Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Monday, October 18, 2010

Stop thinking....!!!!


Assalamualaikum wbt.

Dup..dap..dup..dap....
Perkara yang paling mendebarkan aku da nak tiba x sampai sebulan lagi.
tapi aku still lagi cam lom bersedia.

Wake up cik ude wake up...masa beranganmu sudah abis,bangunlah menuju ke alam sebenar..cewah macam aku masuk ke alam Alice n Wonderland jek..kihkihkih.

Aku selalu berfikir kan best kalau dalam sistem pendidikan di Malaysia ni xde exam tapi just praktikkan ape yang kita belajar.Bagi aku bila kita praktik lebih baik dari teori. Sebab ape aku fikir camni, kadang-kadang aku sendiri belajar bukan untuk memahami apa yang di pelajari tapi untuk exam semata-mata. So bila aku belajar untuk exam semata-mata korang taula kan ape yang terjadi..lepas exam abis semua hilang.

Memang kalau difikirkan salah sendiri, tapi nak buat camne..dah di set dalam otak sejak kecik yang belajar akan ada exam.So kena belajar pandai2 sebab exam nie menguji sejauh mana tahap pelajaran yang kita pelajari.

Berfikir nie xkan abis kalau kita tidak mencari jalan penyelesaiannya. Ada positif n negatifnya exam dalam pendidikan ini sebenarnya. Terpulang kepada individu nak fikir camne dan ape yang aku tau aku kena juga jawab exam walau banyak mana aku fikir.hahahhahaa.

"Boleh Jadi apa yang kamu benci itu lebih baik buat kamu dan kemungkinan apa yang kamu suka itu sesuatu yang tidak baik untuk kamu. Sesungguhnya hanya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita kerana Dia Maha mengetahui segalanya"

Bila aku nampak petikan atas ni kat blog kawan aku barulah aku dapat jawapannya. Exam tetap exam dan janganlah aku cbuk2 nak tanya kenapa kena exam sebab aku tau jawapannya ialah untuk aku berjaya dalam hidup aku.

Dan exam ni diibaratkan satu ujian yang harus dilalui bagi menyedarkan aku bahawa didepan sana terdapat pelbagai halangan harus aku tempuhi dalam kehidupan ini.


Fikir-fikirkanlah...:)

Pergilah jika itu yang membahagiakan kamu...:(

Assalamualaikum wbt.

Kadangkala apa yang kita mahukan tak semua akan kita akan dapat. Mungkin ada sebab mengapa,kenapa perkara ini terjadi.

Janganlah dikesali kerana didepan sana mungkin ada yang lebih berharga akan menunggu....

Untuk kita-kita aje

Assalamualaikum wbt.

Aku tertarik dengan satu blog yang aku baca mengenai apa yang lelaki suka dan tidak suka pada wanita. Hemm..cerewet juga lelaki ni ya! Kaum wanita kenalah pandai-pandai menjaga tingkah laku. Maklumlah, ciri-ciri wanita idaman lelaki mungkin tidak ada pada kita sekiranya terdapat salah satu sikap yang mereka tidak suka seperti senarai tersebut. Jom kita check list k….:)

Lelaki suka....:)

1. Wanita yang bersikap kelakar
2. Berbudi pekerti 3. Murah hati 4. Senyuman manja
5. Tahu memasak
6. Pandai dalam menggayakan pakaian
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya


8. Tidak mudah naik angin
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
11. Ok...tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi


14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
18. Yang tidak suka berleter
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki

Lelaki tidak suka...:(

1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki


11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.

fikir-fikirkanlah.....:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian