Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, April 11, 2012

Tsunami di Acheh, Tsunami Di Hatiku dan Keluarga

Assalamualaikum wbt..:)

Kecoh seleruh dunia akibat berlakunya gegaran. (Nah ley klik kat cnie cos aku pon bukan terror sangat pon bab-bab EQ nie) arthquake.usgs.gov/earthquakes/recenteqsww/Quakes/usc000905e.php. Kami langsung tak terasa gegaran tersebut sedangkan aku ngan member2 umah duk kawasan apatment tingkat 7. Mungkin tempat kami masih lagi dilindungi.

Bila da rasa cuak dengan kejadian tue, aku terus telefon keluargaku. agak memeranjatkan bila adik aku angkat telefon dan bagitau yang anak buah kesayangan aku kena tahan kat wad. Tetiba aku rasa sedih bila cerita berkait ngan anak buah aku. Sebelum2 nie lau aku cta pasal hero along aku nie semua yang seronok2. lau x caya korang ley layan kenalan diaorang kat cnie .

2,3 ari sebelum tue, mak aku memang datang umah kakak aku sebab nak melawat anak along aku yang demam. Tak sangka plak petang tadi da elok ckit demam terus dibawa keluar ke ekspo. Balik dari ekspo tue la terus anak buah aku menjerit sakit katanya lepas minum susu kotak. Tak boleh aku bayangkan budak umur dua tahun merintih sakit. Nak jek aku berlari ke umah along aku kalau dekat dan peluk erat2 anak buah aku nie.

Nasib baiklah ma ngan adik bongsu aku ada ley tolong tengokkan walaupun malam nie diaorang da nak berlepas balik ke umah di kelantan. Mak aku terpaksa la bawa balik anak along aku yang sulung sebab xde orang jaga. bukan tue saje, yang paling merunsingkan kami semua bila suami along aku sekarang berada di Pulau Pinang cos keje kat sana. Along aku agak kerisauan sebab gegaran berlaku di Acheh dan kawasan peneng juga dijangka perlu berjaga-jaga. Aku harap semuanya akan selamat dan kami semua akan sentiasa dilindungi olehMu Ya Allah. Ya Allah, besar betol dugaan yang ko berikan pada alongku dan semoga dia kuat menghadapinya.

Aku pon da xde idea nak tulis panjang2 sebab duk memikirkan kejadian yang menimpa keluarga kami hari ini. nie baru sikit ujian yang Allah berikan dan aku harap kami semua dapat menerimanya dengan tenang. Kepada along, abang long, ayat dan ayie, ende tau korang kuat dan tabah hadapi semuanya ini dan kami sekeluarga sentiasa ada untuk bagi semangat dan pertolongan. We love u All.

 encem boy kami yang ditahad di wad.

abang long kecik kesayangan kami seolah2 paham apa yang berlaku.

P/S:Kita tidak pernah mampu untuk berfikir apa yang akan berlaku untuk keesokkan harinya, tapi kita mampu berdoa agar untuk hari esok dan seterusnya sentiasa diberkati oleh Allah SWT.amin

Pikir-pikirkanlah....:))



Aku dan Cinta si Kura-Kura

Assalamualaikum wbt...

Entry kali nie saja mood aku nak post lagu. Bukan ketinggalan zaman menghupdate, tapi bila dengar lirik dia, agak 80% tetiba cam terkena kat batang hidung aku. So inilah sebab tangan aku gatai tetiba nak post kat blog terchenta nie.

Betol la orang kata, penggubah lagu dia buat lirik berdasarkan pengalaman sekeliling. Dan aku rasa mungkin pengalaman penggubah lirik nie sikit ada kena mengena ngan aku kot...hehehhee.

Aku sedar aku bukan pencinta yang baik, tapi kita boleh belajar untuk menjadi yang terbaik kan. Aku x mor jadi lembap cam kura-kura tapi mau jadi kura-kura yang ada akal dan idea yang bijak dan brilliant. Aku harap aku boleh jadi cam lirik lagu nie akhirnya..Insya'allah sambil berangan-angan. 

Papepon jom layan lagi nie walau movie cinta si penyu nie agak lembap bak kura-kura...hahahahhaa.

 credit by u-tube

Sofaz - Pencinta Terbaik

Berikan ku peluang terakhir sekali lagi
Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna

Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Lengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta... ooo
Pencinta terbaik

Pikir-pikirkanlah---:>Andai itu takdirnya, aku terima apa yang telah ditetapkan untukku..:))

Sunday, April 08, 2012

Mengimbau Kenangan Ong Bak Rindu di kala Outstation

Assalamualaikum wbt..

Huarghhhhhhhh...humang ko,amik elok bebenar anak dara menggeliat . Lau mak aku tengok nie, dah di cepuk kepala aku jadi sotong.hehehe. Sebenarnya aku meggeliat cos nak hilangkan serta betulkan segala urat sendi yang terpeleot time outstation kat cameron minggu lepas. 4 hari berkampung kat tanah tinggi yang sejuk tahap gaban tue memang berbaloi habis sebab semuanya ditaja...:))

Tentu korang terperanjat kan, sebab sebelum ni aku x pernah cita pon aku dak keje,tup2 cta pasal outstation. biar tol dak nie...hehehe. Sebenarnya, lepas jek abis belajar, Alhamdulillah aku dah jadi wanita bekerjaya selepas sebulan aku mengalas jawatan penggangur terhormat. 

Jawatan n tempat aku keja tue biasa2 jek n biarlah aku secret dulu sebab bukan ape, lum bersedia nak hebah lagi....huahuahua. Xdela, aku malas nak cta aku keje ape sebab bukan gaji juta-juta pon. Tapi syukurlah dapat tambah duit poket n tak di cap sebagai graduan makan anggur.(aku x kata kat sapa2 k, so jangan terasa if terkena).

Ok2, da jauh aku melalut nie. sambung balik sal keje aku nie, memang letih+penat la cos ikut orang. So mane ley nak curi2 tulang kan. tapi lam xley2 tue jugak aku boleykan...hahahha. 

Malas nak bebel panjang2, jom layan gambar aku ber Ong Bak Windu di puncak cameron higland.


 ok...line clear ley gambar kete takde.

with kiki merangkap jurupoto aku yang x bertauliah...

 lihatlah daun teh yang menghijau..memang OMG

 opismate with peneman outstation

 menggamit kenangan menunggu bus di perhentian

 air terjun yang menggamit kedamaian

 sedia untuk dirakam menjadi memories terindah

 ku seru namamu di kaki ladang teh...huahuahua

 ok..1,2,3 jom kita melintas di Tanah Rata

 
disini kami berkampung

 let go to Brinchang

 merasai manis masamnya strawberi itu

 berehat sebentar di Hutan Lipur Pari Fall

 merasai kedinginan malam bersama topi telinga panjang


shopping itu semestinya




 
 bersama krew-krew yang bertugas

Banyakkan gambar aku upload buat tatapan korang semua. saja jek aku titipkan gambar nie semua sebagai kenangan sebab esok2 kita tak tau dapat jumpa or tak lagi orang yang sama2 bekerja dengan kita kan..so rebutlah peluang yang ada.

p/s:thanks diucapkan kepada kawan2 serta pihak yang telah berurusan dan menaja kami. disini aku selitkan sedikt pantun buat kalian. Kalau ada sumur diladang, boleh kita menumpang mandi. Kalau ada program lain, jangan lupa menaja n menjemput kami lagi...hehhehehehe.

pikir-pikirkanlah....:))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian