Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Friday, May 10, 2013

Jodoh bukan cam beli ikan kat pasar

Assalamualaikum

Pernah tak korang ditanya pasal jodoh dan camne nak jawab bagi memuaskan hati semua pihak? Aku pelik dengan sikap sesetengah masyarakat kita, langsung takde sensitiviti dengan orang sekeliling. Bila diri sendiri dan punya apa yang orang lain belum ada, mulalah sibuk bertanya kepada orang lain.

 Bila nak kawen? da ada empunya ke belum? kenapa lambat sangat nak kawen? Soalan-soalan cepu emas ini seringkali ditanya bagi mereka yang lambat berkahwin termasuklah aku yang berada di dalam golongan ini. Kalau dibalas cara lembut, ada sahaja balasan yang menyakitkan hati. Bila dibalas cara kasar, nanti dikatakan tak hormat orang tua. Serba salah jadinya berada di dalam situasi begini.

Kadang-kadang aku sendiri stress bila soalan2 ini ditanya berkali2. Siapa aku untuk mempersoalkanNya. Setiap apa yang Allah lakukan, mesti ada hikmah disebaliknya. Namun bagi mereka yang tidak paham dan buat2 tak paham, aku cam rasa nak hempuk jek kepala tu. 

Jodoh ni bukan cam nak pilih ikan di pasar. Selonggok 2 ringgit, 5 ringgit or 10 ringgit. Jodoh ni mahal harganya. Kalau kat pasar nak ikan apa semua ada. Mak kita lau beli pon mesti pilih yang terbaik dulu. Begitu juga dengan bakal jodoh. Mana ada orang nak amik aci rembat jek. Mestilah seseorang itu akan berusaha, berdoa dan tawakal kepada Allah swt.

Jadi, bagi mereka yang suka bertanya tak tentu hala, bermuhasabahlah diri tu terlebih dahulu dan cuba pikirkan sebelum bercakap.

ikan pon mahal berbanding ayam...:P

Pikir-pikirkanlah....:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian