Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Saturday, June 22, 2013

Tangisan Itu....

TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.
Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.(sumber dari utusan).

Keratan akhbar di atas dipetik dari Utusan Malaysia dan berita ini di ambil sewaktu aku melawat beliau. Kesempatan yang aku perolehi rasanya bukan semua orang dapat. Peluang yang datang xkan dilepaskan begitu sahaja.

Begitulah terujanya aku apabila di ajak untuk melawat sasterawan negara di rumahnya. Yela,orang2 penting macam tue, bukan senang kita nak pergi melawat jika tidak ada hal yang berkaitan.

Sayu rasa aku melihat wajahnya ketika bertanya mengenai kisah buku yang ditulisnya. Sukar hendak digambarkan perasaannya kerana ketika dalam usia 91 tahun usahanya penulisannya itu dipertikaikan.

Sebelum kita membuat sebarang komen, ayuhlah kita membaca dan menganalisis sesuatu perkara sedalam-dalamnya sebelum kita membuat sebarang pertikaian. Sebagai rakyat Malaysia yang berpendidikan, ayuhlah kita berfikir dengan sewajarnya.

Fikir-fikirkanlah....:)

1 comment:

Unknown said...

blogwalking...jemput ke blog saya dan kita tukar link ye..
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian