Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Saturday, June 22, 2013

Tangisan Itu....

TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.
Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.(sumber dari utusan).

Keratan akhbar di atas dipetik dari Utusan Malaysia dan berita ini di ambil sewaktu aku melawat beliau. Kesempatan yang aku perolehi rasanya bukan semua orang dapat. Peluang yang datang xkan dilepaskan begitu sahaja.

Begitulah terujanya aku apabila di ajak untuk melawat sasterawan negara di rumahnya. Yela,orang2 penting macam tue, bukan senang kita nak pergi melawat jika tidak ada hal yang berkaitan.

Sayu rasa aku melihat wajahnya ketika bertanya mengenai kisah buku yang ditulisnya. Sukar hendak digambarkan perasaannya kerana ketika dalam usia 91 tahun usahanya penulisannya itu dipertikaikan.

Sebelum kita membuat sebarang komen, ayuhlah kita membaca dan menganalisis sesuatu perkara sedalam-dalamnya sebelum kita membuat sebarang pertikaian. Sebagai rakyat Malaysia yang berpendidikan, ayuhlah kita berfikir dengan sewajarnya.

Fikir-fikirkanlah....:)

Saturday, May 18, 2013

U want kiss me....

Assalamualaikum wbt


Ni dia boyafrends mak yang baru. Hensem tak KAK TON.hahahahahha








Changes is better but.....

Assalamualaikum wbt

Petang korang n selamat berhujung minggu. Sebelum nak mulakan operasi mandikan sigedo, aku nak coret2 sikit 2,3 perkara yang berlaku dalam rutin kerja aku sejak kebelakangan ni.. Rasa cam nak meletop jek kepala fikir2 sal kerja. Lau jumpa kaunselor pon, mesti dia suh aku balik sebab dia pon pening..hahahhaa. Horm,, aku tau korang x paham masalah aku, tp aku gatai gak nak tulis n kongsi...hehehhehe.

Berbalik pada kerja lately ni ada perubahan skit. Biasalah orang atasan punya arahan, kami kenalah ikut. Lau tak, ujung bulan compem aku makan pasir goreng kicap ngan air hujan kosong. Nak main tukar2 ni bukan senang, macam2 kena buat. Tapi apelah daya aku sebagai pekerja. Sedih, geram, seronok semua ada bercampur jadi satu.

Kadang2 stress menekan2 di jiwa bila macam2 pihak join campur tangan. tapi bak kata aku punya adviser x bergaji, hidup umpama roda. Kadang2 kita di atas, dan kadang2 kita nun di bawah. Walau apepon terjadi, kerjalah sebagai satu tanggungjawab sebab dunia ni hanya sementara sahaja. Apepon yang berubah, kita perlu terus tekun dan bersemangat. Jangan berubah kerana orang lain.

Otak aku da cam roller coster jek jadinya. Ape yag dipesan itu semua betol, cuma aku rasa down sikit nak teruskan kerja. bila pikir2 balik, sepanjang kerja, aku pon lom tunjukkan bakat dan kebolehan yang ada. Taraa papa nak di berikan if aku tukar kerja lain. So daripada aku duk memikirkan nasib yang belum pasti, aku mesti bangkit dan buktikan. Mengeluh takkan bagi aku pape yang menguntungkan. Sekurang2nya, bila aku berhenti atau diberhentikan, aku ada SESUATU yang boleh dibanggakan.

Kalau korang ada pendapat nak share dengan aku, sila2 kanlah yer. Aku sangat2 memerlukan motivasi daripada korang semua. Sharing is Caring kan...hehehhehee

im rite now

p/s: i got da flu n angin2 sickness disebabkan terlalu memikir sal kerja...huhuhuhu

Friday, May 10, 2013

Jodoh bukan cam beli ikan kat pasar

Assalamualaikum

Pernah tak korang ditanya pasal jodoh dan camne nak jawab bagi memuaskan hati semua pihak? Aku pelik dengan sikap sesetengah masyarakat kita, langsung takde sensitiviti dengan orang sekeliling. Bila diri sendiri dan punya apa yang orang lain belum ada, mulalah sibuk bertanya kepada orang lain.

 Bila nak kawen? da ada empunya ke belum? kenapa lambat sangat nak kawen? Soalan-soalan cepu emas ini seringkali ditanya bagi mereka yang lambat berkahwin termasuklah aku yang berada di dalam golongan ini. Kalau dibalas cara lembut, ada sahaja balasan yang menyakitkan hati. Bila dibalas cara kasar, nanti dikatakan tak hormat orang tua. Serba salah jadinya berada di dalam situasi begini.

Kadang-kadang aku sendiri stress bila soalan2 ini ditanya berkali2. Siapa aku untuk mempersoalkanNya. Setiap apa yang Allah lakukan, mesti ada hikmah disebaliknya. Namun bagi mereka yang tidak paham dan buat2 tak paham, aku cam rasa nak hempuk jek kepala tu. 

Jodoh ni bukan cam nak pilih ikan di pasar. Selonggok 2 ringgit, 5 ringgit or 10 ringgit. Jodoh ni mahal harganya. Kalau kat pasar nak ikan apa semua ada. Mak kita lau beli pon mesti pilih yang terbaik dulu. Begitu juga dengan bakal jodoh. Mana ada orang nak amik aci rembat jek. Mestilah seseorang itu akan berusaha, berdoa dan tawakal kepada Allah swt.

Jadi, bagi mereka yang suka bertanya tak tentu hala, bermuhasabahlah diri tu terlebih dahulu dan cuba pikirkan sebelum bercakap.

ikan pon mahal berbanding ayam...:P

Pikir-pikirkanlah....:)

Saturday, April 20, 2013

Beutiful Is Pain... Tapi Aku Tak Nak

Assalamualaikum wbt

Morning u alls n selamat berhujung minggu... Huargggghh..bestnya menguap sambil menggeliat. Homak buruk bebenor perangai anak dara ni. Lau bakal suami nampak compem cabut lari...hahaha. Amecam hujung minggu korang? ape plan?Cewah..Budjet ada orang komen..hehehhe. Aku cam biasa melepak di rumah my sis aka mak jemah cos nak makan free hujung minggu...hahahhaa.

Horm...arini da masuk hari ke-4 aku bersama si gigi besi. Masih terasa sakit dan lenguh lau bercakap n makan. Tapi aku still lagi bertahan. Yang menjadi masalah time nak makan jela. Muak asyik duk telan menda lembut. Ni baru 4 hari, lau 40 hari alamak kekejangan la aku.hehhehe. Poyo jek kan, tp ni real k. korang tanyala sapa2 yg pakai gigi besi nie, compem jawapan diaorang sama ngan aku.

Dalam tak lalu makan, aku bedal gak la mee kari kat opis semalam. Dapat makan kuah pon jadilah..janji tak kempunan...hahahah. Pagi tadi lak, my sis sibuk ajak aku pi beli sarap. Aku malas nak layan, last2 dia goreng meehon...Perghhh....meleleh air liur.

Dasar muka xde hidung, aku bangun terus amik pinggan n makan. Tapi, aku lenyek2 dulu meehon tu kasi lembut. Sakit pon sakit la..janji aku ley bedal. Perut aku memang kuat makan.. Lau orang kata aku mok, aku marah..Tapi hakikatnya memang da GEMOK..hahahha.

Tak cukup ngan mehoon goreng tadi, aku buat lak mushrom soup.. Pergh....sedap gila. Abis dua mangkuk kecik. Nampak tak camne tahap kelaparan aku disebabkan kekurangan nasi di dalam badan. Aku harap sangat aku tabah dan sabar. Betul la kata Mr S.. Beutiful is PAIN but aku bukan nak cantik...huahuahuaha. Takpela...aku kena bertabah sebab doktor kata tak lama. Bila da ok..ley la cabut...hehehe.

 Kla, skunk ni aku ngan my sis sibuk lak nak pikir makan untuk tengah hari. Ha,...aku da ada cadangan...Tarra...nantikan santapan tengah hari nanti ya....


kalau tak sakit habis dua pinggan nie...:)

Pikir-pikirkanlah....:)

Thursday, April 18, 2013

Akulah Si Gigi Besi

Assalamualaikum wbt...

Tarra....ding dang muncul lagi dengan permainan baru.. Hehehehe, takde kena mengena langsung. Saja buat intro sebab da lama aku tak post papekan. Kali ni aku nekad nak bersihkan balik sawang yang ada. Dengan azam baru walau da mencecah setengah tahun. Ecececehhh...masih belum lambat k.

Alhamdulillah..akhirnya niat aku nak pakai gigi besi aka braces tercapai setelah lama membuat keputusan. Memang la korang akan kata aku pakai untuk cantik, tapi niat aku memang tidak sama sekali. Aku hanya mau merapatkan gigi arnabku yang jarang dan semakin jarang aka jongang. Lau korang tengok gambar2 aku sebelum nie memang xkan nampak sebab aku memang terkenal dengan budak muka sombong yang tak pandai senyum. hehehhee. Tapi apa boleh buat, memang mak tak reti senyum..hahahhaa.

Btw, aku nak tutup gigi tue sebenarnya. Aku terasa sedikit malu dan merasakan setiap orang akan peratikan gigi aku yg jarang tu bila bercakap. Padahal aku yang syok sendiri perasan hot.hahahhaaa. Excely, aku memang bersyukur dengan apa yang telah Allah SWT anugerahkan kepadaku. Cuma bak kata imam muda asyraf bergantung kepada nawaitu kita.. So lau korang berangan nak pakai kerana nak chantekkkk, pikirla seploh kali sebab sakitnya boleh tahan tahap dewa.

Aku baru dua hari melalui kesakitan memakai gigi besi aka braces nie. Tanggal 16 April 2013 kiranya tarikh keramat la. Aku bernasib baik cos tak perlu nak cabut gigi bagai macam orang lain memandangkan gigi aku memang da jarang. So besi tue mudah sangatla nak ditarik dan diletakkan. Setelah apoiment aku ngan Dr Z (memang baik gila doktor ni) bermula, datanglah aku ke kliniknya tepat jam 5.30 pm. Kira konfident jek datang sorang2. Da masuk bilik rawatan, Dr Z tersenyum sambil suh aku baring. Dalam pada aku duk betulkan posisi, sempat lagi dia tegur kasut aku yang merah menawan. Aku tersengih2 bak kerang busuk sebab tu kasut baru...hahahhaaa.

Ralit aku mendengar Dr Z berborak dengan pembantunya, tiba2 dia suruh aku bukak mulut luas2. Pap...sederap aku rasa sesuatu yang keras masuk ke dalam mulut. Pergh... rasanya buatkan aku nak termuntah. Lepas tu dia tarik balik. Dr Z bgtau aku bahawa menda alah tersebut adalah acuan untuk mengukur gigi. fungsinya aku langsung tak tau.hehehhehe.Settle acuan, sekali lagi Dr Z suruh aku bukak mulut seluas yang mungkin sambil memasukkan acuan gigi plastik (biasanya orang sukan boxing guna nak bagi elak gusi berdarah). Memang lenguh gila la rahang ni sampaikan aku suh Dr tu bukak sekejup. 

Pastu tibalah upacara menggam gigi aku ngan besi kecik2. Aku tak tau dia buat camne sebab aku langsung x nampak.hehhehee. Tak sampai 15 minit, Dr Z da suh aku pilih warna getah. sekali lagi, aku langsung tak tau fungsi getah tu nak buat ape cos aku  x goggle pon pasai braces ni. Yang aku tau aku nak pakai jek. Memang pemalas tahap gaban kan aku...huhuahuaha..Pilih punya pilih, aku amik warna pink. Kalau diikutkan, dulu aku memang tak minat pink, tp sebab mamat takde perasaan ni, aku ley minat pink. Lau BFF aku baca, mesti dia gelak tahap tenggiling ni...hahahhahaa.

Akhirnya lebey kurang sejam..Tarra....gigi besi pink terserlah. Buat kali kedua Dr Z sempat usik aku. Katanya warna pink warna perempuan...Puihhhh...nak muntah..hahahahaa. Da settle..lebey kurang kol 7 ptag, aku da boleh chow sinchi setelah dibekalkan dengan pelbagai pesanan dan set berus penjagaan gigi besi. Masuk jek dalam kereta, aku tersengih2 tengok cermin... Da macam betty lafea yang pakai gigi besi tu..Tapi aku versi chomel..hahahahhaa..Jangan muntah k...peace....


6 perkara korang perlu tau dalam entry ni:

1. Aku just buat braces gigi atas jek cos gigi bawah da ok n cantik menawan...hehehhee
2. Harga yang ditawarkan agak berbaloi dan boleh bayar ansuran.
3. Dr Z ni cukup baik dan lemah lembut bagi aku.
4. Warna pertama aku pilih pinky....hahahhahaa
5. Aku sentiasa tengok cermin, lebih konfident dan sering tersenyum.
6. Special thanks buat angah aku yang tak jemu2 bagi support dalam apa jua perkara yang aku lakukan. 


ni la lebey kurang gigi aku, cuma lagi jarang jek...hahhahahahaa


pikir-pikirkanlah.....:))






Monday, January 07, 2013

Aku Kala Ini

Assalamualaikum wbt.

Tetiba windu nak mengepost sesuatu disebalik sesawang ini. aku rindu nak menulis kembal. aku rindu semua kenangan yang lalu. pedih tapi itulah hakikat.


Katakan padaku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus dipersalahkan
Ku akui..
Aku leka dengan kerjayaku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya hatimu laluinya
Ku akui..
Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini
Kini ku rasa kehilangan
Kusedar betapa pentingnya kau disisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku
Jangan, jangan,
Jangan ku ulangi lagi
Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini
Kini ku rasa kehilangan
Kusedar betapa pentingnya kau disisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian