Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, October 19, 2010

Rambutnya Memikatku...

Assalamualaikum Wbt.

Sesiapa yang mempunyai boyfrend berambut panjang eloklah baca entri ini...:)

Sesetengah pihak mengatakan lelaki berambut panjang ni mengagumkan, malah mempunyai nilai dan gaya tersendiri dan mudah menjadi perhatian umum. Sesetengah pihak lain lak berpendapat lelaki berambut panjang selalunya selekeh, sering dianggap tidak berdisiplin dan banyak kes dikaitkan dengan tabiat kurang baik.

Dulu aku pun x suka dengan lelaki yang berambut panjang cos segan nak berjalan disebelahnya. Ialah, dari depan memanglah sure nampak lelaki, cuba dari belakang, x pasal2 ada yang panggil kakak atau adik....hehehehhee.

Tapi bila aku mengenali si dia yang berambut panjang, persepsi aku terhadap jejaka-jekaka nie mula berubah.Bukan kerana si dia berambut panjang aku berubah pandangan tetapi aku mulai suka dari segi bagaimana lelaki yang berambut panjang nie menjaga rambutnya.

Kalau bercakap soal syampoo,conditioner, saloon, terapi n penjagaan rambut kadang-kadang tak terjawab aku. Kalau korang tak percaya, cubalah tanya kalau2 ada kawan lelaki korang yang berambut panjang. Berapa duit dia habiskan untuk rawatan rambut? Sure punya banyak.

Dan yang lebih mengujakan aku, cuba korang sentuh rambut dia (tue pon kalau diizinkan)kalah model iklan syampoo kat tv.

Jadi kepada gadis2 diluar sana yang mempunyai boyfrend berambut panjang janganlah terkejut jika si dia lebih mengetahui syampoo ape yang terbaik dipasaran untuk mencantikkan rambut dan kadang2 dia mengesyorkan kita memakainya sama.....hahahahahhahaaa.

Kenangan bersama dia banyak sedarkan aku bahawa jangan nilai seseorang itu melalui luaran kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.

Terpulang kepada individu itu sendiri untuk berambut panjang atau pendek cos rambut tak boleh mentafsir siapa diri kita. Tak salah berambut panjang asalkan tau menjaganya dan ingatlah batas-batas sebagai seorang lelaki. Cuma kalau dah berambut panjang tue, sendiri mau ingat, janganlah x reti2 nak uruskan rambut tue sampaikan takut2 "orang" tertukar jadi "antu"....hehehehhee.


Fikir-fikirkanlah...:)

Lawak Tahap Cipan

Assalamulaikum Wbt

Tergelak besar aku bila teringat kembali peristiwa yang aku ngan kawan-kawan alami waktu dalam class berita tadi. Lecturer aku yang berwajah selamba jek sbelom nie bley buat lawak sampai nak pecah perut aku ketawa.

Dia suh kami baca petikan kawan aku mengenai siaran langsung "KINI TIBA MASANYA ACARA MENAIKKAN JALUR GEMILANG OLEH TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI DAN SETERUSNYA MENYEMPURNAKAN UPACARA MEMBEBASKAN 53 EKOR BURUNG MERPATI PUTIH SEBAGAI SIMBOLIK KEMERDEKAAN KALI KE-53".

Dia suruh kami baca tanpa melihat petikan tersebut. Punyalah gabra aku n kawan-kawan baca sampaikan tersasul2. Apa yang menjadi lawaknya ialah Lecturer aku dengan selamba berkata "nasib kamu tak kata kini tiba masanya yang dipertua melepaskan burungnya" kahkahkahkahkah.lawak gla siot.

Pengajaran dari situ,lecturer aku kata,untuk menjadi seorang pembaca berita yang baik kami kenalah selalu alert,bersedia dan cepat tangkap maksud sesuatu perkataan. Kena serius dan x ley main2.

Aku salute ngan lecturer aku nie sebab dia memang banyak pengalaman dalam bidang penyiaran.Aku berdoa hope aku pon macam dia. Tak kedekot nak turunkan ilmu. Gozaito Hozaimas sir.....:)


Fikir-fikirkanlah.......:)

Monday, October 18, 2010

Stop thinking....!!!!


Assalamualaikum wbt.

Dup..dap..dup..dap....
Perkara yang paling mendebarkan aku da nak tiba x sampai sebulan lagi.
tapi aku still lagi cam lom bersedia.

Wake up cik ude wake up...masa beranganmu sudah abis,bangunlah menuju ke alam sebenar..cewah macam aku masuk ke alam Alice n Wonderland jek..kihkihkih.

Aku selalu berfikir kan best kalau dalam sistem pendidikan di Malaysia ni xde exam tapi just praktikkan ape yang kita belajar.Bagi aku bila kita praktik lebih baik dari teori. Sebab ape aku fikir camni, kadang-kadang aku sendiri belajar bukan untuk memahami apa yang di pelajari tapi untuk exam semata-mata. So bila aku belajar untuk exam semata-mata korang taula kan ape yang terjadi..lepas exam abis semua hilang.

Memang kalau difikirkan salah sendiri, tapi nak buat camne..dah di set dalam otak sejak kecik yang belajar akan ada exam.So kena belajar pandai2 sebab exam nie menguji sejauh mana tahap pelajaran yang kita pelajari.

Berfikir nie xkan abis kalau kita tidak mencari jalan penyelesaiannya. Ada positif n negatifnya exam dalam pendidikan ini sebenarnya. Terpulang kepada individu nak fikir camne dan ape yang aku tau aku kena juga jawab exam walau banyak mana aku fikir.hahahhahaa.

"Boleh Jadi apa yang kamu benci itu lebih baik buat kamu dan kemungkinan apa yang kamu suka itu sesuatu yang tidak baik untuk kamu. Sesungguhnya hanya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita kerana Dia Maha mengetahui segalanya"

Bila aku nampak petikan atas ni kat blog kawan aku barulah aku dapat jawapannya. Exam tetap exam dan janganlah aku cbuk2 nak tanya kenapa kena exam sebab aku tau jawapannya ialah untuk aku berjaya dalam hidup aku.

Dan exam ni diibaratkan satu ujian yang harus dilalui bagi menyedarkan aku bahawa didepan sana terdapat pelbagai halangan harus aku tempuhi dalam kehidupan ini.


Fikir-fikirkanlah...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian