Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, August 07, 2011

3 kata

Assalamualaikum wbt


semalam tengah2 otw pergi stesen keteapi aku dengar lagu nie kat era. cam best jek balik terus goggle.. cari2 kru upenya.hehehhe.

kumpulan kru nie salah satu band yang aku minat dr kecik lagi. semua lagu dia memang best2 n tiga beradik ne memang masyuk buat duit ngan projek2 gempak. 3 anak muda yang ada studio baik punya. bangga beb anak malaysia mampu buat camni.
tahniah buat kru atas kejayaan mereka n jom layan lagu 3 kata nie.



Lirik Lagu Tiga Kata – KRU
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Mungkinkah pernah kita
Dah terlalu selesa
Kepimpinan seolah
Semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

di ciplak dari cnie yer...hehheehh

pikir-pikirkanlah...:))

u are everything

Assalamualaikum wbt

When you feel you’re alone in a crowd, when you think no one can understand you, when you think your love is rejected by others, and when you hate your life just close your eyes and think about her who loves you truly, cares for you in your loneliness, dies when you cry, she is no one else but your MOM…

To My Mom Puan Saripah bt Mohamad
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-55

TIADA KATA SEINDAH BAHASA YANG DAPAT ORANG UCAPKAN UNTUK MA. TERIMA KASIH KERANA BESARKAN ORANG SELAMA 26 TAHUN SEHINGGA MENJADI SEORANG ANAK YANG TABAH, KUAT SEMANGAT, CEKAL WALAUPUN KADANG2 SELALU DOWN..

TERIMA KASIH KERANA SELALU MEMBERIKAN BERJUTA NASIHAT, SEMANGAT LETERAN, TEGURAN DAN SEGALANYA UNTUK MENJADIKAN ORANG MANUSIA YANG BERGUNA.

TERIMA KASIH UNTUK SETIAP APA YANG MA BERIKAN UNTUK ORANG.

TERIMA KASIH UNTUK DOA DAN HARAPAN MA PADA ORANG SETIAP KALI ORANG DALAM KESUSAHAN DAN KESENANGAN.

HANYA ALLAH SWT YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA JASANYA MA SELAMA INI.

pikir-pikirkanlah....:))

Tuesday, August 02, 2011

Qistina Pes Give Away

Assalamualaikum wbt....



sambil2 melayan harry potter aku mengusha2 blog best. tiba2 aku di tag untuk join give away nie...kalau korang nak join jom la coz katanya hadiah lumayan...hehehhe. lau korang nak tambah koleksi GA klik cnie

kawan-kawan yang saya sayangi dan ingin kongsi GA kamu telag di tag



pikir-pikirkanlah...:))

Monday, August 01, 2011

Besday Papa @ Abah Jatuh pada 1 Ramadhan

Assalamualaikum wbt....

Tanngal 1 Ramadhan kali ini amat bermakna buat aku dan keluarga kerana menyambut dua hari yang amat istimewa. Pes sambut Ramadhan yang pertama dan second besday abah aku jatuh pada ari yang sama.

Aku anak pertama yang ucap besday abah malam tadi. padahal aku sebenarnya nak ucap selamat menyambut bulan puasa kat diaorang. sambil2 tue da tingat esok besday abah, aku ucap sekali la.heheheh.

Masa bercakap ngan abah aku, sedey lak nak ucap besday dia yang ke 62 tahun. Pergh..da makin tua upenya abah ek. tapi lau tengok abah aku compem korang tak caya dia punya umur ngan fizikal dia. Abah aku memang air muka muda..SEBAB TUE AKU MENURUN...WAKAKAKAK. xmor jeles2 bulan pose nie yer.hehehhee.

Untuk abah...orang memang x mampu nak balas segunung pengorbanan yang abah curahkan buat orang dan keluarga, hanya Allah swt yang dapat membalas segala2nya abah. orang sentiasa doakan abah sihat dan dapat melihat kejayaan kami tujuh beradik dan dapat membalas segala penat lelah abah ketika membesarkan kami.

untuk papaku tersayang

ENCIK HAMID BIN MAT JUSUH
SELAMAT HARI LAHIR
MAY ALLAH BLESS U FOREVER N EVER

see korang caya tak umur papa aku 62 tahun. still ensem n kuat berderak mak aku kata..hehhehehee


P/s:lau ada wit lebey adiah abah lumayan la taun nie...hahahhahaahaa.

pikir-pikirkanlah....:))

RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK....

Assalamualaikum wbt...




Tengok tajuk mesti korang teruja nak join kan. Aku cam biasa akan join gak..heheee.jom2 kongsikan pengalaman kita bersama.

time sahur aku jenis yang tak banyak cerewet bab2 makan nie. bedal jek apa yang ada. tapi lam belasah jek, aku lebey suka lau mak aku buat makanan yang bergoreng jek. kalau lemak2 di sahur sawap nie compom x layan.

antara menu yang paling aku laju jek bila sahur ialah nasi goreng.hehehehe. nak kat bawah nie aku share link nasi goreng da best.

kalau korang nak tau sape buat nasi goreng nie sila klik kat pic nie yer...:))


pikir-pikirkanlah.....:))

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan menggamit nostalgia

Assalamualaikum wbt


Mama:Esok nak sahur masak apa ek?Telur masin jangan lupa beli, daging beli skit untuk goreng. Budak2 nie lau sahur nak makan lauk kering2 jek.

Papa:Mana budak2 nie x bangun lagi?along,angah, uda, adik..bangun. aman, didi x bangun2 lagi? pipi..pipi xnak sahur ker?biar jek x payah kejut esok biar dia lapar...

Along: Orang xnak makan...minum air jek...

Angah:Jarang2 dapat bukak puasa n sahur sebab duk hostel.

Abang: ma kuih sagu jangan lupa buat.

didi:ari2 minum soya kawan baik dia pon xpe

Pipi: Ma, arini x larat la...bley mandi ngan air sejuk dalam peti ais tak?

Adik:ma..lau kentut puasa batal tak...hahahaha.

kalau korang nak tau, niela antara dialog2 pemes aku n sekeluarga masa kami kecik2 dulu. Ma n abah aku sangat pentingkan puasa nie. Seawal kami 5 tahun lagi, sudah diajar berpuasa penuh tanpa dijanjikan sebarang upah.

Ma aku memang x ley nak kautim lau nak ponteng puasa waktu kecik2 dulu, tp lau abah aku dia nie baik hati ckit.hehehheh. yela2 kadang2 mestilah ada time malasnya kan.. Tapi bukan ley ponteng camtu jek, ada syaratnya. lau nak bukak puasa ley setengah hari, tp time orang lain berbuka yang x pose kena tunggu sampai yang lain abis berbuka puasa.

huhuhu....mana tahan weh...yg lain makan sedap2, kami yg x pose kena tengok jek. nampak zalim kan, tp itu pengajaran secara halus yg ma n abah aku buat untuk kami tujuh beradik. so dari situ kami mengerti bahaya puasa nie merupakan satu ibadah yang wajib kami tunaikan. usia bukan alasan untuk malas berpuasa.

nostalgia berpuasa zaman2 kecik memang aku tak ley lupakan. banyak kenangan2 yang mencuit hati kami semua bila tiba waktu untuk berbuka n sahur. paling x sabar time nak pasang lampu tujuh likur. Mak aku selalu pesan pasang bila seminggu nak raya, xley pasang awal2. tapi kami setengah puasa da pasang...hehehehhe.

bila masing2 da besar n berkeluarga, susah da nak kumpul bersama2 lagi nak sambut awal puasa. masing2 ada kehidupan tersendiri. walaupun da x sambut awal puasa, tp kami pastikan dalam sebulan tue, amik juga masa untuk berkumpul satu keluarga untuk bersahur dan berbuka bersama2.

Aku juga mengaharpkan Ramadhan kali ini dapat kami sekeluarga memanfaatkan dengan sebaik mungkin dan semoga mendapat rahmat dan hidayah dari Allah swt.

Buat semua sahabat2 blogger yang beragama islam Salam Ramdhan untuk korang semua n semoga kita sama2 mendapat Keredhaan daripada allah swt.

pikir-pikirkanlah....:)

Thursday, July 14, 2011

Ben Ashaari : AWAK la pulak.......

Assalamualaikum wbt.....


klik CNIE

awak................tanjat kita.


Thursday, July 07, 2011

johor..waiting for me r

Assalamualaikum wbt....

Horm...malam nie bermulanya keberangkatan anak kesayangan makcik pah ke kampung halaman tanah tumpah negeriku yang tak berapa nak cinta coz lahir jek kat ctu besar kat lain...hahhahaa.
keberangkatanku ini akan disertai oleh mak n adikku jua. disebabkan atok ku x berapa chat, so mak aku terpaksa gak pergi. ada gak kawan aku dalam perjalanan..hoyeay...

bila sampai sana nanti banyak menda yang aku da set dalam mine untuk buat...antara to do list aku..jeng..jeng...jeng..

1-pergi kenduri kat umah atok aku dulu sempena besday dia..cewahhh..jangan2 main2 ko.gerek seh.hehehe

2-cari keje part time

3-melepak2 with my lovely prenzd..miss A

4-jalan2 cari makan...bakso, mee bandung, soto, nasi ambang..pergh,,,da lama aku sental semua nie.

5-jalan2 kat angsana, lepaking, karoke...o yeah....

Hope semua tercapai setelah lama gila aku meninggalkan bumi johor n atok aku siap kutuk lagi sesunggunhya aku cucu yang lupakan dia.hehehe.bukan lupa tok, busy ngan study...hehheeh.

nanti orang balik kita ngeteh sama2 yer kat danga bay kecik..atok banje.hahahha

Pikir-pikirkanlah...:))

Wednesday, July 06, 2011

tinggalkan umah lagi....sob..sob..sob

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi kawan2 n bloggers semua..hehehhee. lepas nie aku mungkin da x selalu update blog lagi. ini semua disebabkan kerja. kerja o kerja. akhirnya aku nekad untuk kerja gak setelah memikirkan pelbagai aspek. cewah....hahahhaa.

setelah berbincang ngan mak aku, akhirnya aku terpaksa gak keje walaupon aku berat ati nak tinggalkan dia n umah. yela, baru jek abis belajar, duk jauh pada keluarga ingat dapat la abiskan sebulan dua lepak2 kat umah. tapi memandangkan fulus pon da makin kering, aku kena keje gak. keje lak jauh dari umah..huhuhu. hati nie tuhan jek tau, kalau dekat2 umah ada keje, compem aku xpergi.huhuhuh.

ala cik ude..nie bru keje part time, bukan keje betol2 lagi.hahahhaa. sedey bagai nak rak. lau kena anta jauh2 camne ntah. ala biarla korang nak kutuk pon..aku cuma sian kat mak aku jek. dia da xde kawan nak bebual. at least ada aku ley gak teman dia merempit lau nak g ane2.

for my mum, orang keje jup jek nak penuhkan duit poket untuk bekalan konvo. orang nak gak pegang wit sendiri untuk settekan urusan orang. xmor da susahkan ma ngan abah.(anak yang baikkan...hehehhee)

pikir-pikirkanlah....:))

Monday, July 04, 2011

Tanjat Cik Ude

Assalamualaikum wbt....

ha see tajuk entry aku arini..tanjat cik ude.hahahahha. korang tau aku terperanjat gla coz cik ben sudi menjengah blog aku yang picisan nie n sudi meninggalkan komen walaupun hanya dua patah perkataan....Gla aku rasa nak jerir2 kat satu dunia jek...hahahhaaa.

biar korang nak kata aku over pon..aku x kisah. Yang penting cik ben sudi jengah blog aku..YAAAHOOOOOOOO..korang ada?hahahahhaa. aku cam x percaya jek nengok ben mana yg komen aku, sekali klik BEN ASHAARI...

Aku memang excited sebab da lama aku memang suka baca blog cik ben seringkali terpikir x sudi ke cik ben nak singgah kat blog aku walau sekejup. Dan terbukti cik ben x pilih orang. Thanks sangat2 cik ben n aku akan sentiasa sokong cik ben walaupun dia x kenal aku....

TArra.............. aku sanggup print screen nak bg bukti k...lalallalalala.


pikir-pikirkanlah.....:))

Sunday, July 03, 2011

nasi lemak + tea o suam

Assalamualaikum wbt...

Subuh2 lagi aku da terbau sesuatu yang harum. bau nasi lemak yang pergh memang menusuk ke lubang idung nie. aku sememangnya amik bau jek tp x berganjak dr tempat tdo pgi cr kat mane bau tue datang...heheehhe. Nak buat camne, bak mak aku kata la..tido lagi penting dari perut lapo...hahahha. Ape punya beruntung dapat anak cam aku nie kan..(ampun ma..hehehhee)

sian kat mak aku, pagi2 lagi da bangun buatkan sarapan untuk anak2 terchenta dia nie. adik aku yang bongsu tue la mengada2 nak makan nasi lemak lak. so mak aku buatkan juga coz x sampai hati sebab pagi2 lg adik aku da nak balik umah makcik aku kat kota bharu. sementara nak tunggu result upu dia keje kat sana. so demi x sampai ati takut adik aku kempunan, mak aku turutkan juga. lau aku mak aku x kisah sangat sbab dia tau aku makan jek ape sarapan yang dia buat. aku x memilih sangat sebab aku pemalas.hahahahahaa.

bangun2 jek, mak aku siap pesan lagi, semua da ada kat atas meja. tinggal senduk ngan makan jek..huhuhu. terharu aku atas layanan mak aku walau aku tau aku nie memang tak patot buat mak aku camtu.hehehe. tapi nasib mak aku paham sesangat ngan anak dia yg sorang nie. thanks mom..love u so much.

memang terbaik la nasi lemak mak aku nie. lau aku bukak warong compem laku.hahahahha. makan lak bersama teo o. mak mertua lalu pon aku buat2 x sedar.hehehehe.lepas nie aku nak belajar la cara2 buat nasi lemak yang best camni. kompem bakal mr x aku x sarap kan luar dah...berangannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.hahahahhaa.

moral of story..jangan jadi anak dara pemalas ke dapur lau nak makan sedap2.

pikir-pikirkanlah....:))

Friday, July 01, 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011

Assalamualaikum wbt.....



hok alloh...aku da mula suka ayat nie...hehehehe.jom2 kita sertai cik ben punya gegar2 blog. da lama x join segmen cik ben sebab aku memang x sempat gla. aku memang salute gla camne setiap ari cik ben ada jek idea untuk tulis blog. nie bukan bodek but fakta dari blogger yang memang aku tabik spring r.hehehehhee.

panjang la bebel...hehehehe.so sape nak join ikut la ape yang kat bawah nie suruh k...:))

Buat satu entri khas..

Letak header BEN ASHAARI.COM

Tajuk : GEGAR BLOG JULAI 2011 dan linkkan ke entri ini ..

Tulis apa saja yang mana aku boleh jadikan soalan pada contest akan datang nanti..

Tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini ..


soalan aku ialah....Cik Ben pernahkan terpikir untuk bukak class ajar cara-cara untuk jadi blogger yang terbaik cam cik ben

korang lak..ape lagi jom pakat2 buat segmen n gegarkan blog julai ini..adios.


pikir-pikirkanlah....:))

keje oh keje

Assalamualaikum wbt

Bangun jek dari tdo aku cbuk terpikir pasal keje. bila orang nak panggil temuduga, bila aku nak mula keje, keje ape aku nak buat, keje apa aku nak cari...atoi sakit kepala bila memikirkan pasal kerja nie. patotlah ramai sangat graduan menggangur, mungkin disebabkan pasaran kerja yang x cukup, memilih kerja, education x sesuai ngan keja atau memilih kerja..horm... aku sendiri pon konfius bila memikirkan.

baru setengah bulan duk kat umah, aku da macam cacing kepanasan duk mikir pasal kerja. walaupon belum lagi konvo, tp sekurang2nya aku nak gak keja part time untuk ickan poket aku nie. yela..da puas susahkan mak ayah time belajar, ingat lepas abis nie try la usaha cr keje sendiri lak.

tapi, serius bukan senang nak cari kerja. macam2 berlegar dalam kepala otak aku sebelum nak keje walaupon part time. pes nak keje jauh2 dari umah kena pikir pasal umah sewa, wit makan, pengangkutan, jauh pada mak ayah, second, lau keje kat umah, memang susah la coz kawasan aku nie nak cr keje pon agak sukar, kena kuar ke kawasan bandar ckit, third, nak tinggalkan mak aku sorang2 kat umah lak, walau abah aku ada, tp mak aku xde kawan berbual. at least bila aku ada kat umah ada gak kawan dia gadow2...wahahahahahaa.

bila pikir2 kan senang bila jadi anak orang kaya...petik jari jek duit turun dari langit..wakakakaka. ala, cam x bersyukur lak an. at least x kaya pon.. tp kaya ngan kasih sayang da memadai bg aku.

berbalik pada keje lak..aku kena gak kuar cr keje untuk settlekan semua bayaran time aku nak konvo nanti. tak kiralah kilang ker, kerani ker, cleaner ker..janji keje halal...cewaaaaaaaaaaah.hahahahhaa.

chayo2 cik ude....semangat untuk cari keje yer.




pikir-pikirkanlah....:))

Wednesday, June 29, 2011

selamat tinggal mahasiswi, jubah dan topi.

Assalamualaikum wbt...:))

kenangan konvo seniorku yang terbaik...:))


Horm....Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menghabiskan study aku selama tiga taun. terasa sekejup jek zaman kanak-kanak riang nie berlalu, padahal lau dihitung tiga taun tue merupakan satu jangka masa yang panjang dan macam2 perkara bley berlaku.

Time belajar bukan stress sangat pon dan time stress bermula bila esaimen kena submit n exam. Yang lain aku rasa semua enjoy. Biasala, study bukan satu perkara yg membebankan pon sebab dalam kehidupan kita akan selalu berfikir. So otak kita akan berfungsi 24 jam sehari walau kita tdo sekalipun. oleh itu.... jangan jadikan alasan bahawa kita tidak berfikir dan belajar...heheheheh.

Walaupon aku bukan dicop sebagai best student dan deanlist, namun aku cukup bangga akan pencapaian diriku sendiri. Orang kata ukur baju dibadan sendiri, dan keputusan akhir yang aku perolehi membuatkan aku bersyukur. Apa yang aku belajar itulah yang aku perolehi. Alhamdulillah atas berkat dorongan dan doa keluarga serta ibu aku yang tersayang akhirnya aku berjaya untuk grade bulan seploh nie.

tak sabar rasanya nak pegang jubah n topi konvo tue nanti. paling aku x sabar ialah bila nama aku dipanggil, aku berjalan di atas pentas sambil mama ngan abah aku melihat dari bawah... itulah aku rasa hadiah paling bermakna dapat aku berikan kepada mereka yang banyak bg aku sokongan dan dorongan. tanpa mereka, aku takkan berjaya sehingga ke hari ini.

Pengalaman pahit manis yang aku perolehi selama tiga taun bergelar student nie. Semuanya akan ku kumpul dan adun menjadi kenangan yang paling terindah untuk dikongsi bersama anak cucu aku nanti.


pikir-pikirkanlah...:)

Monday, June 06, 2011

mekasih en.xde perasaan

Assalamualaikum wbt....

Malam nie sangat2 hepi n share something ngan korang. pestime aku dapat coklat dari en.budak xde perasaan. bermula dengan gurauan, akhirnya dapat juga sepeket besar CADBURY dairy milk yang ada kacang2 tue.hehehhee.xmor jeles2 tau.

sebenarnya, aku bukanlah penggemar coklat pon, tapi just nak uji sejauh mana kesungguhan dia berkawan ngan aku. yela, dia nie jenis yang langsung susah aku nak duga perangai dia. nak kata suka, cam x suka. nak kata x suka tapi cam suka nak kawan ngan aku.

aku lak jenis malas nak pikir2 sampai pening otak. yela orang pemes nie payah ckit nak kawan kan..so buat2 bodo sudah.hehehhe. tp yang aku tau aku suka en.xde perasaan nie cos dia memang terror la buat jantung aku berdegup2 cam kena karan. nak marah pon ada.hahahhaa. lau dia baca blog aku, compom guling2 dia gelak.

to en.xde perasaan, aku tau ko xkan baca punya blog nie.hahahah.sebab tue aku ley kutuk ko banyak2.

papepon....thanks yang amat sangat untuk coklat tue.nanti lau abis makan aku tag nama ko besar2 k.hahahahhaahhaa.


nak share tak...:))


pikir-pikirkanlah....:))

Monday, May 30, 2011

Istikarah Cinta

Assalamualaikum wbt...

bait-bait lagu nie penuh ngan makna yang tersendiri. Setiap kali aku dengar mesti tenang. Sayu, rancak dan penuh ngan emosi bergabung menjadi satu.


Bersaksi cinta di atas cinta

Dalam alunan tasbihku ini

Menerka hati yang tersembunyi

Berteman di malam sunyi penuh doa


Sebut nama-Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta

Tetapkan pilihan sebagai teman

Kekal abadi hingga akhir zaman


Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjuk-Mu

Satu nama teman setia

Naluriku berkata


Di penantian luahan rasa

Teguh satu pilihan

Memenuh separuh nafasku

Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta




Ya Allah...
Andai benar dia milikku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Temukanlah kami kebahagian dan semoga dia menjadi pembimbingku di dunia dan akhirat, Jika dia ditakdirkan bukan untukku, mudahlah kami saling melupakan. Semoga Engkau sentiasa memberkati kami dengan RahmatMu.

pikir-pikirkanlah....:))

learn to science

>Assalamualaikum wbt...

bersarang dah blog aku upenya, siap ngan telur2 lips lagi membiak.hahahaha. windu rasanya da lama tak membebel kat diari bergerak aku nie. mesti korang tertanya2 kan apela yang membuatkan aku busy sangat..yang xnak tau diam jek k.hahahaha.

Lepas jek exam aku terus join kursus pra pekerjaan. kursus yang amik masa sebulan nie pior english punya class. kursus nie untuk mengajar graduate2 macam aku nie berdepan dengan dunia pekerjaan.

mula2 nak join sepuluh kali dok pikir. tp atas berkat dorongan family aku, aku cuba gak join kursus nie. yela, aku nie bukan terror sangat bi. lau yes, no, oriteeeeeeee tue aku tau la.hahahaha. sesaja nak bagi nampak bongok skit. bak kata kakak aku, belajar tinggi2 lau b.i pon x expet xtau ler. aku tau ler aku tak pandai cam dia. tp bagus gak, kata2 tue bg semangat kat aku untuk mencuba sesuatu yg baru bg aku.

mana ada dalam dunia nie perkara mudah kan, semua kena belajar dari bawah. dan setelah dua minggu, aku rasa banyak yang aku perolehi dan confident aku untuk skeping..ops silap, speaking da tahap 5 ckit.hahahaha. cukup sebulan aku harap, dapatla naik ke tingkat 8. x ley sepuloh coz nobody perfect kan....:))

aku harap, kursus yang aku ikuti nie dapat berikan banyak manfaat buat aku dan kawan2 yang lain. semoga peluang kerja aku juga cerah..doakan2 yer kekawan.amin2.

kat bawah nie pic aku ngan kekawan sewaktu kursus.

group telipuk

pic tea break....:))

Monday, May 16, 2011

selamat ari guru

Assalamualaikum wbt




pikir-pikirkanlah....:))

Sunday, May 08, 2011

1..2..3..jom menari

Assalamualaikum wbt....

aku memang minat tol tengok lenggok diaorang menari. lagu lak rancak gila..hahahaha.
ayuh gerakkan badan korang.



pikir-pikirkanlah....:)

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

Assalamualaikum wbt....



JOM3...Gegar blog bulan may suda bermula. jangan lepaskan peluang ini..ayuh kita bw ramai2.hehehehe.

nak join klik banner yang ensem kat atas tue ek..glups.hahaha.


pikir-pikirkanlah...:)

Saturday, May 07, 2011

Selaut Kasih Ibu

Assalamualaikum wbt....


selamat hari ibu
PUAN SARIPAH BT MOHAMAD

tiada kata-kata yang dapat anakmu tulis untuk ceritakan segala jasa dan pengorbananmu. terlalu banyak sehingga tidak cukup dakwat rasanya untukku jelaskan.

mama memang da best in da world. hanya doa yang mampu kutitipkan setiap kali solat agar dikau selalu dilimpahi dengan keberkatan dan keredhaan Allah swt.

ma....ude sayang ma sangat2.


Pikir-pikirkanlah...:)

Cinta Kontrak

Assalamualaikum wbt...


tiba2 malam nie hati aku sayu gila. luahan hati abang kesayangku membuatkan hatiku benar2 meruntun pilu. Adik mana yang x sedih melihat kelukaan abangnya kan. Aku harap abang aku tabah dan kuat semangat. semoga Allah memberi beliau kekuatan.


cerita di bawah aku copy paste daripada ape yang terzahir dihatinya....huhuhu


Dulu aku selalu dengar tentang cinta kontrak....

namun tak pernah pula aku alami cinta jenis ini...

alhamdulillah setelah aku jejak kan kakiku ke upsi..

Allah telah takdirkan aku mengalami sendiri apa itu cinta kontrak..

Cinta kontrak adalah sejenis cinta yang diwujudkan hanya untuk beberapa tempoh atas ikatan "couple" melalui syarat atau perjanjian yang telah ditetapkan oleh pasangan masing2....

Itulah pengalaman baru yang pnh aku rasa, paling sedih bila kontrak dh nak tamat, mcm2 perasaan timbul, penyesalan, kesedihan, keperitan, kesengsaraan....mahu tak sedih...nak melepaskan orang yang kita sayang walaupun kita tahu semua ikatan itu adalah secara kontrak....apa yang pasti banyak yang aku pelajari daripada diri nya...sesungguhnya dia merupakan seorang gadis yang sangat hebat,namun aku terkilan sb tidak berpeluang memilikinya..itulah antara hakikat yang aku harus telan akibat cinta kontrak..."Perjanjian yang diatur haruslah dipatuhi"...seseungguhnya Allah itu lebih mengetahui ke atas sesuatu yang berlaku, kini aku pasrah kepada NYA....semoga aku dan dia akan terus menjadi teman baik paling istimewa dalam dunia...walaupun orang akan kata kami pelik, namun kami bahagia dan redha dengan jalan yang kami pilih,semoga dia bahagia dengan perjalanan hidupnya dan begitu juga aku....terima kasih kepadanya kerana dia menjaga aku dengan amat sempurna sepanjang aku di upsi....walaupun terlalu sukar untuk aku melepaskannya,namun aku terpaksa melepaskan dia demi kebahagiaan bersama,aku bangga kerana pernah dicintai oleh dirinya...terima kasih tuhan..semoga aku ditakdirkan bertemu dengan gadis sepertinya...amin


Perit sekali hatiku melihat kelukaannya. tak tau aku nak salahkan sesiapa kerana inilah yang abang aku harus tanggung diatas tindakan yang mereka buat. Aku harap abang akan berjumpa dengan orang yang benar2 mencintainya sperti kakak ini.

Abang kamu harus tabah dan kuat semangat kerana mungkin ini bukan jodohmu. insya'allah ada yang lebih baik akan kau temui. Kami sekeluarga akan doakan yang terbaik buatmu.

Buat akak, saya memang sayang gila kat akak. time kasih jadi sahabat abang dunia akhirat dan kawan saya yang terbaik. Susah nak cari orang sebaik akak. Mungkin abang bukan yang terbaik untuk akak. Apapen saya harap akak bahgia. Doa kami sekeluarga sentiasa untuk akak. Amin.


mode:air mata aku memang susah nak berhenti ketika nie.



pikir-pikirkanlah...:)

Thursday, April 21, 2011

fever exam-------->>berehat seketika

Assalamualaikum wbt...




Minggu exam bakal bermula dan aku akan menempuhnya tak lama lagi. so bagi cosentrate 4 paper lagi bagi melayakkan aku grade taun nie (insya'allah) aku terpaksa berhenti berblog sekejup.

mesti aku windu nak bw kat blog kome2 semua terutama blog cik ben. cik ben lepas abis exam ari2 saya usha blog cik ben yer. hehehe.

doakan saya dapat buat yang terbaik tau semua kawan2 blog. Dan untuk sesiapa yang juga akan menghadapi exam..

Di bawah ini ada doa yang baik untuk kita baca ketika menghadapi ujian atau sedang menghadapi peperiksaan.

اَللَّÙ‡ُÙ…َّ لاَ سَÙ‡ْÙ„َ Ø¥ِلاَّ Ù…َا جَعَÙ„ْتَÙ‡ُ سَÙ‡ْلاً ÙˆَØ£َÙ†ْتَ تَجْعَÙ„ُ الْØ­َزَÙ†َ الصَّعْبَ Ø¥ِÙ†ْ Ø´ِئْتَ سَÙ‡ْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

GUD LUCK N DO DA BEST

p/s:Jumpa lagi bulan 5. Doakanku ye kawan-kawan. miss u all always


pikir-pikirkanlah..:)

Monday, April 18, 2011

kerana tulisan bawa binasa

Assalamualaikum wbt...


horm...tentu korang pelik kenapa tajuk aku arini camniekan. ini berkaitan dengan seorang blogger baru yang telah agak menhavockan dunia blog dengan mengutuk gurl2 kat kelantan.

Aku pon terbaca bila member post blog gurl nie kat pesbok. memang terus glamor blogger tue. aku baca apa yang dia tulis n agak terkilan dengan kata-kata tersebut. aku memang x setuju dengan apa yang dikatakan.

walaupun aku bukan anak jati kelantan, tp bapak aku still orang kelantan. bagi aku ok jek semuanya. walaupun baru berpindah kat sana, tp diaorang boleh jek terima family aku. kawan2 aku kat sana pon berbudi pekerti. mana ada masuk umah aku x bagi salam.

ish2..aku rasa blogger tue perlu berfikir sebelum menulis sesuatu perkara. jaga sensitiviti orang lain. walau x suka manapon kita dengan seseorang jangan terlalu open untuk berkata2.

aku sudah merantau banyak negeri. semuanya mempunyai adat dan adab yang sama. pokok pangkal hati kita. kalau kita pandai membawa diri, kemana2 pon orang akan sukakan kita.

nie hanya pandangan aku saja. jangan mengutuk sesama kita tapi bersangka baiklah sesama insan.


pikir-pikirkanlah....:)

Saturday, April 16, 2011

kecuq liur la tue...:)

Assalamualaikum wbt...


hujan-hujan nie peyut aku berlagu-lagu lak mintak di isi. dek kerana bangun lambat dan malas ke cafe, aku terpaksa menahan kelaparan ini.hehehhee.

kruk..kruk..kruk..ish xley jadi nie.lagu ziana zain ngan anuar zain da makin rancak berlagu dalam perut aku. gelededah punya geledah lam kotak stok makanan aku pon jumpa... tarrrra..Mee Megi Sedap dimakan ketika lapo.hahahaha.

sebat jela, janji perut kenyang. duk asyik makan dengan buruk lantaknya sebab lapo, tiba2 rumate ku balik. jeng..jeng..jeng... aku tengok dia bawak buah pelam or mangga or pauh. huwaaaaaaaaa. sedapnya.

aku jeling2 sambil abiskan megi yang da kembang cam rambut aku nie.huahuahua. tiba2 member aku bgtau, da siap makan tue sat lg kita kenduri buah mangga lak. sambil tersenyum, aku jawab, xpela, da kenyang, kita makan malam pon xpe. (padahal nak jek aku cakap..ok kopek sekarang jom)hahahha.x malu2 anak sapa la nie.

kawan aku nie lak cam memahami jek perangai rumatenya yang tersayang. malu2 tucim. dengan baik hatinya dia siap kopek dan letak depan aku lagi. katanya..ala tau la ko nak tp malu kan.dush3..amik ko sebijik. kuang asam tol kawan aku nie, perli pon agak2 la.hehehe.

papepon thanks wei..buah mangga ko memang lemak manis berkrim gila r. tiga bijik aku sebat sorang.ekrs....Alhamdulillah...:)



da tingga separuh baru ingat nak snap.hehehhe


nie ler buah mangga yang lemak manis berkrim dijeles ramai.lalalaalla


p/s:nak makan duyan lak rasanya nie. memang teringin gila2 ah. sape2 nak banje nie.kat pasar malam kerichi 5 hinggit sekilo.huwaaaaaaa.ma nak balik kampung makan duyan.


pikir-pikirkanlah...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian