Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, December 15, 2010

Susahnya Nak Pilih Cermin Mata

Assalamualaikum wbt

Penat akhirnya berbaloi setelah cermin mata yang aku inginkan akhirnya dapat. Berbelas-belas kedai aku pergi namun hanya kedai nie jek yang menarik hati aku. Walau harhanya pon agak lumayan tapi aku puas hati sebab kena dengan citarasa aku.

Tidak semua bingkai kaca mata sesuai untuk dipakai oleh kita. Biarpun bentuknya cantik tidak semestinya ia kelihatan menarik apabila dipakai. Oleh itu, ketika memilih cermin mata betul adalah pemilihan tepat dari segi bentuk dan warna penting bagi menyerlahkan personaliti kita.

So korang boleh tengok la tips2 kat bawah nie sebelom pilih n beli cermin mata.

PANDUAN: Pilih cermin mata sesuai

- Bentuk muka bujur sirih - sesuai hampir semua bentuk bingkai kaca mata, asalkan tidak terlalu besar.

- Wajah lebih panjang daripada lebar - bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang ini.

- Bentuk bulat - bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat paling ideal.

- Bentuk empat segi - bingkai berbentuk melengkung untuk wajah. Pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelipis agar rahang tidak terlalu menonjol. Bingkai berbentuk bulat dan bujur paling sesuai.

- Bentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu - bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Elakkan bingkai besar.

-Memiliki hidung kecil - penyambung cermin mata yang terletak pada bahagian tengah cermin mata (di atas hidung) perlu berwarna cerah dan berkedudukan agak tinggi.

-Memiliki hidung panjang - bingkai dengan pemegang yang terletak tinggi pada pelipis dan jauh daripada hidung adalah pilihan terbaik untuk penyambung berganda pada cermin mata juga membantu hidung tampak lebih pendek.


rambang mata disebabkan terlampau banyak pilihan

fikir-fikirkanlah......:)

2 comments:

cermin mata said...

kini banyak pilihan cermin mata dipasaran..hehehe kena pilih yang betul2 sesuai

ilham_un said...

a'ah...memang ler kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian