Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, May 02, 2012

cinta budak sekolah

Assalamualaikum wbt

cinta monyet memang satu pengalaman yang cukup berharga. Sapa yang tak pernah melaluinya bukanlah satu kerugian cuma maybe hilang ckit nikmat kenakalan zaman remaja..hehehhe.

Aku juga antara ribuan manusia yang pernah lalui zaman cinta monyet nie, cuma yang membezakannya cinta monyet aku bertukar jadi cinta orang utan sebab aku tak berani nak luahkan. Pemalu la katakan. hehehe.

Bila tingat kembali mesti aku gelak2 sendiri sebab aku suka kat boy nie tapi dia tak tau. Pernah aku kirimkan lagu Sudirman kat dia ngan lirik2 lagu lagi nak bg dia paham. Tapi nampaknya tak paham n buat2 tak paham kot.hahaha. Time tue xde lak aku rasa malu atau sedih. Maybe waktu tue aku tak nur feeling sangat kot...cewah, ayat cover malu lak kan...:))

Walaupun cinta monyet aku tak berbalas, aku ngan mamat nie tetap kawan baik. Dia pon da jadi suami orang. Tak de jodohkan, nak buat camne. Tapi aku hepy sebab dapat tengok dia bahgia. Cinta monyet pes tak berjaya, tapi cinta monyet lain banyak berjaya cuma tak berpanjangan....hehehehee.

Jom layan lagu nie, buat remaja2 diluar sana yang sedang hangat bercinta.


Dalam diam diam rupa rupanya
Kita sama sama suka
Satu kepala satu citarasa
Cuma berlain jantina

Satu kampung juga satu daerah
Satu tempat bersekolah
Berbasikal sama sama
Iring iringan

Cita cita kita sama tinggi

Menggapai
Hingga ke puncak menara gading
Impian
Pasti akan terbukti
Jika ilmu dicari
Dengan niat azam sepenuh jiwa

Tak terlintas aku melukakan hatimu
Ayah dan ibu suruh belajar dulu
Aku pun ada rasa cinta padamu
Bersabarlah bertenanglah
Belum tiba masanya bercinta

Dalam diam diam rupa rupanya
Kita sama sama suka
Satu kepala satu citarasa
Cuma berlain jantina

Satu kampung juga satu daerah
Satu tempat bersekolah
Berbasikal sama sama
Iring iringan

Cita cita kita sama tinggi
Menggapai
Hingga ke puncak menara gading
Impian
Pasti akan terbukti
Jika ilmu dicari
Dengan niat azam sepenuh jiwa

Tak terlintas aku melukakan hatimu
Ayah dan ibu suruh belajar dulu
Aku pun ada rasa cinta padamu
Bersabarlah bertenanglah
Belum tiba masanya bercinta

Tak terlintas aku melukakan hatimu
Ayah dan ibu suruh belajar dulu
Aku pun ada rasa cinta padamu
Bersabarlah bertenanglah
Belum tiba masanya bercinta



pikir-pikirkanlah....:))

Tuesday, May 01, 2012

aku memang bengang!!!

Assalamualaikum wbt...

Post kali nie bukan nak mengutuk atau mengata tapi realiti masayarakat kita especially aku sendiri yang memang ego dan keras kepala dalam mempertahankan sesuatu perkara. Tajuk nie muncul bila malam tadi aku bertekak ngan kawan aku nie. Bukan besar pon kesnya, tapi dua2 tak nak mengalah maka bermasam muka la jawabnya.

Aku lak bukan xmor mengalah, tapi apa yang aku pertahankan tue betol n sah2 da ada bukti, nak kata apa lagi kan. Cuba kadang2 tue terima dengan hati terbuka walau susah. Mood aku yang elok pon terus lunyai. kadang2 sakit hati nie ditelan sendiri. Tapi bengang jek sampai ke kaki effect dia.huhuhu.

Malas nak bebel panjang2 sebab otak pon da tepu nak tito. Esok keje...uwaaaaaaaaa. malasnya. apepon tak boleh. Demi duit poket, aku harus keje. cewah....:))


amik ko, besar2 aku post perasaan tak puas hati aku.

Pikir-pikirkanlah....:))

Aku peminat tegar

Assalamualakum wbt

Sesaja aku post video nie sebab nak share pengubat stress. Aku gelak guling2 bila pestime kakak ngan abang ipar aku cita pasal iklan nie. Lepas tengok dua video nie memang terbaik la sapa yang buat. Aku compem nak berguru lau diberi peluang.

Bukan senang wo dubbing nie (lau x salah aku ler namanya) nak buat. Perlukan masa, ketelitian n kesungguhan. Jom layan dua video yang aku amik kat u-tube.




nangis nash lau tengok...kihkihkih.




nie lak putih mata bpr dengar.....hahahhaha


p/s:Apa yang patot dilihat ialah kesungguhan pihak media hidangkan yang terbaik buat penontonnya.

pikir-pikirkanlah....:)

sekotak susu, setitis keringat

Assalamualaikum wbt

Gara-gara baca blog mamat zackzukhairi nie maka teringat la aku kat pengalaman yang lebey kurang sama ngan dia. Zaman tu, bukan setakat vitagen jek,  susu kotak pon glamor. Sape nak beli kena bagi kertas jugak  dan tulis berapa nak. Tapi dulu mana la mampu,walau berapa sen sangat la harga susu kotak ngan vitagen tue berbanding sekarang.

Kat sekolah dulu, beberapa hari sebelum agen susu tue datang, cikgu aku awal2 da promote. Aku tunjuk kat abah aku jek, sebab lau tunjuk kat mak aku kompem2 la tak dapat. Tapi tunjuk kat abah aku pon sia2 gak sebab lau aku dapat yang lain mesti nak jugak. Tapi aku yang tak dapat tue la aku merengek2 nak sampai aku dapat. Abah aku lak nak kata apakan, tak dibaginya anak. Merajuk punya merajuk akhirnya abah aku bagi juga duit.( aku pon x sure abah aku bagi ngan ikhlas ke tak....hahahhaha.). 

Kalau semua kawan-kawan beli, tapi aku tak mesti malu kan. Zaman sekolah, ape pon tak ley pikir, yang penting apa yang nak mesti dapat. esoknya bila van tue datang aku mesti senyum sebab duit da ada. aku tak la beli sampai sedozen, cukupla satu kotak sorang untuk adik beradik aku yang lain jugak.

Bila da besar panjang nie, baru aku terpikir yang susahnya abah aku nak cari duit n nak puaskan hati tujuh anaknya yang lain. Bukan senang wo nak adil, kadang2 mesti ada yang terlebey atau terkurang. Diaorang x sedar pon menda tue berlaku. apa nak buat anaknya da ramai.

Bila terkenang kembali, aku rasa nak kuar air mata atas pengorbanan abah n ma aku. Tak terbalas jasa diaorang dalam besarkan kami adik beradik.

Lepas nie, lau aku ada keluarga n anak sendiri, aku nak ajar diaorang macam mak aku selalu ajar kami adik beradik. Nak beli apa2 kena belajar menyimpan dan menabung. Kaedah yang mak aku gunakan tu memang menjadi buat aku sampai sekarang sebab lau aku nak dapatkan apa2 aku akan berusaha menyimpan n beli apa yang aku hajatkan tue....:))


nie bukan gambar susu zaman aku, tapi boleh la ek.

p/s: Tak semua daripada kita dilahirkan didalam dulang emas dan bersyukurlah walau kita dilahirkan dalam dulang suasa atau perak. Bagi aku, pelajaran dan usaha merupakan tunggak kepada kejayaan.

pikir-pikirkanlah....:))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian