Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Saturday, December 25, 2010

Menunggu Tahun Baru

Assalamualaikum wbt

Hanya menunggu beberapa hari lagu untuk membuat dan menukar azam baru.....hehehehehhe.

Wednesday, December 15, 2010

Susahnya Nak Pilih Cermin Mata

Assalamualaikum wbt

Penat akhirnya berbaloi setelah cermin mata yang aku inginkan akhirnya dapat. Berbelas-belas kedai aku pergi namun hanya kedai nie jek yang menarik hati aku. Walau harhanya pon agak lumayan tapi aku puas hati sebab kena dengan citarasa aku.

Tidak semua bingkai kaca mata sesuai untuk dipakai oleh kita. Biarpun bentuknya cantik tidak semestinya ia kelihatan menarik apabila dipakai. Oleh itu, ketika memilih cermin mata betul adalah pemilihan tepat dari segi bentuk dan warna penting bagi menyerlahkan personaliti kita.

So korang boleh tengok la tips2 kat bawah nie sebelom pilih n beli cermin mata.

PANDUAN: Pilih cermin mata sesuai

- Bentuk muka bujur sirih - sesuai hampir semua bentuk bingkai kaca mata, asalkan tidak terlalu besar.

- Wajah lebih panjang daripada lebar - bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang ini.

- Bentuk bulat - bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat paling ideal.

- Bentuk empat segi - bingkai berbentuk melengkung untuk wajah. Pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelipis agar rahang tidak terlalu menonjol. Bingkai berbentuk bulat dan bujur paling sesuai.

- Bentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu - bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Elakkan bingkai besar.

-Memiliki hidung kecil - penyambung cermin mata yang terletak pada bahagian tengah cermin mata (di atas hidung) perlu berwarna cerah dan berkedudukan agak tinggi.

-Memiliki hidung panjang - bingkai dengan pemegang yang terletak tinggi pada pelipis dan jauh daripada hidung adalah pilihan terbaik untuk penyambung berganda pada cermin mata juga membantu hidung tampak lebih pendek.


rambang mata disebabkan terlampau banyak pilihan

fikir-fikirkanlah......:)

Jom Kita Berkenalan


  1. Bila mula buat blog ?
    Thursday, June 03, 2010
  2. Jumlah follower sekarang ini ..
    19
  3. Berapa trafik harian ?
    10-20
  4. Sehari brapa entri ?
    kadang-kadang satu dan kalau rajin dua atau tiga.
  5. Berikan satu blog yang best korang suka baca
    Tetap blog Ben Ashaari.Bukan bodek tapi sebab blog dia la banyak bagi semangat nak buat blog. Lagipun banyak giler tips dan kata-kata semangat!

Keindahan Pantai Chendor

Assalamualaikum wbt

Terasa lamanya x mengetuk keyboard and x post entry terbaru. Waktu cuti aku gunakan dengan sepenuhnya untuk berehat dan tenangkan fikiran. No Facebook,no Blog, no Chat n segala yang berkaitan la...hehehehe.

Bercerita tentang tenangkan fikiran, baru-baru ini aku ngan family sempat meluangkan masa mandi-manda di Pantai Chendor, Kuantan. Memang syok la...dengan angin yang sepoi2 bahasa ditambah plak cuaca yang baik memang sesuai la untuk menenangkan fikiran.

Dari tujuan ingin berkelah dan bermain air di gigi pantai berubah kepada mandi-manda memandangkan keadaan air pantai tidak membahayakan walaupun pada musim tengkujuh.

Bagi peminat pantai, aku rasa pantai nie memang sesuai la. Pantai Chendor nie terletak dalam negeri Pahang, berhampiran dengan sempadan negeri Terengganu. Pantai nie jugak merupakan pantai berpasir keemasan yang menjadi tempat penyu bertelur.

Kalau korang berminat boleh la pergi n layan beberapa keping gambar aku amik time matahari nak terbenam. tapi waktu tue matahari xde pon...hehehehehheee.



ombak yang menderu

deruan ombak yang mengasyikkan

keindahan pantai chendor waktu senja

pak lang, pak ndak, mak ude, pak teh n buyat

my mom with pak ndak

Fikir-fikirkanlah....:)

Friday, December 03, 2010

Blog oh Blog !!

Assalamualaikum wbt


Usia anda berblog

Baru lagi, dalam 6 bulan lebih :)


Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog

Terpengaruh dengan bengkel islamik yang dihadiri sewaktu praktikal n selalu dapat mesej kat facebook oleh En.Ben.Then usha2 blog dia dari situ mula tangan mula menulis.


Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog

Apa sahaja yang ingin diluahkan, menajamkan penulisan, berkongsi idea dengan kawan2 baru n tambah kenalan


Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog

Encik Ben la. Bukan nak puji tapi memang dulu xtau apa blog sampaila blog En.Ben yang wall dia warna merah dulu selalu masuk lam inbox facebook.hehehehe. Dari situ mula create blog.


Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT

Blog nie ikut suka ko nak tulis apepon selagi tak melanggar tatasusila. Kiranya luahan hati ko la.Ala-ala diari zaman tradisional dan blog zaman canggih


Dalam 100 patah perkataan, Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda

Mampu kot...sebab kalau tak menulis rasa ada sesuatu yang tak cukup dibuat pada hari tersebut. Walau tak menulis pon, dengan blogwalking blogger-blogger lain sudah rasa cukup puas. Lagipon, selain dapat mencurahkan isi hati dan dapat menambah kenalan, dapat juga berkongsi idea-idea yang tidak pernah kita terfikir tetapi orang lain fikirkan. Kan meriah rasanya hidup ini, takdelah bosan jek kan. Lagipun, blog nie dapat menajamkan otak kita untuk menulis sesuatu yang bernas dan tak merapu-rapu.

Hang Out with My Bff

Assalamualaikum wbt

Abis jek exam terus hang out ngan kawan-kawan aku.Pergh rasa lega jek. Layan jela gambar sepanjang kami lepaskan ketensenan lam exam...heheheheee.

kat mane2 pon jadik lau bab bergambar

sebelom perang2 bowling bermula

aksi pemain bowling jatuh longkang....hehehehhee

kamdar!!!memang berbaloi.hehehheheee.

peace no war......sangat cumil.:)

Fikir-fikirkanlah......:)

Melawat Orang Sakit


Assalamualaikum wbt

Lewat petang semalam aku terima panggilan dari kakak aku. Katanya mak mertua dia masuk PPUM. So dia bgtau kalau aku dekat ngan hospital tue tolongla melawat mak mertua dia.

Da semestinya kolej aku memang dekat n aku ngan rela hati setuju nak pergi. Mak mertua kakak aku memang baik ngan kami sekeluarga. X patot rasanya kalau aku x pergi ziarah, lagipon bukan jauh sangat kan.

At least, bila aku pergi melawat dapat gak kurangkan rasa sakit dia. Yela, owang tuakan selalu mahukan perhatian n kasih sayang.

Sejam jugakla aku melawat n layan dia borak2 sambil dengar dia duk cerita pasal penyakit dia. Darah tinggi. kencing manis, batuk n demam. Kecian gak tengok tangan tua tue kena cucuk n masuk air.


hope mok cepat sembuh n dapat kuar hospital awal.

Kat entri nie aku sertakan sekali Adab-adab ketika melawat Orang Sakit.

1. Melawat orang yang sakit adalah fardu kifayah

Sabda Nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :-

حق المسلم على المسلم خمس : ردّ السلام وعيادة المريض واتباع الجنائز ، وإجابة الداعي وتشميت العاطس

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin” [Hadith Riwayat Ahmad 2/540, al-Bukhari #1240, Muslim #2792 dan Abu Daud #5031].

2. Beberapa tips menziarahi pesakit :-ah menurut kebanyakan ulama’.

a. Menziarahi pesakit mendatang banyakkan banyak kebaikkan. Sabda Nabi saw :-

إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ

“Apabila seorang Islam melawat saudaranya yang sakit, dia sebenar telah melabur buah-buahan syurga sehingga dia kembali” [Hadith Riwayat Muslim #2568].

3. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.Ia kemungkinan akan membuat pesakit tidak merasa senang, melainkan dia sendiri menghendaki orang2 tertentu berada lebih lama lagi disitu.

4. Berdo’alah untuk pesakit agar dia sembuh.
Contoh do’a :-

أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ , وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي , لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ambillah penyakit Ya Tuhan manusia, sembuhkanlah, kerana engkau Maha Penyembuh, Tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan engkau, tidak ada penyembuh melainkan penyembuhan engkau, penyembuhan engkau tidak meninggalkan kesan kepada penyakit” [Hadith Riwayat Muslim #2191].

5. Berilah kata2 semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.

Melawat muslim yang sakit:
"Siapa yang melawat orang sakit bererti dia duduk di taman-taman Syurga, jika dia hendak berdiri, maka ditugaskan tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya sampai malam hari" (HR. al-Hakim)

Fikir-fikirkanlah......:)

Nape x angkat phone?

Assalamualaikum w.b.t

Pagi-pagi lagi aku da terbangun tido sebab phone aku tak benti2 menjerit. Dengan malas aku angkat jugak takut2 ada urgent col.

Tekan jek butang ijau....dengar suara cemas mak aku. "Nape x angkat phone?",pergi mane?

Adus....terharu aku dengar suara mak aku yang begitu risau, sedangkan aku dengan senang lenangnya membuta. Yela,aku ingatkan member2 aku yang menggangu pagi2 buta nie,tu yang lambat angkat.hehehee.

Aku lak lupa yang aku nak balik kampung arini, so sebab tue la mak aku pg2 da col n nak ingatkan aku supaya barang2 jangan lupa kemas,tiket pastikan da letak lam dompet,naik bus jangan lupa col,da sampai bgtau.

Tuela tabiat mak aku setiap kali aku atau adik-beradik yang lain nak balik atau pergi kemana2. Dari zaman sekolah sampaila zaman u n aku rasa mungkin berlarutan sampai aku kerja n selagi aku x berumah tangga....huahuahua.

Mak aku terlalu ambil berat n kadang2 membuatkan abah aku jeles.hahahah.Dengar memang lawak kan, tapi mak aku memang camtu.Yela, kami balik sekali sekala,memang la dilayan bak anak raja.

Untuk ma...terima kasih kerana terlalu menjaga anakmu ini. Segala pesanan yang engkau selalu titipkan tak pernahku lupakan. Aku juga berdoa yang anakmu ini akan selalu menjagamu seperti mana engkau menatangku seperti minyak yang penuh.


i love u so much.....

Fikir-fikirkanlah.......:)

Thursday, December 02, 2010

To Do List

Assalamualaikum wbt...

Akhirnya berakhir sudah musim exam setelah melalui pelbagai2 simptom derita exam.hehehhehe.

Tunggu saat nak balik rumah n qadakan ape yang tak ley buat masa kat kolej....hehehee.

Da siap to do list lagi ape nak buat sepanjang cuti sebulan nie...hope tertunai la yer.

1-bertunggu-tangga kat umah makcik aku selama seminggu sebab kazen kesayangan aku nak kawen.

2-pergi tengok baby kawan aku yang baru lahir...da janji sebelum baby tue lahir lagi

3-qada tido yang lepas2 x sempat...

4-jalan-jalan

5-jaga anak sedara kesayangan aku berdua tue...

6-suh mak aku masak makanan kesukaan aku yang besh2.

7-layan movie yang da bersarang lam laptop coz x sempat tengok.

8-layan video n lagu yang baru di upload...

9-layan ct kat tb

10-baca novel lor....

Fikir-fikirkanlah....:)


Maafkan saya

Friday, November 26, 2010

Exam....Saya Suka Kamu


Assalamualaikum wbt

Debaran akhirnya berakhir setelah selesai satu paper. Tinggal lagi tiga paper yang nak kena struggle. Hohoho..

Paper exam arini dijawab dengan penuh mencabar. Dengan cuaca yang sepoi2 bahasa, aircond dalam dewan yang sejuk tahap gaban menyebabkan speed untuk menulis agak lambat sebab tangan aku mengalami kekejangan.

Walaupun tahap da beku, aku still teruskan menulis sehingga ke titisan akhir. Akhirnya 2 jam selesaikan gak jawab. Alhamdulillah..lega n debaran tunggu result jek la nanti. Usaha suda...tawakal jela ye.

Fikir-fikirkanlah...:)

Tuesday, November 16, 2010

Keluargaku Syurgaku

Assalamualaikum wbt

Bukan senang nak berkumpul satu keluarga kalau tak ada majlis2 penting atau hari lebaran. Macam tue jugak ngan keluarga aku. Bila da semua balik berkumpul, macam nak pecah umah tue jadiknya.

Mak ngan abah aku jadi orang yang paling busy bila semua anak menantu ngan cucu diaorang blik. Yela, bukan selalu dapat berjumpa kan. Kadang2 aku rasa mak ngan abah aku mesti menyesal sebab bagi anak diaorang belajar tinggi2 n keje jauh2.(hahahhaha..jahat tak aku).Gurau jela..nie pandangan dari sisi gelap aku jek.hehehehee.

Keluarga aku yang ramai nie bila berkumpul ada jek aktiviti yang dibuat. Selagi tak pagi sure punya tak tdo. Lepas tue esok pagi mulalah semua malas nak bangun, sampai dengar suara mak aku yang pakai speaker masjid baru bangun.hehehehee.

Walaupun pelbagai ragam, tapi keluarga aku tetap happening. aku harap persaudaraan kami sentiasa berkekalan walau kami tinggal berasingan....

Buat along, angah, abang, dd,pp n adik cutikan ada...col n balik jek lau da windu.hehehee

Fikir-fikirkanlah....


Korban Dan Aqiqah

Selamat Hari Raya korban buat semua teman-teman dan umat islam di seluruh Malaysia

LAyan video yang diambil semasa korban dijalankan.Pestime duk dekat sebab nak tengok sendiri camne lembu tue kena korban.

Sunday, October 31, 2010

Gomo Kelate Gomo

Assalamualaikum wbt



Seronok gla tengok bola malam tadi walau xde sape menemani aku. Yela, kakak kesayangan aku mane minat bola, suami dia lak duk cbuk mengecat umah. Tinggallah aku sorang yang layan.

Best siot terjerit-jerit sorang2 bila melihat pemain2 bola cbuk duk menyepak bola. Rasa cam aku lak teruja nak turun padang pi main.Excited gla nie.hahahahhaa. Lagi2 pemain yang aku minat si Hairudin Omar turun padang lagi la aku suka.hehehhee.

Syabas n tahniah kat pasukan Kelantan, Akhirnya penantian slama 89 taun untuk bergelar juara termakbul pada tarikh keramat 30-10-2010.

Kepada pasukan Negeri sembilan, walau tewas 2-1 di tangan kelantan,jangan keciwa. Taun depan masih lagi ada peluang. Corak permainan N.9 pon memang hebat sehingga memaksa pasukan Kelantan bertungkus-lumus untuk menang.

Kalah atau menang tidaklah penting mane, tetapi semangat berkumpulan dalam permainan itu yang harus diambil kira. Bak kata pepatah bersatu kita teguh,bercerai kita roboh...

Pikir-pikirkanlah.....:)

Saturday, October 30, 2010

Tetiba Rindu...


Assalamualaikum w.b.t

Bosan tapi xtau nak buat ape. Malas nak jenguk2 entry blogger lain seperti yang dilakukan sambil membuat esaimen.
Terasa hati sayu n sedih. Puas duk pikir kenapa.

Jawapannya...huhuhu. Aku Miss Dia Sangat2.Awat susah sangat nak lupakan.huhuhu.

Tido ubat terbaik bagi lupakan bayangannya.....

Mode:x stabil...:(

Thursday, October 28, 2010

Penat Tahap Gaban....


Assalamualaikum wbt.

Penat tak tdo malam bagi menyiapkan editing untuk projek esaimen buku belum hilang lagi, dah kena edit balik sebab ada lagi kesalahan yang perlu diperbetulkan.Punya la sedey cos ingat da complete.huhuhu.

Kesian kat aku punya tukang lay out, terpaksa bertungkus lumus menukar kembali pages yang berubah sambil di bantu oleh ahli kumpulan yang lain. Terpaksa siapkan ari ini cos esok nak kena pergi library negara untuk dapatkan no ISBN buku tersebut.

Da siap semua betulkan kesalahan n edit apa yang salah, aku n member terus pi kedai untuk print cos nak kena bawak hard copy buku nie esok.

Sampai kat depan laptop n bukak folder, tiba2 abang print tue bgtau, pendrive member aku ada virus n xley bukak. Pergh..punyalah risau kitaorang n nasib abang tu ada software yang boleh tolong bukak folder tersebut.

Da siap2 print aku pergi balik kat ahli kumpulan aku berkumpul, tiba2 member aku bgtau bahan yang kami edit tadi, tak ingat nak save. Pergh...lagilah aku gabra cos xkan nak buat balik kan..keje gla la namanya tue.

Nasibla, tukang lay out aku da save satu copy kat pendrive yang kena virus tadi. Dengan tebal muka pi mintak tolong kat abang print tue sekali lagi. Nasib berjaya n terus aku save dalam pendrive. Thanks kat abang print tue sebab tolong n tolong kasi ceramah sekali agar len kali save esaimen tue kat banyak tempat...hehehee.

Da setlle semua, terus bergegas nak balik kolej. Tiba2 member aku tanya, file ko pegang tadi mana? Dah satu lagi masalah datang. Aku ingat member2 aku nie bergurau sebab memang diaorang kaki kenakan orang. Tapi bila masing2 memang muka serius, da sah aku tertinggal kat mane2 entah.

Aku da cuak gila...yela dalam file tue macam2 ada termasukla surat izin terbit karya yang aku simpan. Mane nak cr ganti lau ilang. Puas aku fikir n aku rasa tertinggal kat cafe time aku pi beli makanan tadi. Patah la balik pergi cafe tue n nasib kakak tue simpan.huhuhu.Lega cos jumpa.

Sampai jek bilik, aku tengok lak kain baju menimbun x sempat nak jemur tengahari tadi. Nak basuh senang jek campak lam mesin, nak jemur punyalah malas...huhuhu.

Da settle semua barulah aku terasa badan sakit n penat gla tahap gaban arini. Memang cukup2 menguji tahap kesabaran darah aku.

Fikir-fikirkanlah....:)

Dia Gadis Berbaju Kurung

Assalamualaikum w.b.t


Tajuk cam best jek kan..hehehhe. Arinie pergi class catat sejarah aku pakai baju kurung.huhuhu. Bukanlah sesuatu yang pelik bagi orang lain, tapi bagi aku yang jarang pakai nie, memang la menjadi pelik bagi semua orang.

Jumpa jek kawan2 ngan adik2 junior kat tepi jalan cbuk duk menanya nak pi mana pakai baju kurung cantik2 nie.hehehe.

Bengang jek aku ngan kawan baik aku yang jugak jenis x berapa nak gemar pakai baju kurung. Aku lak bagi nak cover bengang, aku jawab kami nak pi nasyid berjemaah sat lagi.kihkihkih.

Malu lak terasa bila ramai sangat duk tegur,nampak sangat boleh dikira bila aku pakai baju kurung. Bukan x cantik kalau pakai, dahla nampak sopan,comel,silap2 ramai lak yang berkenan(hahhahaha,statement tak menahan) tapi aku rasa terbatas kalau nak berjalan atau naik motor.

Kami dahla pergi class naik motor, kan tak pasal2 terselak-selak, atoi malu la nampak bulu kaki yang tak berapa nak comel nie.hahahhaaa. Baik punya alasan aku bagi kan nape xmor pakai baju kurung.

Bagi aku, x kisahlah pakai apepon janji kita pakai baju n selesa bila nak memulakan langkah.X gitu?hehehheee.

Fikir-Fikirkanlah....:)

Ada Apa Dengan Umur?

Assalamualaikum w.b.t

Da tak tau nak buat ape lagi bila mata nie xbley nak pejam. So pada pagi yang dingin, aku mulalah menulis kat entri nie, tentang soalan yang sering kali aku nak kena jawab tapi aku malas nak jawab bila di tanya. hehheee.

Soalan nie kiranya da jadi soalan cepu emas bg aku. Lau aku jawab lebey kurang ada yang cepuk aku nanti...hahahahaa.

Kat bawah nie ialah situasi yang aku alami sejak menyambut besday aku pada bulan september baru2 nie dan sampaila sekarang....Tue blom lagi pada taun2 lepas punya pertanyaan. Garu kepala aku nak jawab.huhuhu.

situasi 1:Makcik aku "bila nak kawen" nanti umur meningkat xde orang nak.bla..bla..bla.huhuhu.

situasi 2:Abang ipar aku "Hepi besday yang ke-2_ padahal aku da 2_.......hahahahhaa. Silap wish umur la,sebab dia kata x sesuai muka ngan umur.huhuhu.

situasi 3:Junior aku...umur akak berapa?kenapa orang panggil akak?kena explain lg.

situasi 4:Aku xmor panggil ko akak..ko bukan akak aku.Ape kisah umur tua pon....huhuhu.

situasi 5:xpela..umur x bezakan kita.Saya x kisah awak tua pada saya...kahkahkahkah.gelak aku.

Nielah situasi2 yang selalu membuatkan aku lemah jantung nak explain panjang lebar. Kalau ikut hati nak jek aku kata..ko cbuk kenape ngan umur aku?Aku punya pasal la nak nampak muda ker,cam budak2 ker,nak kawen bila ker, suka kat orang lebih muda ke. Aku punya suka la kan.

Tapi, aku nie di didik menjawab ngan sopan walau dalam hati(aku gam jugak mulut orang nie.hahahaa).Aku akan jawab bukan aku nak,tapi da memang perangai aku. gaya aku sempoi jek n x suka nampak cam gaya mak2.hehehee. Tue yang x nampak aku cam dewasa kot.huhuhu.

Kadang2 ,ma ngan abah aku pon bising suh aku jadi cam orang dewasa ckit. Tapi aku jawab,nanti orang kawen orang jadi orang dewasalah.hhahahaa.

Walau sapepon aku n nampak perangai cam budak2 luaran, tapi aku dah matang. Walau lom cukup matangnya tapi aku da boleh berfikir dengan baik secara orang dewasa. Bagi aku, sikap luaran bukan mencerminkan sape diri aku. Aku lebih senang berperangai camni sebab mudah nak masuk ngan orang. Aku x reti la nak jadi matured2 nie.lomah eden.hahahhaaa.

Bila aku tulis entri nie, aku rasa cam umur aku tua la sangat.Padahal aku baru jek 20-an...muda lagi wooo....aku nak abiskan belajar lu,keje,bg family rasa duit keje aku,enjoy n baru pikir pasal kawen n jadi orang dewasa.hahahahaa.

So sekarang nie,aku da x kisah orang nak tanya pasal umur aku cos bg aku ada apa pada umur janji aku hepi...:)

Fikir-Fikirkanlah.....:)

Wednesday, October 27, 2010

Aku Juga Mengharapkan Sebegini

Assalamualaikum w.b.t

Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.

Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.

Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.

"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.

Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"

"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,

"Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.

Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.

Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.

"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis.

Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..

Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"

Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."

Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

Kisah Cinta Kopi Masin | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Fikir-fikirkanlah....:)


Pasar Malam Oh Pasar Malam

Assalamualaikum wbt...

Penat balik pasar malam x ilang lagi, terus aku menaip entri nie.hehehheheee. Dekat kawasan tempat aku belajar nie, setiap ari rabu n sabtu akan ada satu pasar malam yang selalu jadi port aku ngan member merayap.

Kiranya aku nie pembeli setialah....hehehehee. Memang layan la pasar malam nie sebab ada macam2 makanan n barang keperluan yang boleh aku beli. Sambil tue ley cuci mata sekali...hahahahaha.

Sebenarnya, sambil membeli aku suka tengok telatah dan reaksi orang ramai. Macam-macam pesen peniaga2 tue lakukan untuk lariskan jualan. Kadang2 nak tergelak pon ada melihat keletah diaorang. Papepon aku salute sebab mereka akan sentiasa tersenyum ngan pelanggan walau sepenat manepon.

Tapi kat pasar malam nie juga ada 1 perkara yang aku x suka tengok, Si peminta sedekah yang suka mintak sedekah sambil merayu2 kat orang ramai. Bukan benci atau memandang jijik pada mereka, tapi bagi aku kalau mereka berniaga atau buat kerja2 yang bersesuaian dengan mereka lagi bagus. Gunalah tulang empat kerat yang Allah berikan tue....huhuhu.

Pakcik2 tua kat pasar malam tue elok jek kerah
keringat mereka, yg muda2 lak mintak sedekah. Aduss...sedey melihat keadaan nie n yang lebih parah lagi siap bawak anak kat sebelah. Tak taulah anak sendiri atau anak orang lain.

Kadang-kadang aku terpikir, apalah nasib anak tue nanti kalau da besar seksok. Akan mewarisi bidang tersebut atau lebih profesional?

gambar dicopy dari pakcik google

Fikir-fikirkanlah.....:)

Tuesday, October 26, 2010

Comel, Cute n Simple

Assalamualaikum w.b.t

Dari aku kecik sampai la besar panjang nie, aku x bape minat ngan sebarang jenis teadybear. Kalau kawan2 aku kat hostel dulu cbuk duk pujuk2 pakwe atau mak bapak belikan, aku lak lebih suka duit tue bli makanan(camne la aku x gemuk.hahahhahaa).

Memang kadang2 seronok tengok depa duk peluk2 n buat teman tdo, tapi aku x teruja langsung.Ingat dapat kawan yang suka teady bear nie, masa kat sek menengah jek,upanya bila masuk u, lagi ramai kawan2 aku gla teady bear. Besar2 tahap gaban lak tue,kadang2 takut lak aku kalau teady tue bernyawa n peluk diaorang balik.kahkahkakah.

Tapi, tadi waktu aku duk bukak2 blog orang n baca2 entri yang best, aku ada ternampak seorang blogger yang hasilkan sendiri teady bear. Lama gak la aku duk layan baca blog dia n memang cantik la koleksi yang dia hasilkan. Memang kreatif n simple tapi bagi aku cukup menarik. Memang sesuai la bagi penggemar teady bear n boleh bagi kat orang yang tersayang...chewahh...Layan la gambar yang aku copy dari blog dia n kalau korang nak tempah klik jek nama selipar jepun pink kat senarai blog aku follow.

p/s:aku memang cukup tertarik ngan design dia buat,
mungkin sebab x terlalu feminin kot teady bear nie.hahahahahhaa.


Fikir-fikirkanlah......:)

Hati Teringat Kampung, Jiwa teringat Esaimen

Assalamualaikum w.b.t

Diluah mati emak,ditelan mati bapa. Macam tuelah perasaan aku dikala ini. Bagaikan lamanya aku rasa x balik kampung jumpa ma n abah aku. Padahal ley dikatakan aku telefon mereka setiap hari, tapi x sama dengan face to face kan. Bukan aku anak manja, tapi memang aku xley berjauhan la ngan mereka.heehehhee.

Cemburu melihat member bilik sebelahku akan mengusung beg pada malam ini untuk pulang ke kampung. Kalau diikutkan hati, malam nie jugak aku ikut diorang balik. Tapi apa nak buat, komitmen aku pada esaimen yang belom dihantar harus didahulukan. Projek menghasilkan buku ini, cukup mencabar jiwa,mental dan fizikal aku serta ahli kumpulan.

Barulah aku tau bukan senang nak menghasilkan sebuah buku yang bagus dan diterima oleh pembaca. Banyak yang aku pelajari sepanjang buku ini dihasilkan dari segi mencari bahan, editing,lay out, mencari isbn, mencari pencetakan dan bermacam2 lagi yang menyebabkan tekanan darah dalam badan aku selalu naik dan turun x menentu disebabkan stress.kihkihkihkih.

Buat ahli kumpulanku, jangan risau. Insya'allah kita akan cuba lakukan yang terbaik dan akan submit sebelom korang pulang ke kampung k.

Wahai rumah tunggu kepulanganku....Home sweet home...:)

Fikir-fikirkanlah....

Sunday, October 24, 2010

Bukan Mudah Nak Jadi Pembaca Berita

Assalamualaikum w.b.t


Tentu korang tertanya-tanya kenapa aku katakan bukan mudah untuk menjadi seorang pemberita. Ini semua berkaitan dengan projek esaimen pada sem ini. Pada awalnya, lecturer aku sudah memberitahu bahawa kelas yang aku ikuti ini sangat sukar.

Namun bagi aku,cabaran harus diterima. Yela, mana ada dalam dunia nie perkara yang mudah kan, bergantung kepada kita untuk memudah atau menyukarkan sesuatu perkara itu.

Berbalik kepada projek esaimen tersebut,aku harus membaca seploh berita seperti di dalam radio dan satu berita siaran langsung. Pada awalnya, setiap kali latihan dalam class, aku hairan kenapa setiap kali baca berita ada saje yang tidak kena di mata lecturerku, namun bila sudah merakam dan merekod, baru ku tau bahawa ape yang dikatakan oleh lecturerku semuanya benar. Aku rasa nak bernanah telinga mendengar suaraku sendiri yang tidak sedap langsung...hahahhaaa.

Walau apepon, akhirnya keje merekod,merakam,menyunting,megeditnya dan segala yang berkaitan dengan projek ini siap setelah 3 malam berturut2 berkampung di kawasan yang tiada bunyi bising.

Terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada sahabat-sahabatku yang membantu.Untuk Mr R dan Miss S hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian dalam membantu aku. Tak Lupa juga buat Mr D yang sudi membantu walau di saat-saat akhir....:)

Lain kali jangan serik bantu aku k...hehehehhee.

Fikir-fikirkanlah.....:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian