Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label mood. Show all posts
Showing posts with label mood. Show all posts

Friday, April 08, 2011

dinner MPS yang hampeh

Assalamualaikum wbt....

hai semua pembaca2..hehehehe.cam ramai jek yang bacakan.Takpela, mood petang nie rajin nak menulis entry setelah lama berabuk n besawang n berlalang blog aku. biasala student last sem memang xkan lari dengan masalah masa.

busy2 pon, sempat lagi aku join kolej kesayanganku mengadakan dinner di Grand Dorsett Hotel Subang. seyes aku rasa x berbaloi pergi malam tue. bayar dah la seratus lebey. huhuhuhu. pes sebab makan dia memang fail gila r. set makanan paling murah sekali chinese food. huhuhu.

aku x kisah sangat pasal makan sebenarnya, semua aku bedal. tp kalau 3 tahun berturut2 buat menda yang sama, aku rasa korang pon naik antu.hahahahhaa.

memang mood nak pergi dinner tue x semangat mana pon. tapi sebab da bayar n rasa rugi(wajib bayar cos tolak dari akaun) pergi jugak la.

tapi yang seronoknya bab2 melaram..walla weh..semangat. budjet cantik n ley jadi model.hahahhaaha.

dahtu makan x puas hati, bergambar jela sebagai kenangan akhir makan chinese food kat hotel.hahahahahaa. lau pengetua aku dengar, kompem xley duk kolej sem depan.kihkihkihkih.


artis jemputan - mila

with my lovely frenz
i like it...hahahha.makan tue

budak brutal bertukar wajah....hahahahhaa

with my lovely-lovely frenz


pikir-pikirkanlah...:)

Friday, April 01, 2011

kita tawan puncak Broga Hill

Assalamualaikum wbt...



nak relese tensen punya pasal + sesaje nak buang masa walau keje banyak, aku n member2 buat plan tiba2 nak pg broga hill. walaupun x pernah pergi, sanggup google n tanya 2,3 orang member yang da pernah pg tempat tue.

apa yang menarik kat situ???? hehhehee.nie dia ckit maklumat yang dikorek dari makcik google.

Bukit Broga, or Broga Hill, is located near Semenyih, about 40 minutes away from Kuala Lumpur. Its real name is Bukit Lalang, refering to the thin and long species of local grass that grows abundantly on this hill. It can be reached a short distance after the University of Nottingham, where the entrance trail starts from an oil palm estate facing a rabbit park across the road. Its easy accessibility means that there are many visitors on the weekend.

Broga Hill is not tough to hike and it takes roughly 30 minutes to reach the first lookout point. There are about 3-4 of them, each with slightly different view and the further you go, the higher it is, obviously. Mosquito is a nuisance there, so it’s good to be prepared with insect repellant. Although the hike is short, you may be surprised with the amazing view, which looks as if you are quite high above sea level.

perghhh..speaking siot sebab dalam google tulis camnie.hehehehee. kat bukit broga nie memang terkenal lau nak tengok matahari terbit. memang cun n sesuai la nak cari ketenangan jup.

so nak tau betul ke tidak tunggu aku pergi dulu n survey. doakan aku selamat pergi n balik yer.

ayuh kita tawan puncak broga hill

pikir-pikirkanlah...:)

Thursday, March 31, 2011

mat salleh x menjadi...:)

Assalamualaikum wbt



malam tadi aku teringat tempat aku makan chicken chop kat kolej tempat aku belajar nie. so ngan excited aku pujuk kawan-kawan aku pergi beli. dek kerana terliur ngan cta yang aku sampaikan diaorang sanggup batalkan pesanan makanan PASAR MALAM diaorang kat member kitaorang yang awal2 da chaw dulu.

sambil merempit aku cta lagi kat kawa2 yang makanan kat situ semua wastern food dan harga dia cukup murah. korang bayangkan spagetti add on chicken chop ngan harga rm6.80. banyak lak tue. so bg kami student nie teruja la kan...save budjet.hahahahaa.

sampai kat sane, kawan2 aku rambang mata nak memilih. so setelah berbincang2 aku pilih spagetti bolognise with chicken add on chicken chop. member aku yang lain ada pilih set chicken chop n double set chicken chop. murah la katakan....:)

sampai jek kat bilik elok jek azan berkumandang. so solat2 dulu baru feel nak makan tue ada. dah settle semua aku apa lagi, sekejup jek bedal semua tue. yang member aku nie lak, aku tengok bukan main lambat nak abiskan. aku tengok muka dia, ngan selamba dia perli aku, sedap lagi mee goreng abang smart tempat kita selalu beli kat pasar malam.

glup..tertelan liur aku bercampur sos black papper. aku toleh member sebelah, sedap tak?dia cakap sedap jek.. aku pon tersenyum sorang2. atoi..perut melayu betul kawan aku yang sorang nie. x kena ngan selera dia la nampaknya. sian n rasa bersalah lak kat kawan aku nie. lain kali aku xmor da requestkan mane2 tempat.kan x kena selera orang lain lak.

lima minit pastue, kawan aku balik dr pasar malam. aku suh dia try. dia pon sama jek ngan kawan aku yg tadi.pasar malam juga jadi idaman. tekak aku nie kot tekak buaya semua makanan sedap.hahahahahahahhaa.

p/s:aku lau pasal makanan semua sedap...:)

pikir-pikirkanlah....:)

Wednesday, March 30, 2011

teman

Assalamualaikum wbt

bait-bait lirik lagu nie aku suka dengar sebab mengisahkan tentang persahabatan.

benarlah orng kata sahabat sejati sukar dicari. bukan senang kita nak menangis bersama tapi banyak jek yang bergembira bersama.

bagi aku sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa mengambil berat akan sahabatnya. walau sebusy manapun, ketauilah sahabatmu itu akan tersenyum gembira jika kita meluangkan masa walau hanya seminit untuk bertanya khabar.



dan aku selalu bukan menjadi sahabat yang baik buat kawan-kawan. tapi korang semua, walau sebusy manapon aku, korang tetap sentiasa dalam ingatan. tanpa korang sahabatku, hidupku tidak seceria begini.


pikir-pikirkanlah...:)

Saturday, March 12, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Assalamualaikum wbt...


segmen cik ben lagi..jom sesape nak join sila ke link nie k..:)

pastu ikut n jawab soalan dibawah yer.

Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar ikhlas ?

Secara jujur, kita tak boleh nak ukur sejauh mana ikhlas diorang, tp lelaki nie selalunya akan berterus terang bila nampak sesuatu perkara di depan mata. kalau x suka atau suka dia cakap depan2. tp ada gak la cover takut jatuhkan perasaan orang n selalunya mereka nie jga perasaan orang yg dia sayang jela..hehehee

Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?

sebab diaorang rasa diaorang hensem kot.ala, lelaki kan low prifile..mana nak tunjuk2 muka.

Pada pendapat anda , kenapa lelaki berblog ? Secara umum ..

sebab nak usha aweq.hahahaha.ala, lelaki pon ada perasaan nak meluahkan gak.so secara tersembunyi perasaan jiwang diaorang tue tulis la blog.hehehhee

Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan ? Kenapa?

sebab diorang lebih kreatif n bijak pikat blogger lebey2 lg pempuan.

Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..

blog cik Ben Ashaari la, sebab lelaki.lau pempuan xdenya nak singgah.hahahahhaaa.

Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..

gambar kereta, phone, laptop, motosikal n semua pasal lelaki la.hehheheee.


tue jela...xtau da nak merapu ape lagi. lau salah ampun ye blogger lelaki sebab saya pempuan.hahahahaa.

pikir-pikirkanlah....:)

Friday, March 11, 2011

saya sayang mak

Assalamualaikum wbt



pagi2 buta aku bw blog kegemaran aku, tengok entry cik ben kali ini touching gila. aku dah la tengah sedey duk nyiapkan tesis sampai nak balik jumpa mak aku pon x sempat. last aku balik waktu cuti raya cina ritu.

tapi aku call ari2 ea. takpun 2 hari sekali. xley la lau x dengar suara mak aku, walau hanya akan di akhiri dengan nasihat serta sikit bebelan nasihat ke atas anak dia yang degil nie.hehehehe.

betul kata cik ben, mak kita bukan nak duit pon, tapi perhatian dan kasih sayang seperti mana dia sayangkan kita sejak dari kecik lagi. so sayang la kat mak korang selagi dia ada.

dan aku...aku harap aku juga akan sentiasa sayangkan mak aku seperti mana dia begitu sayang kat kami tujuh beradik.

mood:memang tahap gaban aku rindu mak aku n mak aku lak bersenang hati cuti kat umah cucu tersayang dia. sempat dia pesan kat aku jangan jeles. ma..orang memang jeles la.hahahha.

pikir-pikirkanlah...:)

Wednesday, March 09, 2011

angin kuseru namamu

Assalamualaikum wbt

bangun pagi2 sarapan aku ialah menatap blog. hehehhehe. rajin gila kan, sebenarnya sambil prepare nak present jup lg nie. nah kat bawah nie layan lagu angin dari kumpulan Mahkota Band. tetiba hati sayu...uwaaaaaaaaaaa.

Aku teringat kamu
Meski telah lama hilang
Namun apakah mungkin
Engkau kembali seperti dulu lagi

Kamu yang aku cinta
Aku merindukanmu
Meski aku tak tahu engkau dimana
Ku harap kau bahagia

Angin dengarkanlah ku cinta dia
Hanya dia yang membuat ku bahagia
Angin katakanlah ku sayang dia
Jatuh bangun ku menginginkanmu

Meski aku tak tahu engkau dimana
Ku harap kau bahagia

Angin dengarkanlah ku cinta dia
Hanya dia yang membuat ku bahagia
Angin katakanlah ku sayang dia
Jatuh bangun ku menginginkanmu

ps:motif jiwang sebelum present.kihkihkihkih

pikir-pikirkanlah.....:)

Friday, March 04, 2011

Teruja gila menunggu follower ke 100

Assalamualaikum wbt..





bukak blog jek tengok follower da 99 orang..terharu gla sebab bg aku bukan senang nak suh orang jadi pengikut kita n nak baca ape yang kita tulis.

Aku rasa teruja gila nak tunggu sapekah yang bakal jadi follower aku yang ke 100.

Kat cnie aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kerana korang sudi baca entry aku yang x seberapa nie..tanpa korang semua sapelah aku an..ecececeh..ayat cedey.

Hope lepas nie aku semakin rajin nak bw n berblogging...:)

pikir-pikirkanlah...:)

McLuhan vs Ben Ashaari

Assalamualaikum wbt...

Kalau aku tanya korang sapa McLuhan nie mesti korang tak tau kan sebab dia x glamor di kalangan blogger. Cuba kalau tanya sape BEN ASHAARI semua aku rasa blogger berlumba-lumba angkat tangan nak bgtau.

Sory Cik Ben guna nama sekejup. Sebabnya saya x sempat nak join segmen Cik Ben Di Sebalik Tabir Blog. huhuhu. Rasanya kalau join pon mesti Cik ben da X pandang sebab mesti ramai yang join awal2..huhuhu.

Nie gara-gara esaimen yang melambak-lambak dan aku terpaksa membuat pilihan antara si Pakcik McLuhan ngan segmen Cik Ben dan secara paksa rela aku terpaksa amik McLuhan.

takpe2, demi esaimen aku terpaksa berkorban sebab markah nie woo..Untuk segmen ci ben lain kali aku join la yer...:)

Kat bawah nie aku cita ckit sape pakcik McLuhan nie

Nama penuh Herbert Marshall McLuhan
Lahir pada 21 Julai 1911 di Edmonton, Alberta, Kanada
Berkahwin ngan Keller Lewis Corinne dari Fort Worth, Texas: 1939.
Belajar kat Universiti Manitoba: B. A., 1932; M. A., 1934
n Cambridge University: BA, 1936, MA, 1939, Ph D., 1942.
Meninggal dunia pada 31 Disember 1980 di Toronto, Canada
Glamor ngan konsep “The Medium Is The Message” dan “Global Village” lau nak tau google ape benda nie.heheehhee.
dia nie pakai pasal bidang MEDIA n Konsep perkampungan global dia la punya idea. Katanya maklumat diperolehi seprti kita berada di dalam satu kampung n semua maklumat boley dapat.

encem x dia

p/s: tapi body dia x ketul2 cam cik ben kan...hehehehhe.


pikir-pikirkanlah...:)

Wednesday, March 02, 2011

Air Mata Lelaki

Assalamualaikum wbt

entry kali nie nak cakap ckit pasal lelaki.hehhehe. kalau perempuan air mata sering kali menjadi teman hidup kita kan. ketawa, cemburu, gembira, marah, merajuk, sedih mesti ada air mata yang mengiringi. TAPI bagaimana dengan lelaki?

susah betul untuk melihat air mata diaorang walau sesedih mana pon hati mereka. Tabah, kuat semangat atau ego kita tak tahukan. Hanya mereka yang tahu kenapa begitu sukar air mata mereka untuk di alirkan atau untuk kita melihatnya mengalir.

BERHARGANYA AIR MATA BAGI SEORANG LELAKI.

dan jika seseorang lelaki itu mengalirkan air matanya untuk kita, aku rasa mungkin ada something yang betul2 terkesan di hatinya.



p/s:belum pernah melihat dia mengalirkan air mata,mungkin nangis dalam selimut kot.kihkih

Pikir-pikirkanlah...:)

Saturday, February 26, 2011

Cantiknya Orang Pakai Shawl

Assalamualaikum wbt

Tadi jalan2 kat pasar malam melambak2 tengok shawl yang cantik. Teringin nak pakai tapi xde keyakinan dalam diri. Member aku pernah bgtau kalau nak buat atau pakai sesuatu kena yakin tapi aku memang malu.hahahahhaa.

Aku rasa x kena ngan muka aku yang comel nie.hahahahh.Perasan tahap cipan. Lau korang nak tengok kawan aku yang cun bila dia pakai shwal korang jenguk cnie dan cnie....comel kan..kan..kan...

Aku selalu jek belajar cara nak pakai shwal ngan diaorang. kalau aku da berjaya aku upload gambar kat korang tau...hahahhahaahaha.

dua dari kiri tue pengajar tak rasmi aku lau nak tanya pasal shwal.hehehee. yang tudung putih tue si comot.hahahahhaaa.

Pikir-pikirkanlah....:)

Jom Bollywood

Assalamualaikum wbt

Pagi-pagi bangun da layan bollywood.hehehehe.Aku memang masyuk ckit bab2 cta industan nie.Maybe serasi ngan jiwa aku kowt.hahhahha.Tak menahan.

apepon layan bagi sape2 yang berminat.memang best..:)



nie filem Pardes lakonan shah rukh khan ngan mahima chowdry. Cita nie juga kegilaan abang aku sampai email dia guna nama arjun.hahhahahaa.


nie plak Dil Kya Kare...so sad ending n cita dia. lakonan kajol n husband dia Ajay defgan. Aku memang feeling abis tengok.hahahha.


yang nie plak sampai seploh kali aku layan. Cita pasal kehidupan dalam keluarga. memang mantap r n lagu2 dia pon layan abis. Hum saath-saath Hain


nie lagi satu filem kegemaran aku n abang aku. Josh. Lagu nie antara lagu sedih dalam cita nie. Aish bawak watak seorang gadis yang cintanya terlarang oleh abangnya si Shah ruhk khan.

p/s:selalu mimpi kawen nanti cam bollywood.hahahhahaa.sengal kan.

Pikir-pikrkanlah...:)

Friday, February 25, 2011

Ko buat aku jadi haru biru

Assalamualaikum wbt

kejup ko tegur

+

kejup ko diam

+

kejup ko muncul

+

kejup ko ilang


tau tak apa aku rasa


Sedih
+
Marah
+
Kecik ati
+
kacau bilau
+
Rindu tetiba kat gelak ko
=
lepas nie ko jangan kawan ngan aku lagi. Jangan cari aku lagi. Aku x mor kawan ko.
Aku benci sebab tetiba ko buat2 x kenal ngan aku sehari dua nie.
Aku sedih dowh.huhuhuhuhu.

pikir-pikirkanlah...:)

Saiz Badan Bukan Ukuran

Assalamualaikum wbt...

Tiba-tiba nak buat entry nak kuruskan badan.huahuahua. Nie semua pasal kakak aku la, slumber badak dia kata aku da gemuk(just bergurau) Suka-suki kutuk aku mentang2 la dia da slim sejak dapat anak dua nie.

Kepada sesape yang rasa badan dia ala2 comel gitu cam aku, jangan la nak kecik ati lau orang mengata atau mengutuk diri kita. walau camne pon kita, yakinlah dalam diri kita ada kebihan yang orang lain xtau. Rupa paras dan bentuk fizikal x boleh menjadi kayu ukuran kerana apa yang Allah swt tentukan ada kelebihannya.

so sape2 nak juga ikut tips nie..jom layan.

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

6. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

7. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

8. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

9. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

10. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

11. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

12. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

13. MEMASAK MAKANAN
Cara memgukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

14. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

15. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

dan yang paling penting
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


ps:Along aku tau la sebenarnya ko jeles aku lebih comey pada ko an...hahahahaa.

Pikir-pikirkanlah...:)

Thursday, February 24, 2011

Gemilang...Harapan...Cemerlang


SINOPSIS CITA NIE

Gemilang menyingkap kembali nostalgia Malaysia di lewat 70’an, di mana pembangunan dan kemajuan tanah air masih berada di peringkat pelancarannya. Selepas tamat universiti, Saifullah (Shahz Jaszle), seorang pemuda yang berwawasan telah menubuhkan Institut Gemilang, sekolah swasta yang pertama di kawasan pedalaman yang pernah didiami sewaktu kecil dahulu. Saifullah bertekad mahu mengubah nasib anak-anak remaja yang gagal dalam pelajaran menerusi Institut Gemilang yang menjadi satu platform dan juga peluang kedua untuk menjamin masa depan yang lebih baik.

Teman-teman rapat seperti Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla) turut serta menyokong perjuangan Saifullah dengan menjadi tenaga pengajar di Institut Gemilang membantu membimbing para pelajar yang telah gagal atau tidak dapat menduduki peperiksaan MCE (SPM) dan HSC (Tingkatan Enam). Saifullah yakin dengan kemampuan dirinya dapat mengubah hidup dan masa depan pelajar-pelajarnya. Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya sebahagian daripada mereka. Dia berjanji tidak akan berputus asa terhadap mereka asalkan mereka tidak berputus asa ke atas diri mereka sendiri.

Antara salah satu episod menarik drama Gemilang juga menampilkan kisah seorang wanita miskin yang datang berjumpa Saifullah dan merayu supaya anak lelakinya dapat menjadi pelajar di Institut Gemilang. Melihatkan anak muda itu yang langsung tidak mempunyai minat dalam pelajaran, Saifullah meminta geran tanah daripada wanita tersebut sebagai ganti yuran pembelajaran. Apabila anak muda itu melihat ibunya sanggup mengorbankan satu-satunya harta mereka di dunia, barulah dia memahami erti pengorbanan serta kepentingan ilmu sebagai jaminan masa depan.


serius air mata aku meleleh tengok cita nie.

pikir-pikirkanlah....:)

Sunday, February 20, 2011

Ini macam orang pon ada ker?

Assalamualaikum wbt

Cita nie kawan aku duk cerita masa kitaorang tengah makan2 tadi. Tak tau la datang dr mane cita nie, tp aku sampai nak pecah perut dibuatnya. Kejadian nie berlaku kat Jalan Loke Yew. Satu malam ada sorang budak pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu banyak mana dia minum tapi memang dia betul-betul mabuk.

So masa on the way balik umah, ada sekatan jalan raya, dan dak pempuan nie kena tahan dan polis tue nak tengok lesen. Baru jek nak bg, tiba2 kat sebelah jalan tue ada excident n polis tue berlari ketempat kejadian.

Budak pempuan yang tengah duk gabra tak tahu nak buat camne, terus lari n drive n balik ke umah.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan bersoal jawab la dia.

Polis tu tanya, “AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?”
Pompuan ni pulak jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
” So polis tu tanya lagi, “BETUL KER???”
Pompuan tu jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA.”
So polis tu kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP”
Lepas tu polis tu tunjuk, “HA!!! ITU KETA SAPA TU??”

Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak balik keta polis malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman free2.

Aku tak tau la kawan aku baca kat mana cita nie, tp yang penting aku da bantai gelak guling2. Camne ley x sedar kete yg dia bawak tue kita polis kan...kan..kan...

moral of da story:best gak race kete polis.hahahahahahaa.melawak jela, jangan la duk memandu dalam keadaan mabuk,membahayakan semua orang...

pikir-pikirkanlah...:)

Jom layan....

Assalamualaikum wbt.


Seni itu indah bagi yang menghargainya



pikir-pikirkanlah...:)

Tuesday, February 15, 2011

Nak Gelak Baca Nie

Assalamualaikum wbt....

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman
En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

Mesti bibik nie da tensen tahap cipan...hahahahhahhaa

Pikir-pikirkanlah......:)

Di Ambang Kewafatan Rasulullah

Assalamualaikum wbt...

Pernahkah kita terfikir bahawa Rasulullah saw tidak pernah melupakan ummatnya walau nyawa dihujung nafas. Adalah kita sebagai ummatnya juga sentiasa mengingati Rasulullah saw, sama2 lah kita muhasabah diri seketika.

renungkanlah

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya..
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, '
Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku,
orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,'
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,
' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,
matanya masih penuh kecemasan.
'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?',tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya
menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam,
Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,'
kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh,
karena sakit yang tidak tertahankan lagi..

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin,
kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,
! Ali segera mendekatkan telinganya.
'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,
sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya,
dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi



pikir-pikirkanlah....:)

Monday, February 14, 2011

Dia Nak Pinang Saya Tak?

Assalamualaikum wbt...


Semalam aku berborak panjang dengan sorang kawan lama. Memang lama la kami terputus hubungan walau duduk sebelah negeri. Iyela,masing cbuk ngan urusan sendiri. Dia ngan kerjaya n family dia, aku lak ngan study so mestilah xde masa kan nak bertanya khabar nie(alasan sebenarnya..heheheh)

Borak punya borak masuklah bab wajib nie iait
u bila aku nak kawen.hehehe. Soalan cepu emas tol kawan aku bgi ,mentang2 dia da kawen. Aku tergelak je dengar dan jawab belum sampai seru.

Punyalah panjang lebar dia bg ceramah bila aku
kata lom sampai seru. Camne nak sampai seru lau aku asyik memilih jek. Dia siap perli aku lagi katanya last2 nanti yang masuk minang aku datuk tua cucu seploh.hahahahah. Sengal punya memberkan..Tapi aku kata lau da jodoh nak buat camner.

Aku sebenarnya bukan memilih sangat pon, tapi biarlah aku abiskan study n baru pikirkan soal nie. Kalau da jodoh x kemana kan..kan...kan...

Lagipun agak2 bila si dia nie nak pinang aku ek.......

!

!

!

!

!

!

saya terus setuju lau dia yang masuk minang..:))

Just kidding, hanya angan-angan mat jenin jek, walau x sehensem pakwe aku nie pon xpe asal dia seorang yang beriman, baik budi pekerti n hormat family aku.Itu jek aku yang aku selalu mohon pada Allah SWT..amin

Pikir-pikirkanlah.....:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian