Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Friday, December 03, 2010

Blog oh Blog !!

Assalamualaikum wbt


Usia anda berblog

Baru lagi, dalam 6 bulan lebih :)


Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog

Terpengaruh dengan bengkel islamik yang dihadiri sewaktu praktikal n selalu dapat mesej kat facebook oleh En.Ben.Then usha2 blog dia dari situ mula tangan mula menulis.


Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog

Apa sahaja yang ingin diluahkan, menajamkan penulisan, berkongsi idea dengan kawan2 baru n tambah kenalan


Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog

Encik Ben la. Bukan nak puji tapi memang dulu xtau apa blog sampaila blog En.Ben yang wall dia warna merah dulu selalu masuk lam inbox facebook.hehehehe. Dari situ mula create blog.


Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT

Blog nie ikut suka ko nak tulis apepon selagi tak melanggar tatasusila. Kiranya luahan hati ko la.Ala-ala diari zaman tradisional dan blog zaman canggih


Dalam 100 patah perkataan, Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda

Mampu kot...sebab kalau tak menulis rasa ada sesuatu yang tak cukup dibuat pada hari tersebut. Walau tak menulis pon, dengan blogwalking blogger-blogger lain sudah rasa cukup puas. Lagipon, selain dapat mencurahkan isi hati dan dapat menambah kenalan, dapat juga berkongsi idea-idea yang tidak pernah kita terfikir tetapi orang lain fikirkan. Kan meriah rasanya hidup ini, takdelah bosan jek kan. Lagipun, blog nie dapat menajamkan otak kita untuk menulis sesuatu yang bernas dan tak merapu-rapu.

Hang Out with My Bff

Assalamualaikum wbt

Abis jek exam terus hang out ngan kawan-kawan aku.Pergh rasa lega jek. Layan jela gambar sepanjang kami lepaskan ketensenan lam exam...heheheheee.

kat mane2 pon jadik lau bab bergambar

sebelom perang2 bowling bermula

aksi pemain bowling jatuh longkang....hehehehhee

kamdar!!!memang berbaloi.hehehheheee.

peace no war......sangat cumil.:)

Fikir-fikirkanlah......:)

Melawat Orang Sakit


Assalamualaikum wbt

Lewat petang semalam aku terima panggilan dari kakak aku. Katanya mak mertua dia masuk PPUM. So dia bgtau kalau aku dekat ngan hospital tue tolongla melawat mak mertua dia.

Da semestinya kolej aku memang dekat n aku ngan rela hati setuju nak pergi. Mak mertua kakak aku memang baik ngan kami sekeluarga. X patot rasanya kalau aku x pergi ziarah, lagipon bukan jauh sangat kan.

At least, bila aku pergi melawat dapat gak kurangkan rasa sakit dia. Yela, owang tuakan selalu mahukan perhatian n kasih sayang.

Sejam jugakla aku melawat n layan dia borak2 sambil dengar dia duk cerita pasal penyakit dia. Darah tinggi. kencing manis, batuk n demam. Kecian gak tengok tangan tua tue kena cucuk n masuk air.


hope mok cepat sembuh n dapat kuar hospital awal.

Kat entri nie aku sertakan sekali Adab-adab ketika melawat Orang Sakit.

1. Melawat orang yang sakit adalah fardu kifayah

Sabda Nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :-

حق المسلم على المسلم خمس : ردّ السلام وعيادة المريض واتباع الجنائز ، وإجابة الداعي وتشميت العاطس

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin” [Hadith Riwayat Ahmad 2/540, al-Bukhari #1240, Muslim #2792 dan Abu Daud #5031].

2. Beberapa tips menziarahi pesakit :-ah menurut kebanyakan ulama’.

a. Menziarahi pesakit mendatang banyakkan banyak kebaikkan. Sabda Nabi saw :-

إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ

“Apabila seorang Islam melawat saudaranya yang sakit, dia sebenar telah melabur buah-buahan syurga sehingga dia kembali” [Hadith Riwayat Muslim #2568].

3. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.Ia kemungkinan akan membuat pesakit tidak merasa senang, melainkan dia sendiri menghendaki orang2 tertentu berada lebih lama lagi disitu.

4. Berdo’alah untuk pesakit agar dia sembuh.
Contoh do’a :-

أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ , وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي , لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ambillah penyakit Ya Tuhan manusia, sembuhkanlah, kerana engkau Maha Penyembuh, Tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan engkau, tidak ada penyembuh melainkan penyembuhan engkau, penyembuhan engkau tidak meninggalkan kesan kepada penyakit” [Hadith Riwayat Muslim #2191].

5. Berilah kata2 semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.

Melawat muslim yang sakit:
"Siapa yang melawat orang sakit bererti dia duduk di taman-taman Syurga, jika dia hendak berdiri, maka ditugaskan tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya sampai malam hari" (HR. al-Hakim)

Fikir-fikirkanlah......:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian