Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Thursday, January 27, 2011

Tajuk : BEN ASHAARI BLOG

Assalamulaikum wbt


bagi sesiapa yang berminat nak join contest cik Ben sila la klik disini

Bagi yang berminat ... sila sediakan satu entri khas

1-Letakkan header BEN ASHAARI BLOG

2-Tajuk : BEN ASHAARI BLOG dan linkkan ke entri ini ..

3-Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini ..

4-Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI

5-Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?
Jawapannya

1- sila tengok banner yang kat atas tue.

2- da letak da....:)

3- bergantung kepada keadaan masa dan mood.Kadang2 satu, kadang2 sampai 2,3 dalam sehari.68 entry baru..blog baru katakan..:)

4-secara jujur, sebab blog Ben Ashaari memang popular, tetapi apa yang lebih penting disinilah bermulanya saya mendapat ramai kawan dan banyak belajar tentang dunia blog.

5- Alhamdulillah kalau popular dan semoga blog saya menjadi sumber inspirasi kepada blogger lain seperti mana saya jadikan blog cik ben sebagai blog sumber inspirasi saya.


k..settle.jom kita join ramai2.

Fikir-fikirkanlah...:)

Aku,Dia n Aiskrim

Assalamualaikum wbt

Dari kecik sampai besar aiskrim tetap jadi kegemaranku. Kat bawah nie antara gambar yang di snap dalam keasyikan aku dan kawan-kawan menikmati aiskrim buskin robbin yang besh....layanzzz:)


bulat bijik mata dapat makan aiskrim

xley kongsi k...

gaya comel kawan aku cik chetah dapat aiskrim

nak la tue tengok2...hehehhehee


hahahhhahaa..sape nak beli sendiri.

fikir-fikirkanlah..:)

Demi Uji Rasyid busy tolak tepi

Assalamualaikum wbt

Busy..busy..busy...hehehe.Da lama x update blog disebabkan kesuntukkan masa.Sebagai pelajar taun akhir,masa sangat penting bagiku. Sedikit masa terluang perlu diperuntukan dengan baik.

Namun, di celahan kesibukan itu, sempat gak aku berposing maut bersama ngan artis evergreen Malaysia....Jeng..jeng...ini dia Uji Rasyid. Kesempatan bergambar bersama Uji Rasyid nie sewaktu dia menghadiri satu bengkel buku di Universiti aku.

memang cun la...:)

Kat bawah nie antara lagu Uji Rasyid yang aku minat gila....:)



Fikir-fikirkanlah...:)

Wednesday, January 19, 2011

Datuk Aziz Sattar memang terbaik la..:)

Assalamualaikum wbt

Aritu entry aku ada cerita pasal dating ngan cik tesis kan. Nie sambungan kepada dating ngan cik tesis la. Tesis yang aku buat ialah pasal biografi Datuk Aziz Satar. Kenapa aku pilih dia ialah pes sebab aku suka tengok watak dia lam pelem2 P-Ramlie semua lawak gla,second sebab dia memang ensem dari muda sampai la nie, third dia memang peramah gila. So, dari kriteria2 yang ada inilah aku pon berminat nak tulis pasal dia.

Waktu aku second year dulu, aku pernah interview ngan dia pasal industri perfileman di Malaysia. Cara layanan dia n susah payah dia sanggup datang ketempat aku membuatkan aku rasa terharu. Yela,bintang filem tue, lagi2 gelaran Datuk. Ingat senang ke nak jumpa dia n ingat nak ke korang rasa dia layan aku student sengkek nie.hahahaha. Tapi, Datuk Aziz memang superb la, dia langsung x pilih orang n sanggup datang jumpa kitaorang waktu tue.

Bertitik tolak dari itula, aku terus bincang ngan lecturer aku n dia setuju untuk aku buat pasal Datuk Aziz Satar. Seperti biasa aku buat temujanji ngan dia n tanpa banyak alasan dia bersetuju selepas dia abis satu program di Johor. Seminggu jek aku tunggu n terus ley jumpa dia. Dan tempat yang dicadangkannya ialah kafe tempat aku belajar. Pergh..terharu aku, ditambah ngan ptptn x masuk2 so poning gak aku lau kena g hotel bintang2.hehehehhee.

Interview aku berjalan ngan lancar n maklumat yang aku nak memang dapat la kan. Gembira gila bila semua kerja yang dirancang berjalan ngan baik. Sepanjang interview tue aku asyik tergelak jek ngan lawak yang Datuk Aziz buat. Lebih membanggakan aku ialah, beberapa orang student asyik menjeling2 aku.hahahah, Yela, aku duk semeja ngan Datuk Aziz Satar tue.

Selepas lebey kurang dua jam, interview aku akan bersambung pada temujanji yang akan datang. Bukan senang nak korek pengalaman orang2 lama nie. Banyak perkara n banyak menda lain yang hendak diceritakan. Bak kata Datuk tadi "20 tahun takkan abis cita pasal bapak".Aku tergelak jek sebab seronok sangat dapat input yang banyak.

Alhamdulillah sebab tesis aku bakal berjalan ngan lancar. Tak sabar lak nak menunggu temujanji yang berikutnya. Kepada Datuk Aziz, terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan sebab membantu aku. Tanpa tunjuk ajar n nasihat beliau, tentu aku xkan bley buat tesis ini ngan baik...

p/s:gambar2 akan diupload pada entry akan datang...:)



pikir-pikirkanlah....:)


Monday, January 17, 2011

AKU INI WANITA

Masuk nie da 3 kali aku join segmen cik ben. Memang semuanya menarik dan membuatkan makin naik follower aku di sebabkan join segmen cik ben nie.Thanks cik ben sebab pandang blogger kecik macam saya nie.hehehehehe.

Segmen kali nie Kena cite pasal pengalaman jadi wanita.Kalau separuh2 wanita pon boleh kot.hahahaha.
Tapi bila cik ben suh cerita pasal rumah tangga berfikir gak aku. Memandangkan aku belum kawen n tak tau nak cerita apa so aku cita pasal percintaan la....:)

Kisah aku nie continue dari kisah cinta monyet aku.ececece.(Kiranya selepas aku frust ngan cinta monyet dulu la).Aku bekerja part time di sebuah cafe airport sementara menunggu result stpm. Aku kenal si Z melalaui pakcik dia. Pakcik dia nie lak aku panggil en. A iaitu supervisor merangkap ketua kat ctula. Setiap hari en.A mesti tanya pasal aku n suka sangat berbual dengan aku walhal aku pekerja baru. Kawan aku yang bekerja kat sana pon naik hairan kenapa dia baik sangat ngan aku.

Rupenya baik pakcik dia nie ada udang di sebalik maggie tomyam. Dia berkenan nak jadikan aku bakal anak sedara ipar dia.huahuahua. Bukan aku perasan k, tapi kenyataan yang di citakan oleh si Z selepas aku kawan ngan dia.Perkenalan aku ngan si Z nie bermula ketika aku da benti keje kat airpot tue. Satu ari, ada mesej masuk dari orang yg aku x kenal dan dia nak kenal ngan aku. Memandangkan aku jenis yang x suka balas no yg aku x kenal so aku ignorekan jek. Tanpa putus asa si Z nie col aku beberapa kali.

So aku angkat n tanya nak cari sape. Dia pon cakap la nak kenal aku.Mula-mula, aku agak marah, tapi memandangkan dia begitu bersungguh-sungguh nak kenal aku(statement tak menahan)so aku pon kawan la....Aku ngan dia x pernah jumpa n kawan lam telefon jek.(Panjang sangat cerita macamane aku tau dia anak saudara bos aku)Pendekkan cita, Selepas aku da tau dia nie anak saudara en. A, so aku memberanikan diri jumpa ngan dia. Alhamdulillah semua berjalan lancar.Sampailah satu peristiwa yang terjadi nie...aku tak tau nak salahkan sape.

Nie semua gara-gara selepas aku jumpa makcik dia.Isteri kepada pakcik dia nie la. Aku xtau mana silapnya. Selepas aku jumpa makcik dia, atas kehendak dia kononnya nak suh makcik dia kenal aku, hubungan aku ngan dia mula hambar. Dua minggu dia diamkan diri dari aku tanpa berikan aku sebab. Aku hanya berdiam diri n menunggu reaksi dia. Namum hampeh n aku mengambil langkah sendiri iaitu putuskan sahaja hubungan itu. Aku katakan padanya "saya awak boleh cari seribu pengganti, tapi makcik yang awak sayang tue hanya ada seorang sahaja di dunia nie.

Jangan risau, saya akan undur diri sebab saya tau awak lebey sayangkan makcik awak daripada saya. Simpan sahaja semua janji2 manis yang awak pernah lafazkan pada saya dulu untuk gadis yang makcik awak suka dan sampai sini sahaja hubungan kita. (setaun jek aku ngan dia..sobsobsobsob)


Nasihat ea?ek...Kepada lelaki-lelaki di luar sana, kalau betul kamu fikirkan dia sesuai untuk dijadikan calon isteri atau teman hidupmu, pertahakan lah walau ape pon yang terjadi. Buktikanlah pilihan kamu itu tepat. Jangan sesekali menabur janji tapi membiarkannya seperti duri...huhuhu.

Da baca kisah sedey nie..hahahaaa.aku x bekalkan tisu tau!!!!so sape nak join sila klik cnie

Fikir-fikirkanlah....:)

LUCKY LINKER BY AMIEY LEE

Assalamualaikum wbt

Aku join jek contest yang di buat disini .Nak join klik la ye.....hehehhehe
malam ini special sikit mahu cuba luck empunya blogger camne..so kena la test power dengan join usaha Puan Amiey Lee...
empunya blogger sudah copy paste dan buat entri...awal2 dah follow sebab tertarik dengan header yg ada budak-budak cumil itu.. of coz lah tinggal link..hehe... bak kata guru BM alang-alang menyeluk pekasam biar ke pangkal lengan kan ^-^
200 blogger terawal tglkan link di Myster Linky dapat satu peluang cabutan bertuah...
hmmm salah satu cara nak blogwalking paling senang sekarang adalah tglkan link..
ok..nak mudahkan korang supaya snang nak jalan2 g blog kawan2 yang lain kan...
jgn malu2 jgn segan.. korang amat amat amat amat djemput tglkan link korang
kt blog aku yg tk berapa nk jadi blog ni kekekekekekeke...
sila2 la ye... aku nak wat cabutan lagi ni....
ni suma sempena My Qaisarah is turning 2 Yearssss

hadiahnye adalah sehelai T-SHIRT.......
TETAPI JIKA ANDA ADALAH FOLLOWER..
HADIAH AKAN JADI DOUBLE...
MAKSUDNYE 2 TSHIRT UNTUK ANDA DAN PASANGAN ANDA
JIKA ANDA BUAT ENTRY....
(copy keseluruhan entry ini sahaja dan tulis tajuk "LUCKY LINKER BY AMIEY LEE")
HADIAH AKAN JADI TRIPLE....
2 HELAI T-SHIRT + HADIAH MISTERI UNTUK BUAH HATI ANDA
(buah hati : anak/ibu/ayah/MIL/FIL/siblings/bff)
NOTA PENTING : SILA TGLKAN KOMEN DIRUANGAN KOMEN ENTRY INI YE.. SAMADA ANDA HANYA LINK/LINK+FOLLOWER/LINK+FOLLOWER+ENTRY
love u all..muahhh

Fikir-fikirkanlah.....:)

Sunday, January 16, 2011

BEN ASHAARI : CINTA MONYETKU

Assalamualaikum w.b.t


Jom-jom sape nak join segmen BEN ASHAARI : CINTA MONYETKU. Mesti terkejut beruk kan adik beradik monyet bila tengok n baca segmen en.ben kali nie. Aku pon pikiaq 10 x, tapi best gak. Yela, bukan dia tau pon blog aku nie.hahahah. So nak tau lebey lanjut cam biasa pi kat sini k...:)

Kisah aku agak panjang n Kisah Cinta Monyet aku macam aku syok sendiri la kot.hahaha. Tapi nak buat camne da memang aku suka gla kat mamat nie. Aku kenal mamat nie waktu aku pom 1 lagi. Tapi masa tue aku duk class depan n dia duk class belakang (cewah budjet aku budak pandai la)hahaha. So aku x layan la,tapi aku suka usha dia sebab dia lain dari yang lain. Aku suka Tang rambut dia yang kerinting tue. Tapi bukan ala2 elycat k.hehehhe.

Nak di jadikan cerita akhirnya aku ngan mamat nie seclass waktu pom 3. Punyala dia belajar betol2 sampai berapa tangga tue dia lompat nak bg seclass ngan aku. Jodoh aku kot...:)Aku excited gila bila tau dia seclass. Tapi dia bukan tau pon aku suka kat dia, tambahan lg aku waktu tue agak kasar, ala2 boyish n selekeh so dia pon x pandang.hahahaha, sakit ati kan!!! Tapi xley salahkan dia dan aku lak bersikap selamba badak. Yang penting aku suka tengok muka dia sebab mamat nie putih, dan sesuaila ngan rambut kinting n muka nerd dia. atoi,,,comellaaa...

Aku minat kat dia dalam diam sampaila aku dapat tahu dia suka kat sorang dak pempuan nie. Budak pempuan yang dia minat tue se-class ngan aku. Budak pempuan tue anak owang kaya n feminim la. Nak banding ngan aku cam langit ngan bumi.hahahhaa. Yang paling aku sedey bila last class waktu pom 3 tue, mamat tue ley kasi bunga n bergambar ngan budak pempuan tue.Uwaaaaaaaaaaa,aku sedey gla.hahahaha.Tapi lam ati jek, sebab aku x suka bgtau kat orang lain. Waktu tue aku frust gla la...

Naik pom 4 mamat nie ngan aku berpisah class. Aku class akaun dia class sains. Memang mamat nie jadi pandai tiba2 lak. Aku yang pemalas nie putih mata jela... Waktu tue aku da x berapa nak usha dia da..kiranya lam frust lagi la. Aku pon da tak amik tau pasal dia ngan budak pempuan tue sebab budak pempuan tue tukar sekolah(lega.hahahah,ketawa jahat.)

Sampai waktu pom 5 kami ditemukan lagi di hostel. Waktu pom 4 dia duk umah. Bila naik pom 5 kami sama2 duk hostel sebab nak exam spm. Waktu tue aku rasa cam tiba2 perasaan tue muncul balik. Bila dipikirkan,macam xde orang lain kan, tapi entahla,hati n perasaan mana ley paksa. Satu hari kawan2 aku cabar aku col dia sebab macam mane entah salah sorang dari member aku dapat tangkap feeling aku kat mamat nie. Aku kantoi sebab satu ari, aku nangis bila nampak mamat nie jumpa balik dak pempuan yang dia minat nie kat kantin sekolah. Waktu tue budak pempuan tue datang melawat sekolah la kononya. Lagipon kazen dia still lg sekolah kat stu. Kiranya jejak kasih la. Aku plak...Punyalah sayu hati sampai tiba2 tangkap leleh. Memang kawan2 aku terkejut la nthen aku ceritalah aku da lama tangkap syok kat mamat tue.

Sambung balik cerita aku col dia...Cam perigi cari timba kan. Tapi waktu tue aku tak pikir lak.hahaha. Yang aku tau aku col dia sebab member2 aku cabar.(aku pantang dicabar k) Nasibla waktu aku col dia layan ngan baik.hahahah. Punyala suka waktu tue walau mamat tue tak tau aku tangkap feeling ngan dia.

Waktu besday dia aku pernah bagi sekeping kad aku tulis lagu arwah Sudirman " Nilai Cintamu" Aku simpan gambar dia ngan aku waktu jamuan masa aku pom 3 dulu, gambar kami pergi dinner kat hotel waktu pom 5 dulu, gambar dia kat makmal sains(waktu nie kawan aku olong amikkan demi aku). Gila kan cinta monyet aku.hahahahah.

Akhirnya aku ngan dia berpisah terus selepas abis sekolah. Dia sambung pom 6 sekolah lain begitu jugak ngan aku. Dia berjaya ngan cemerlang n sambung terus U. Aku terkandas n terus keje. Berita tentang dia terus sepi selepas aku berpindah ke negeri lain.

Selang beberapa taun kisah mamat nie luput dalam ingatan aku, akhirnya dia muncul kembali didalam.......tada..PESBOK. Terkejut aku bila dia add n tegur aku. Pergh..bertambah kacak kot.hahahaha. Dia langsung x kenal aku. Entah apa yang kurang or terlebih kat muka aku pon tak tau la.Kami pon berborak panjang n berceritalah kenapa lama menyepi. Rupanya dia dulu belajar sama ngan U yang aku belajar sekarang(aku lambat ckit masuk pada dia la)Taun last die keluar aku baru masuk.Jodoh yang xde kan....hahahahahhaa.

Sekarang dia still lagi belajar n aku jugak masih belajar. Aku pon x pernah la bukak cerita aku suka kat dia dulu. Yang aku tau dia masih lagi solo n aku pon solo kot.hahahahaha. Perasaan aku pada dia da xde. Nama cinta monyet. Apa yang penting, aku gembira tengok dia da berjaya. Aku jugak doakan dia akn berjumpa ngan insan yang mencintai dia dan hidup dalam lindungan rahmat Allah swt.

Begitulah Kesudahan kisah Cinta Monyet aku yang x kesampaian sebab aku terlalu memendam rasa. Salah aku juga tak tunjuk n bgtau.Ish mana ley bgtau, aku kan pemalu.hahahaha.

Kepada yang diluar sana yang sedang hangat bercinta, sama-samalah kita menjaga batas-batas dalam percintaan. Cintailah Allah swt terlebih dahulu sebelum kita mencari cinta sesama manusia.Semoga kita sama-sama dalam keredhaan-Nya.Amin.


Nilai Cinta Mu

Pernah dulu kufikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi kurasakan
Sunyinya dihati
Baru kini kutahu
Nilai cintamu

Kurenungi gambarmu
Kubaca surat surat mu
Namun pedihnya kuterasa
Tanpa kau bersama
Kuharap dikau pun
Begitu jua

Kini aku mengerti
Hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan
Hanyalah untukku
Akan tetapku kenang
Kasihmu terhadap diriku
Janji untuk bersama
Sehidup dan semati

Andainya kau kembali
Kan ku curahkan rasa hati
Akan aku buktikan
Cintaku yang suci
Berikan ku harapan
Untuk bersamamu semula
Akan aku buktikan
Nilai cintaku...


Fikir-Fikirkanlah.......:)

Saturday, January 15, 2011

BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT ??

Segmen Cik Ben kembali lagi.Jom ikut aku join.hehehhe.Seperti biasa ikut arahan dibawah yer

Sila letak header BEN ASHAARI BLOG

Tajuk : BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT ?? dan linkkan ke entri ini ..

Sila taipkan cerita dengan mengambil point yang diberikan diatas sebagai panduan dalam.. Ingat , setiap karangan mestilah MELEBIHI 100 patah perkataan ! Lebih tauuu.. kalau kurang , aku takkan senaraikan ...

Mula join blog nie
Pada awal bulan enam taun 2010.Mula-mula menulis blog ketika mengahadiri satu seminar tentang dunia penulisan dan blog.Selain itu selalu dapat mesej-mesej dari Cik Ben sendiri.Mula-mula selalu baca lama2 mula berminat dan minta tolong member ajar camner nak berblog.

Cabaran yang dihadapi
Mula-mula rasa malas sebab nak kena selalu menulis dan update.Lagipon masa tue langsung xde orang follow dan yang follow ialah aku sendiri.hehehhe.Tapi takpelah sebab memang langsung tak tau yang nak dapat follower kena ada cara.Bukan hanya duduk berdiam diri.

Pemberi semangat
Bagi mendapat tips2 yang bagus aku selalu la blogwalking blogger2 otai punya blog n then tau la bagaimana caranya.Akhirnya mula muncul beberapa orang follower dan dengan follower yang x ramai nie pon aku da cukup bangga.Yela,bukan senang kita nak suruh orang baca apa yang kita tulis.Kadang-kadang kita sendiri pon malas nak baca apa yang orang tulis lagilah kita punya kan.Da tak ingat sape yang komen pes sebab kawa-kawan yang ajar aku jek yang mula-mula jadi kawan macam kiera,masyitah n lily...thanks korang.Dan mereka-mereka nielah yang menjadi pengomen tetap blog aku.hahahahaa.

Pengalaman pahit
Rasanya belum ada sebab mungkin baru lagi dalam dunia blog.Hope akan terus menulis dalam dunia blog ini dan bukan setakat angan-angan mat jenin.

Berikan satu nasihat buat blogger blogger baru ...

Saya sendiri masih baru dalam dunia blog nie.Nak bagi nasihat rasanya tidak lagi layak.Cuma dengan serangkap pantun ini sama-samalah kita tahu ape tujuan kita berblog kan. Buah cempedak diluar pagar,ambil galah tolong jolokkan,saya budak baru belajar,kalau salah pakat-pakat tolong mengajar

Sila berikan satu blog yang telah korang FOLLOW hari ini .. Paling terkini !! Tulis urlnya .. dan kenapa korang follow blog tu.

Hari ini follow blog :http://diarisijejaka.blogspot.com.kenapa follow blog ini? blog ini menarik, penuh dengan cerita yang boleh membuai perasaan sesiapa yang membacanya. Cerita yang ditulis mampu membuat sesiapa akan terus membacanya...:)

Fikir-fikirkanlah.....:)

Friday, January 14, 2011

Dating Ngan En.Tesis


Assalamualaikum wbt....

Ya Allah ape nak jadi ngan diriku ini...Keje melambak-lambak tapi satu pon belum mula. Dari tadi bukan main semangat berkobar-kobar nak cari bahan untuk tesis n esaimen. Bila bukak jek makcik google nie tangan aku gatal-gatal sign in blog. Waaaaaaaa..maka ini la jadinya, perubahan pada blog aku yang entah keberapa kali.

Atoi..wahai cik mood kuseru padamu, datanglah meresap kebadanku. Masa da semakin suntuk tapi aku langsung xde preparation.huhuhuhu.Agak-agak ada ubat atau jampi serapah tak nak bagi aku rajin. hehehehehe.

Dah-dahla cik ude oi dari mengarut n membebel. Sila sign up ko punya blog yang ko rasa santek sangat nie nthen pi mengarang tesis ko yang lagi chantek menunggu....huahuahua. Aku rasa cam nak nangis jek sebab da tensen tahap dewa.

Wahai bonda datanglah sembuhkan jiwa malas anakmu ini...hahahahhaa. Kla,lain kali lak aku bebel. Nie aku nak kena dating ngan En.Tesis lak. Da lama dia merindui aku yang da buat-buat lupa kat dia....he
hehehe.okies.chow..:)

jangan ganggu budak ini tengah dating sama En.Tesis terchenta


Fikir-fikirkanlah....:)

~Blogger gegarkan 'U'~


Assalamualaikum wbt...

Aku tak kira walau lambat atau terlewat aku nak gak buat muka x malu join vanture sekali. Bak kata kawanku cik kiera "lambatnya aku nak join Ben Ashaari ni, maklumlah, baru berjinak2 dalam dunia blogging ni.hahahah,ayat ko x bley bla betul.Thanks yer sebab i nampak entry nie kat blog u.hahahaa. Sape-sape yang nak join vanture club kamikah terlewat boleh KLIK SINI.

Tapi sebelum tue seperti biasa, kena lengkapkan ini...

BELAJAR DI MANA?JURUSAN?TAHUN?

UM, Kuala Lumpur.
Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Tahun ke 3..hehe


ASAL MANA? UMUR?

Johor + Kelantan = Jantan..hahahaha.
25 Tahun

KENAPA AMIK JURUSAN TU?
sebab abah aku kata aku suka enterprem depan kamera n mulut banyak..so sesuai jadi pengganti karam singh walia.hehheheh

CITA-CITA
Paling murni nak jadi cikgu..ade kena mengena tak dengan bidang yang aku amik.hahahaha.Ala aku jadilah cikgu yang ajar anak murid dia bercakap banyak...:)


Fikir-fikirkanlah....:)

Lelaki Hensem VS Lelaki TAK Hensem

Assalamualaikum wbt


Pagi-pagi lagi aku terbaca satu artikal dalam majalah remaja yang membincangkan pasal lelaki hensem ngan tak hensem. Nak tergelak rasanya aku apabila membaca. Yela, mana la kita boleh judge seseorang itu melalui rupa paras kan. Tak Kenal maka tak cinta. So kenal dulu hati budi barulah tentukan bagaimana sikap mereka. Kat bawah nie ada satu artikal aku amik masa melawat pesbok...so baca la ye betul ke idak...heheheheheh.


Kalau lelaki handsome pendiam

Perempuan akan cakap: woow, cool giler…

Kalau lelaki tak handsome pendiam

Perempuan akan cakap: eleh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat

Perempuan akan kata: nobody’s perfect

Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat

Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!


Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu

Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!

Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu

Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…


Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik

Perempuan akan kata: sepadan sangat…

Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik

Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!


Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih

Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..

Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih

Perempuan akan kata:.…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…


Kalau lelaki handsome penyayang binatang

Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang

Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang

Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…


Kalau lelaki handsome bawa BMW

Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam

Kalau lelaki tak handsome bawa BMW

Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar

Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar

Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar

Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan

Perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen

Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan

Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati

Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on

Kalau lelaki tak handsome bersedih hati

Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


beuty n da beast versi jejaka....kihkihkih


Da selesai membacanya? so korang agak-agak betul tak?Tepuk dada tanyalah hati dan akal.


p/s:kepada yang hensem atau tak hensem diluar sana ini adalah sekadar gurauan e-class. Perbaiki diri hiasi peribadi.



Fikir-fikirkanlah.....:)


Bintang rindukan Bulan

Assalamualaikum w.b.t

Kala malam mula menutup tirai menuju ke cahaya sang suria, mataku ini langsung tidak ingin terpejam. Kupujuk dan kudodoi dengan lagu rindu agar ia terlena seperti mana teman-temanku lena diulit mimpi-mimpi indah. Entah kemana jasad mereka melayang, mungkin bertemu sang jejaka yang telah lama menanti, mungkin bertemu sang drakula yang mengejar atau mungkin bertemu nenek kebayan meminta resepi awet muda. Argh....Apa yang kutahu,aku jeles melihat lena mereka.

Persoalan bermain dibenakku, mengapa malam yang dingin ini anggota badanku seakan berkeras dengan tuannya. Sudah penat kulayan kantukku yang masih enggan datang. Hati meronta-ronta meminta rehat, jiwaku kacau untuk berjaga. Wahai mindaku bantulah aku untuk pejamkan mata, biarkan keresahan ini berlalu pergi. Hati kecilku cuba berdiplomasi, namun usahaku sia-sia.

Seraut wajah itu muncul dalam ingatan secara tiba-tiba. Aku khayal mengingati ceritera antara kami. Wahai hati, memori lama tidak akan kembali.Sang Bulan tidak akan lagi menunggu bintangnya. Sang Bulan tidak lagi mendodoi bintangnya, Sang bulan tidak akan lagi membiarkan ceritanya melenakan bintangnya. Sang bulan telah mungkiri dan akhirkan janji-janji manisnya. Belajarlah utuk melupakannya walau ia tidak semudah yang dikata.

Jangan lagi menyeksa jiwa ini dengan terikat dengan kenangan lama. Cukuplah sekadar itu kenangan yang pernah ada dan jangan pernah menyesal walau ianya terputus. Cinta tak semestinya bersatu walau bukan itu yang kita inginkan. Berpisah kita bukan kerana orang ketiga tapi kerana kasihmu pada keluarga yang tercinta. Izinkan aku untuk melupakan bayanganmu dari mimpi-mimpiku, biarkan aku simpan kasihmu di dasar lubuk hatiku yang paling dalam dan benarkan aku pahatkan memori kita di dasar jiwaku biar ia menjadi satu ingatan yang paling bermakna.

Bukan niatku untuk kuburkan tentang apa yang kita janjikan tapi hanya tidak mahu ianya membelengguku. Pergilah engkau dari hidup ini dan doaku selalu mengiringi engkau pergi seperti mana yang pernah kulafazkan ketika kita bertemu. Hatiku terlalu Rapuh untuk dilukai lagi.

Akhirnya aku lena setelah aku memasang lagu ini. Wahai mata akhirnya engkau kalah dengan mindaku yang bisa menguasaimu dengan lagu ini. Bait-bait katanya mampu membuatmu rapuh.

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Kerinduan hanya datang setelah kite kehilangan seseorang yang kite sayang, jadi hargailah ape yang kite sayangi selagi ianya masih disisi sebelum die pergi..


Fikir-fikirkanlah.....

Sunday, January 09, 2011

~STYLE UR HIJAB~

Assalamualaikum w.b.t

Satu lagi contest yang menarik bagi sape-sape yang nak join.Bagi yang suka melaram ngan jilbab aku rasa elok join contest nie.hehheheheh .Contest nie telah di tag oleh cik kiera.

Kepada sesiap yang nak join boleh la ikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
SYARAT-SYARAT NYE....

1) satu entry bertajuk SAYA SUKE BERHIJAB or STYLE UR HIJAB ,masokkan gambar di atas dalam entry anda,pastu linkkan gambar itu ke post ini yer ..letak sekali syarat-syarat contest ni.

2)letak banner(gambar ) yang kat atas tu di sidebar blog anda..hohoo (nak resize banner ok je)

3)yang paling penting mestila korang kene letak gambar korang bertudung/berhijab/ber-shawl/berpurdah tu kat dalam entri korang tu

5) sila tag kawan-kawan korang..3 orang pon jadila..hee (make sure kawan korang taw yer )

6)dah siap tu submit la post korang kat COMMENT box gua okei :)

7)tarikh tutup pertandingan adalah 11 january 2011

8)ouh,kalau gambar berdua,bertiga bersepuluh pon takpe asalkan gambar korang kene ade !

9)kalau baik hati alang alang da join contest tu ,tekan la butang follower tu.hehe,(tiada paksaan)

HADIAH LUMAYAN ! (rm 100 ! lagi banyak penyertaan lagi lumayan ! )

Haa.. Dah tengok syaratnya? Jom lah join!!

nie gambar yang aku pertaruhkan..aku bukan minat bergaya pon..aku sempoi jek orangnya.hahahhaa

!
!
!
!
!
!
!

nie la aku...huahuahua.

ok tag kekawan lak.


fikir-fikirkanlah......:)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian