kenapa aku sanggup gak walau cik ben kata da tutup sebab aku nak semua orang tau atau satu dunie tau AKU SAYANG SANGAT3 kat MAK aku. tiada dua atau tiga yang dapat menggantikan dia.

Kali nie aku x ajak orang sebab tarik dia da tutup cik ben kata...tapi aku nak ajak korang baca ape yang blogger lain tulis.

Lau nak join jugak korang klik blog CIK BEN dan nak baca entry blogger lain klik cnie cik ben gak.

Ape yang perlu korang buat

Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan

terlalu banyak kenangan pahit manis yang aku kongsi bersama mak aku. apa yang aku ingat sampai sekarang, mak aku sentiasa menjadi bahu tempat aku menangis dan meluahkan perasaan. dia sanggup mendengar kisah aku putus cinta, kisah aku bergaduh dengan kawan2, kisah aku berjaya dalam kehidupan tapi aku tak pernah jadi bahu tempat mak aku luahkan perasaan dia. mak aku memang bijak sembunyikan perasaan. walau sesedih manapun dia sukar untuk aku bertanya kenapa dan apa yang membuatkan dia menitiskan air mata. jawapan keramat yang diberikan TAKDE PAPE, TERINGAT KISAH LAMA dan ADA SAHAJA SERIBU ALASAN PENAFIAN. aku cukup takut melihat air mata mak aku mengalir. aku tau mak aku sembunyikan kerana bimbang kami risau. aku sentiasa hendak mak aku tau yang aku SANGAT2 sayangkan dan jaga dia sampai akhir hayat dia. aku takkan tinggalkan mak aku seperti mana dia sayangkan aku tujuk beradik dan sentiasa risaukan aku. aku pernah menulis satu entry tentang kerisauan mak aku yang amat sangat sebab aku x angkat phone.lau nak baca klik cnie

Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ? hehehe...

dulu masa kecik2 memang ayah sebab akan selalu dapat duit. tp bila besar serius mak memang aku sayang lebih sebab dia sangat2 memahami aku. maaf papa, da besar sayang gak..cuma ma lebih lg.hehheheee.

Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ?

insya"allah selagi aku berfikiran waras dan dibawah lindungan Allah, takkan sesekali aku biarkan mak ngan ayah aku kat umah orang tua.

Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka ..

bila tiada lagi sahutan mak,ibu,mama,mami,ummi.abi,ayah,papa,daddy,abah...maka taulah kalian bahawa kamu tergolong dalam golongan yang sangat2 menyesal. bila tiada lagi suara mereka menyahut siapa lagi yang akan kita panggil?

bukan harta segunung yang mereka harapkan tp doa tulus anak soleh dan solehah...

PADA MAMA:PUAN SARIPAH BINTI MOHAMAD SERTA PAPA:EN.HAMID BIN MAT JUSOH SAYA SANGAT SAYANG KAMU. TERIMA KASIH DIATAS SEGALA2NYA DAN SAYA TAK MAMPU MEMBALAS DENGAN SEGUNUNG INTAN SEKALIPON DI ATAS APA YANG KALIAN KORBANKAN.

pikir-pikirkanlah...




Sunday, March 20, 2011

sesuatu yang kutemui

Assalamualaikum wbt...

sambil2 bw pagi nie, aku terjumpa satu blog nie. biasanya aku jarang sangat menatap tulisan blog orang lain sampai berjam2 lamanya kecuali blog peberet aku Cik Ben. tapi kali nie memang agak menarik sebab entry2 dia banyak menyedar dan mematangkan aku.

aku memang puji dia sebab aku rasa dia banyak pengalaman. kalau korang nak rasa feel yang aku rasa bila baca entry dia ley clik cnie.

aku x kenal pon dia sebenarnya n xde point nak puji dia lebih2. tapi dek kerana gaya penulisan dia membuatkan aku terpikat so aku pon tulislah entry nie khas untuk blogger nie.

buat blogger zara..thanks yer sebab salah satu entry kamu membuatkan saya berfikir panjang..:)

pikir-pikirkanlah...:)

Saturday, March 19, 2011

merajuk + almari

Assalamualaikum wbt...:)

2,3 ari x menulis entry rasa gatal jek tangan.hehehhee. cik tesis selalu mengejar waktu aku untuk berblog. cik tesis nie jeles, dia suh siapkan keje dia dulu...hehehee.

Tadi sambil2 aku menyiapkan tesis nie, mata aku melilau melihat tingkap yang terbuka luas kat bilik. bosan n kering idea nak menulis aku intai2 orang yang lalu lalang kat luar. sedang best mengelamun tiba2 aku ternampak satu family nie turun dari kete.

Riuh rendah suara budak2 n bapak n mak budak suh kakaknya yang duk atas bilik aku supaya turun dari bilik. Yang si adik aku tengok terlonjak2 sementara menanti kakaknya keluar, mak dia plak tengah duk punggah barang2 nak bg kat anaknya la agaknya tue.

bila aku tengok suasana nie.. tingat kembali kisah aku kat hostel waktu sekolah dulu. aku bukan anak manja, tp lau mak n abah aku x datang ujung minggu aku mesti sedey gla. Yela, mak ayah orang lain datang, bawak makanan, pastu lepak2 ngan adik beradik. aku lak xde sesape datang jenguk. mesti la sedih kan.

bila tunggu2 pastu x datang, aku apa lagi...hahahhaha.bila diaorang x datang pada waktu melawat, aku terus masuk dalam loker/almari kecil tempat ic baju2 aku tue. aku menyorok kat dalam tue sambil menangis teresak2 coz marah kat mak n abah aku sebab x datang.

kawan2 aku lak tau sangat. kalau minggu x blik jek n aku xde lam bilik atau atas katil mesti diaorang gegarkan loker aku sebab diaorang tau aku ada kat dalam tue. bila da puas nangis baru kuar. teruk kan perangai aku..buruk bebenor.hehehehe. Tapi kalau mak n abah aku datang..peghhh..lari x cukup tanah sambil jerit2 sampai satu banggunan asrama ley dengar.:)

kini aku da dewasa...rasa cam berdosa jek buat macam tue kat mak n abah aku. walaupon aku tau abah aku busy, tp aku nak gak diaorang datang melawat aku. bila aku berjauhan camni dari diorang n melihat suasana family td, aku jadi terharu n sebak.

serius aku rindu mak n abah aku. kalau dulu ujung minggu ley la datang melawat coz dekat, skunk gila jauh nak datang.hahahahhaa. tp aku da x kisah lg da n da x ngajuk masuk lam loker lagi lau diaorang x datang...lau kawan2 kolej tau mesti malu punya.hahhahahaha.


tue la lokernya..dulu saya kurus sebab tue muat.skunk mau pecah loker tue dibuatnya lau menyorok kat dalam.hahah

ps:harap2 bila kawen n ada anak, diaorang x ikut perangai buruk aku nie.kihkihkih.

pikir-pikirkanlah...:)

Thursday, March 17, 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL

Assalamualaikum wbt...:)


segmen cik ben lagi...perghhhh..agak panas ckit nak jawab soalan nie coz baru jek 2,3 ari lepas aku duk membincangkan isu ini ngan kawan baik aku.hahahha. Cik ben nie macam tau2 jek. pakai teropong ke ape? ke memang ley baca ati orang macam lam filem kata hati tue..

dah2..xyah bebel panjang. Sape nak join link kat cnie. Dah tue, jawab lak soalan kat bawah nie yer.

Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ?
Kerana fizikal atau keperibadiannya ?

tipula lau aku kata x pernah kan..dulu memang aku jatuh cinta sebab fizikal cos aku minat lelaki yang kurus dan kening dia lebat.hahahaha. tapi bila aku meningkat dewasa, baru aku sedar tue semua tak penting. apa yang penting dan harus di nilai ialah keimanan dan kasih sayang dia pada aku. fizikal boleh berubah tp keperibadian yang baik di bawa sampai mati.

Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup
? Kenapa ?

agakla...takde jawapan.yang aku tau aku kurang dengan lelaki berisi walaupon mereka comel. kawan2 aku pon ramai yang suka lelaki versi comel nie. tapi aku x tau kenapa aku kurang berminat. Mak aku selalu kata kat aku "walaupun aku suka lelaki kurus, tp yang kawan ngan aku mesti lelaki versi comel".hahahha.so apa nak kata kan. aku akan terima kalau da memang jodoh aku..:)

Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?

bentuk muka yang panjang n rahang dia bergerak2. nampak macho.(betul ke ek?)hahahah.

Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?

yezza..sebab lelaki akan berisi selepas kawin. itu tandanya isteri mereka pandai jaga n bagi kasih sayang yang secukupnya...heheheh.
(bukti nie ada kat kedua2 abang ipar aku yang da semakin gendut lepas kawen.hahahahha)

Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..

terpulang pada individu. x semuanya macam tue. aku pilih yang tengah2.hehehhee.

Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..

mesti macam abah aku ckit walaupun busy ngan keja tp x pernah abaikan kami sekeluarga. kedua macam abang aku ckit walaupun tegas tapi pandai mengambil hati adik2 n yang ketiga macam adik lelaki aku yang dua orang tue walau x ensem tapi ada daya penarik sampai ramai yang terpikat.hahahahaa.

sebab aku pilih si dia dulu..ada ciri2 yang aku beri kat atas n paling penting dia mengingatkan aku ke arah kebaikan dunia dan akhirat..

Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?

dulu berpuas hati tapi sekarang kena cari yang lain sebab da xde..hehehheehe.

Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?

x berapa puas sebab member2 kata aku da makin berisi. kalau aku x makan diaorang kata xley diet2. lau aku makan diaorang bising kata aku berisi...memang saja nak jeles kat aku la tue.hahahhaa.

Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?

x perlu bagi aku. terima keadaan seseorang itu seadanya. sememilih manapun kita kalau da suka dekat seseorang itu jangan ubah dia. terima dia dengan seadanya seperti mana dia menerima kita. dalam cinta tiada kompromi.

Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..

entah...aku x suka guna produk2 kat pasaran. x yakin keberkesanannya. lau nak kurus guna cara semulajadi. samaada makan dengan kuantitis sedikit, senaman n rajin2kan puasa. Insya"allah menjadi.

settle. arap maaf jika ada yang membaca terguris atau terasa dengan kenyataan yang aku tulis. bukan menghina atau mengutuk sesiapa just ini pandangan aku seorang. setiap kita x sama apa yang kita mahukan. baca dengan senyuman yer...:)


pikir-pikirkanlah...:)





Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI ! BLOGGER IKUT NEGERI

Assalamualaikum wbt...:)


jom..jom..jom..
segmen cik ben tengah hangat sekarang nie .sume aku join. lantak la orang kata apa, yang penting memang best n dapat ramai kawan. tahniah cik ben buat segmen banyak2. hehehhe.promote cik ben nampak (nak dapat markah lebey nie.)

ok2..jagan cakap banyak, sape nak join seperti biasa pergi la jenguk kat blog cik ben.

da settle ikut arahan cam biasa k....

  • Sila letak tajuk :
  • BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

    Sila ceritakan latar belakang anda ..

    ley panggil cik ude hamid, anak keempat dari tujuh beradik, lahir kat johor, membesar kat terengganu n skunk stay kat kelantan. pandai cakap tiga bahasa negeri, dulu anak polis n tak ramai kawan sebab member takut nak datang balai polis, sangat simple orangnya, kepala gila2, suka ketawa kuat2, suka nangis lau tensen, suka makan, suka baca novel, minah jiwang tp boyish skit.hehehhee. sayang gila kat dua anak sedara yang nakal iaitu ayat n ayie n last sekali rapat ngan gila ngan family. (ok..cukup stakat nie jek)

    Profesion anda sekarang ?

    study lagi kat universiti malaya

    Blog favourite anda .. kenapa ?

    ada tiga blog peberet..pes blog akula, sebab ari2 aku buka n tulis (sebab tue paberet.hahahaha.sengal) kedua of cos Ben Ashaari sebab blog nie yang mula2 kenalkan aku ape tue blog, walau aku tak tau sape dia tp dia jenis yang x putus asa bg maklumat n tips. dan yang aku tau selalu jek dia mesej dalam pesbok. lama2 aku try usha sape dia n dapat jawapan. last sekali semua blog korang la sebab banyak perkara yang aku pelajari dan perolehi sepanjang aku mengenali dunia blog.

    Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?

    blog yang serabut2 dan banyak iklan.

    Impian anda terhadap blog anda ..

    ingin berjaya seperti blog cik ben, yang bila orang baca banyak perkara yang di perolehi. bukan setakat gurauan tetapi juga penuh sindiran dan pengajaran yang baik bila di fahami dengan mendalam. bukan senang kita nak sampaikan sesuatu perkara itu kepada orang lain. selain tue nak berjaya seperti blogger2 lain.

    Tu je... sila tinggalkan url entri anda beserta 'negeri' ..contoh ,WWW.BENASHAARI.COM , PUTRAJAYA .. okeh ?

    cik ben, nak tulis orang mane nie? selalu mengalami masalah dari dulu lg. nak kata orang johor just ic, mak aku n kampung jek kat situ, nak ngaku anak terengganu mana ada bukti aku anak tengganu cos sekolah n bapak aku keje kat situ jek dulu. nak kata anak kelantan..bapak aku jek orang kelantan, kami duduk situ jek baru 6 taun.huahuahuahua.

    SO AKU AMIK KEPUTUSAN, AKU FLEKSIBEL.LEY CAMPAK TIGA NEGERI TERSEBUT.


    pikir-pikirkanlah...:)

    tsunami di Jepun

    Assalamulaikum wbt...

    belum terlewat rasanya untuk kita berkongsi kesedihan dan mengucapkan takziah kepada rakyat Jepun di saat ini. tsunamai yang melanda meninggalkan kesan yang cukup besar kepada mereka.

    Bagi mangsa2 tsunami sebelum ini, trauma tsunami tentu masih lg berlegar2 di minda. kesannya masih terasa sehingga ke saat ini.

    kekuasaan Allah swt dalam melakukan apa yang Dia kehendaki tidak mampu di lawan oleh kita sebagai hambaNya. dalam ayat Al-Quran sendiri ada menyebut "kun fayakun" maka terjadilah ia.

    semoga rakyat jepun tabah menghadapinya dan semoga kita mengambil iktibar apa yang terjadi.

    beberapa gambar dan video yang dicedok dalam u-tube






    pic kredit by

    pikir-pikirkanlah....:)

    sehari bersama my lovely

    Assalamualaikum wbt...

    akhirnya dapat gak aku jumpa my lovely samsung aku nie.hehehehe.

    dengar jek mak aku turun kl, aku terus pi umah kakak aku. tak kira dah, siap ke x siap keje, janji aku dapat jumpa mak ngan anak buah aku.

    sehari jek jumpa diaorang cos aku ada class lak esokkannya. dapat jumpa tp cam x puas jek. lagi2 anak buah aku nie mulut dia da semakin banyak n ada jek menda dia nak cakap.

    kat bawah nie layan jela pic aku ngan diorang. bawak pi pusing2 kl naik lrt. seronok tp penat...:)


    before pergi kl sentrel - stesen komuter kuang- along frust x jadi pi nilai.kihkihkih.

    atas tangga apon jadi..muka buyat excited naik escelator

    umi, abi with ayat n ayie kat kl sentrel

    nteh n enchu with ayat dalam komuter

    nenek with dua cucu tersayang

    banyak lagi tempat x round. nanti datang lagi kita pi sunway lagoon lak...yuhooooo.heehee.


    pikir-pikirkanlah...:)

    Monday, March 14, 2011

    SEGMEN:BEN ASHAARI SOAL CINTA

    assalamualaikum wbt...


    jom2..segmen cik ben lagi. Sape2 nak tau ngan lebey lanjut jom ikut cnie. kat bawah seperti biasa buat ape yang cik ben nak k.hehehehhee


    Jika anda blogger PEREMPUAN maka inilah soalannya ..

    SO SEBAB AKU PEMPUAN AKU JAWAB SOALAN DI BAWAH YER..:)

    LELAKI pilihan anda ?
    PES MESTI BERIMAN, ADA RASA TANGUNGGJAWAB, SAYANG KAT AKU N FAMILY AKU, BERKERJAYA, BAIK HATI, KELAKAR, TINGGI N KURUS (DEMAND) N TERIMA AKU SEADANYA.
    Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
    HAHAHAA..BERGANTUNG KEPADA KEADAAN LA.KAN ADA ORANG KATA LELAKI BOTAK TUE SEKSI.TP BG AKU LELAKI CUTE TUE SEKSI.HAHAHAHAA.
    LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
    YUP..SEMESTINYA.TIDAK SEMUA LELAKI MACAM TUE. ADA JUGA LELAKI YANG BENAR2 SANGGUP BERKORBAN DEMI CINTA.BERGANTUNG PADA INDIVIDU ITULA.TEPUK DADA TANYA AKAL DAN IMAN. INSYA'ALLAH.
    Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
    MADU ITU ITU RACUN DAN JUGA PENAWAR. YANG SANGGUP MENEGUK DENGAN PENUH NIKMAT SAHAJA DAPAT MENIKMATI KEMANISAN MADU ITU.
    Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
    BAWA BERBINCANG DAN TANYA KENAPA DIA BUAT MACAM TUE. KALAU XDE JALAN PENYELESAIAN, UNDUR DIRI. INSY"ALLAH AKAN JUMPA YANG BENAR2 CINTAKAN KITA
    LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
    BERGANTUNG PADA INDIVIDU. MANE LEY SALAHKAN SAPE2.
    SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
    PEREMPUAN KOT. SEBAB KALAU SUAMI DIA ORANG MENINGGAL ATAU PAKWE DIAORANG TINGGALKAN, AMIK MASA NAK CARI PENGGANTI. TAPI LELAKI SESETENGAH ADA GAK SETIA.
    Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
    OF COS..TP CEMBURU BERTEMPAT LA.BUKAN CEMBURUMU MERANTAI HATI.HEHEHE.

    DA SETTLE....JANGAN GELAK TIME BACA. ini adalah pendapat peribadi k. tak semua pikiran kita sama ngan orang lain..so baca ngan penuh senyuman.hahahaha.

    pikir-pikirkanlah..:)

    Saturday, March 12, 2011

    BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

    Assalamualaikum wbt...


    segmen cik ben lagi..jom sesape nak join sila ke link nie k..:)

    pastu ikut n jawab soalan dibawah yer.

    Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar ikhlas ?

    Secara jujur, kita tak boleh nak ukur sejauh mana ikhlas diorang, tp lelaki nie selalunya akan berterus terang bila nampak sesuatu perkara di depan mata. kalau x suka atau suka dia cakap depan2. tp ada gak la cover takut jatuhkan perasaan orang n selalunya mereka nie jga perasaan orang yg dia sayang jela..hehehee

    Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?

    sebab diaorang rasa diaorang hensem kot.ala, lelaki kan low prifile..mana nak tunjuk2 muka.

    Pada pendapat anda , kenapa lelaki berblog ? Secara umum ..

    sebab nak usha aweq.hahahaha.ala, lelaki pon ada perasaan nak meluahkan gak.so secara tersembunyi perasaan jiwang diaorang tue tulis la blog.hehehhee

    Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan ? Kenapa?

    sebab diorang lebih kreatif n bijak pikat blogger lebey2 lg pempuan.

    Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..

    blog cik Ben Ashaari la, sebab lelaki.lau pempuan xdenya nak singgah.hahahahhaaa.

    Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..

    gambar kereta, phone, laptop, motosikal n semua pasal lelaki la.hehheheee.


    tue jela...xtau da nak merapu ape lagi. lau salah ampun ye blogger lelaki sebab saya pempuan.hahahahaa.

    pikir-pikirkanlah....:)

    Friday, March 11, 2011

    saya sayang mak

    Assalamualaikum wbt



    pagi2 buta aku bw blog kegemaran aku, tengok entry cik ben kali ini touching gila. aku dah la tengah sedey duk nyiapkan tesis sampai nak balik jumpa mak aku pon x sempat. last aku balik waktu cuti raya cina ritu.

    tapi aku call ari2 ea. takpun 2 hari sekali. xley la lau x dengar suara mak aku, walau hanya akan di akhiri dengan nasihat serta sikit bebelan nasihat ke atas anak dia yang degil nie.hehehehe.

    betul kata cik ben, mak kita bukan nak duit pon, tapi perhatian dan kasih sayang seperti mana dia sayangkan kita sejak dari kecik lagi. so sayang la kat mak korang selagi dia ada.

    dan aku...aku harap aku juga akan sentiasa sayangkan mak aku seperti mana dia begitu sayang kat kami tujuh beradik.

    mood:memang tahap gaban aku rindu mak aku n mak aku lak bersenang hati cuti kat umah cucu tersayang dia. sempat dia pesan kat aku jangan jeles. ma..orang memang jeles la.hahahha.

    pikir-pikirkanlah...:)

    Wednesday, March 09, 2011

    Done! presentation settle

    Assalamualaikum wbt..


    lega bila present da settle. berkobar2 semangat time present tadi walaupun darah gemuruh gila. tangan aku yang sebelum nie kalau dalam air cond jarang sejuk, tiba2 time nak present sejuknya kalah kat kutub utara.

    ape punya orang da..hehehe.cam x biasa present jek kan. lagipon pg2 buta lagi aku da prepare n ley siap buat satu entry lagi dalam cbuk2 duk membaca.hehehhee. Alhamdulillah xde komen dr lecturer aku. Cuma aku terkilan ckit cos partner present aku x datang. dia ada masalah yang x dapat di elakkan. tapi papehal pon semua da settle.

    da abis present nie, dapat lak satu lagi esaimen sebelum abis sem last aku nie. grouping esaimen. i like it cos grouping aku semuanya komit gila lau buat keje. aku sorang jek banyak main2.hehehehe.

    kla, nak g cari bahan esaimen nie..kononnya rajin la kan.hahahaha.adios..sayonara.


    pikir-pikirkanlah....:)


    angin kuseru namamu

    Assalamualaikum wbt

    bangun pagi2 sarapan aku ialah menatap blog. hehehhehe. rajin gila kan, sebenarnya sambil prepare nak present jup lg nie. nah kat bawah nie layan lagu angin dari kumpulan Mahkota Band. tetiba hati sayu...uwaaaaaaaaaaa.

    Aku teringat kamu
    Meski telah lama hilang
    Namun apakah mungkin
    Engkau kembali seperti dulu lagi

    Kamu yang aku cinta
    Aku merindukanmu
    Meski aku tak tahu engkau dimana
    Ku harap kau bahagia

    Angin dengarkanlah ku cinta dia
    Hanya dia yang membuat ku bahagia
    Angin katakanlah ku sayang dia
    Jatuh bangun ku menginginkanmu

    Meski aku tak tahu engkau dimana
    Ku harap kau bahagia

    Angin dengarkanlah ku cinta dia
    Hanya dia yang membuat ku bahagia
    Angin katakanlah ku sayang dia
    Jatuh bangun ku menginginkanmu

    ps:motif jiwang sebelum present.kihkihkihkih

    pikir-pikirkanlah.....:)

    Tuesday, March 08, 2011

    Dapat Duit Perabih Duit

    Assalamualaikum wbt


    Duit..duit..duit..bukan senang nak dapatkan duit dengan mudahkan. Kalau dulu duit rm50 hinggit da cukup besar, tp cuba sekarang tukar kat pasar tengok apela yang dapat. Memang nilai matawang semakin melambung naik sejajar dengan globalisasi negara.

    Cewah..macam pakai ekonomi lak aku nie kan.hehheh.Sebenarnya aku nak cta pasal duit jualan buku aku aritu dapat untung. Tapi ckit jela untungnya. lagipun kitaorang x jual kat kedai, jual ngan kawan2 n saudara mara. At least kami bangga gak dapat rasa hasil usaha sendiri.

    semalam bagi menselebrate kejayaan kami, ahli kumpulan aku berpakat la dengan sebulat suara untuk menghabiskannya di Pizza Hut. Da lama tue x makan sejak sem nie aku gawat.hhahahha. memang seronok kuar ramai2 n terasa nikmatnya bila duit untung tue dapat dirasai oleh ahli kumpulan yang lain.

    balik dari makan2 tue, tiba2 kawan aku bgtau..oit lebey duit buku yang dapat tue jangan lupa lak buat bayar duit untuk dinner class.

    perghhhhhhhhhh...parah2. baru ingat nak saving buat wit kawen.hahahhahahaaa. macam dapat riban2 jek.

    layan jela picture gedik santai kami bertujuh

    niela cover buku kami-terlaris di pasaran.hahahhaa

    da kenyang semua buat2 muka seposen

    nie gedix santai

    antu mak limah makan pizza...kihkihkih

    makan besau

    comel tak...

    peace b4 makan


    pikir-pikirkanlah...:)

    hepy besday sahabatku

    Assalamualaikum wbt..


    entry malan nie aku buat khas untuk seorang sahabatku cik amariss kerana menyambut hari lahirnya yang ke-2_. korang tanya la dia yer yang ke brape.hehehheee.

    xde pape wahai sahabatku yang dapatku berikan padamu kecuali sepotong doa agar dikau sentiasa berbahagia dan mendapat segala yang dihajati.amin.


    p/s:umuq da makin naik tangga nie, x lama makan nasi minyak la yer..hehehhhe.

    pikir-pikirkanlah...:)

    Sunday, March 06, 2011

    "Posing With Ur Love One - Giveaway"

    Assalamualaikum wbt

    sesaje pg2 BW n tiba2 ada satu blogger yang ajak aku join contest nie. nampak menarik so aku try sebab aku memang suka berposing dungan orang2 yang aku sayang nie..:)

    GA ni akan bermula hari ini
    dan akan berakhir pader 31 March 2011...

    terbuka kepada sumer blogger yg ader alamat Malaysia ok!!!

    Sila follow nie yer zura contest lau nak tau lebey lanjut...:)

    so gambar yang aku pertaruhkan

    !
    !
    !
    !
    !
    !

    tarra

    i love u so so much
    kotak pes gambar aku with my family ( angah,adik,papa,mama,n didi) kotak second (with bff cik A) kotak third (with jejaka terhangat family aku pipi,didi n abang) n yang last (with my lovely ank suadara ayat n ayie)

    Pikir-pikirkanlah...:)

    Friday, March 04, 2011

    Teruja gila menunggu follower ke 100

    Assalamualaikum wbt..





    bukak blog jek tengok follower da 99 orang..terharu gla sebab bg aku bukan senang nak suh orang jadi pengikut kita n nak baca ape yang kita tulis.

    Aku rasa teruja gila nak tunggu sapekah yang bakal jadi follower aku yang ke 100.

    Kat cnie aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kerana korang sudi baca entry aku yang x seberapa nie..tanpa korang semua sapelah aku an..ecececeh..ayat cedey.

    Hope lepas nie aku semakin rajin nak bw n berblogging...:)

    pikir-pikirkanlah...:)

    ayat n ayie...nde windu sama kamoo!!

    Assalamualaikum wbt

    da pagi pon mata aku xley tdo lagi. update blog jela kejenya lau x ngantok. sebenarnya aku windu sama dua budak kat bawah nie....:)

    anak sedara pes pengarang jantung kami sekeluarga - kitaorang panggil al-buyat

    gaya macho tak menahan

    nie yang second-senyuman ayie buatkan nde asyik ingat jek. mish u like crazy

    bab bergambar no satu budak tecik yang comel nie

    ujung bulan nie compom aku balik jumpa diaorang...miss sangat2.

    pikir-pikirkanlah..:)

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Labels

    cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

    semekar nyanyian