Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, June 29, 2011

selamat tinggal mahasiswi, jubah dan topi.

Assalamualaikum wbt...:))

kenangan konvo seniorku yang terbaik...:))


Horm....Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menghabiskan study aku selama tiga taun. terasa sekejup jek zaman kanak-kanak riang nie berlalu, padahal lau dihitung tiga taun tue merupakan satu jangka masa yang panjang dan macam2 perkara bley berlaku.

Time belajar bukan stress sangat pon dan time stress bermula bila esaimen kena submit n exam. Yang lain aku rasa semua enjoy. Biasala, study bukan satu perkara yg membebankan pon sebab dalam kehidupan kita akan selalu berfikir. So otak kita akan berfungsi 24 jam sehari walau kita tdo sekalipun. oleh itu.... jangan jadikan alasan bahawa kita tidak berfikir dan belajar...heheheheh.

Walaupon aku bukan dicop sebagai best student dan deanlist, namun aku cukup bangga akan pencapaian diriku sendiri. Orang kata ukur baju dibadan sendiri, dan keputusan akhir yang aku perolehi membuatkan aku bersyukur. Apa yang aku belajar itulah yang aku perolehi. Alhamdulillah atas berkat dorongan dan doa keluarga serta ibu aku yang tersayang akhirnya aku berjaya untuk grade bulan seploh nie.

tak sabar rasanya nak pegang jubah n topi konvo tue nanti. paling aku x sabar ialah bila nama aku dipanggil, aku berjalan di atas pentas sambil mama ngan abah aku melihat dari bawah... itulah aku rasa hadiah paling bermakna dapat aku berikan kepada mereka yang banyak bg aku sokongan dan dorongan. tanpa mereka, aku takkan berjaya sehingga ke hari ini.

Pengalaman pahit manis yang aku perolehi selama tiga taun bergelar student nie. Semuanya akan ku kumpul dan adun menjadi kenangan yang paling terindah untuk dikongsi bersama anak cucu aku nanti.


pikir-pikirkanlah...:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian