Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Friday, December 03, 2010

Melawat Orang Sakit


Assalamualaikum wbt

Lewat petang semalam aku terima panggilan dari kakak aku. Katanya mak mertua dia masuk PPUM. So dia bgtau kalau aku dekat ngan hospital tue tolongla melawat mak mertua dia.

Da semestinya kolej aku memang dekat n aku ngan rela hati setuju nak pergi. Mak mertua kakak aku memang baik ngan kami sekeluarga. X patot rasanya kalau aku x pergi ziarah, lagipon bukan jauh sangat kan.

At least, bila aku pergi melawat dapat gak kurangkan rasa sakit dia. Yela, owang tuakan selalu mahukan perhatian n kasih sayang.

Sejam jugakla aku melawat n layan dia borak2 sambil dengar dia duk cerita pasal penyakit dia. Darah tinggi. kencing manis, batuk n demam. Kecian gak tengok tangan tua tue kena cucuk n masuk air.


hope mok cepat sembuh n dapat kuar hospital awal.

Kat entri nie aku sertakan sekali Adab-adab ketika melawat Orang Sakit.

1. Melawat orang yang sakit adalah fardu kifayah

Sabda Nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :-

حق المسلم على المسلم خمس : ردّ السلام وعيادة المريض واتباع الجنائز ، وإجابة الداعي وتشميت العاطس

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin” [Hadith Riwayat Ahmad 2/540, al-Bukhari #1240, Muslim #2792 dan Abu Daud #5031].

2. Beberapa tips menziarahi pesakit :-ah menurut kebanyakan ulama’.

a. Menziarahi pesakit mendatang banyakkan banyak kebaikkan. Sabda Nabi saw :-

إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ

“Apabila seorang Islam melawat saudaranya yang sakit, dia sebenar telah melabur buah-buahan syurga sehingga dia kembali” [Hadith Riwayat Muslim #2568].

3. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.Ia kemungkinan akan membuat pesakit tidak merasa senang, melainkan dia sendiri menghendaki orang2 tertentu berada lebih lama lagi disitu.

4. Berdo’alah untuk pesakit agar dia sembuh.
Contoh do’a :-

أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ , وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي , لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ambillah penyakit Ya Tuhan manusia, sembuhkanlah, kerana engkau Maha Penyembuh, Tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan engkau, tidak ada penyembuh melainkan penyembuhan engkau, penyembuhan engkau tidak meninggalkan kesan kepada penyakit” [Hadith Riwayat Muslim #2191].

5. Berilah kata2 semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.

Melawat muslim yang sakit:
"Siapa yang melawat orang sakit bererti dia duduk di taman-taman Syurga, jika dia hendak berdiri, maka ditugaskan tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya sampai malam hari" (HR. al-Hakim)

Fikir-fikirkanlah......:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian