Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, October 20, 2010

Bintang yang satu....:)

Assalamualaikum wbt...

Aku ngan novel memang xley jumpa, lau aku da start membaca jangan arap aku nak layan menda2 lain. Teruk an, tp nak buat camne, da tabiat yang sukar dikikis.hehehhe. Aku suka baca novel n minat gak la nak menulis.Tapi bila memikirkan bakat yang xde,rasa malas jek nak tulis.hahahaha. Nie cerpen pes aku tulis disebabkan kena submit esaimen penulisan cerpen. Lau x aku rasa sampai bila2 pon aku x menulis....so lau sape2 rasa nak layan baca.....silakan.

BINTANG YANG SATU

“Apabila kamu rindukan seseorang, pandanglah bintang yang paling terang sinarnya dan percayalah pada hati bahawa orang diingati itu turut merindui kita.”

Kata-kata ini sentiasa tersemat dalam ingatan aku. Bintang merupakan objek kegemaranku dan arwah ibu. Kami mempunyai minat yang sama iaitu suka merenung bintang. Kata ibu bintang memberikannya ketenangan. Cahayanya yang bersinar memberi kita kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan sentiasa menerangi kehidupan orang lain. Arwah ibu mahu aku menjadi seperti bintang yang sentiasa menjadi cahaya pelindung kepada orang lain.

Arghhh, ibu! Rindunya….

Seperti baru semalam engkau pergi, walhal sudah 5 tahun masa berlalu. Semenjak dua menjak ni, aku selalu teringat arwah ibu. Bayangnya seolah-olah berada di segenap ruang litupku. Mungkin ini satu petunjuk di atas kelalaianku kerana sudah lama aku tidak sedekahkan bacaan surah yassin pada arwah ibu. Kekangan masa selalu aku jadikan alasan untuk terus lalai dan leka dalam menurut perintah yang Maha Esa.

Tok..tok..tok…

“Siapa pulak yang mengacau ni, tak baca ke aku dah letakkan perkataan Do not disturb kat muka pintu! dasar tak sekolah,” bentakku, mematikan lamunan terhadap arwah ibu.

“Masuklah, pintu tak kunci! ” jeritku dengan marah.

“ Ayong, mama suruh turun makan,” terjengul wajah adikku Erin disebalik pintu. Aku hanya menggelengkan kepala.

“Turunlah Ayong, dah lama kami tunggu, nanti mama marah Erin,” kata adikku. “Erin turun dulu, bagitau kat mama, Ayong tak lapar,” ucapku.

“ Ala…jomlah Yong, mama masak lauk kegemaran Ayong, sambal udang pun ada,” pujuk Erin lagi.

Mendengar sambal udang, nyaris aku terpedaya dengan pujukannya. Namun ego aku mengatasi segalanya. Aku memang tidak mahu bersemuka dan jarang benar aku hendak makan bersama mereka. Melihat reaksiku yang hanya membisu membuatkan Erin meradang.

“Nanti, kalu papa marah padan muka Ayong!” jeritnya sambil berlalu meninggalkan aku sendirian.

Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Erin. Biarlah ayah hendak marah sekalipun, padaku bukan menjadi kudis lagi. Ayah sudah lama membuang aku dan kasih sayangnya juga sudah beralih semenjak kehadiran dua orang adikku. Erin dan Syahmir anak kembar yang menjadi buah hati ayah sehinggakan kehadiranku di dalam rumah ini tidak dipedulikan.

Sikap tidak adil ayah membuatkan aku bertambah benci dengan Auntie Inas, mama tiriku yang dikahwini ayah selepas tiga bulan kematian arwah Ibu. Bagiku sejak kehadiran merekalah aku di pinggirkan. Kadang-kadang aku keliru dengan sikapku. Padahal sewaktu hayat arwah ibu, aku dan Auntie Inas cukup rapat. Dia selalu membelikan hadiah dan menjadi pendengar yang setia setiap kali aku bertelingkah pendapat dengan ibu dan ayah.

Namun segalanya berubah apabila dia berkahwin dengan ayah. Aku tidak boleh menerima hakikat dan menganggap Auntie Inas merampas ayah. Kawan-kawanku semua menyatakan aku bertuah kerana mempunyai seorang ibu tiri yang baik hati dan rajin memasak. Kaum kerabatku juga menyukai dan menyayangi Auntie Inas. Mereka memuji kebaikan Auntie Inas dan katanya tidak sia-sia pilihan arwah ibu untuk mengantikan tempatnya.

Menurut cerita nenek, arwah ibu dan Auntie Inas bersahabat baik sejak dari kecil lagi. Arwah ibu cukup percayakan Auntie Inas. Kata nenek lagi, Auntie Inas pernah mendirikan rumah tangga, tetapi jodohnya tidak panjang. Suami Auntie Inas meninggal dunia kerana kemalangan. Auntie Inas turut terlibat dalam kemalangan tersebut, tetapi dia terselamat kerana tercampak keluar sebelum kereta yang dinaikinya menjunam ke dalam gaung.

Auntie Inas koma selama sebulan, dan apabila sedar dari koma tersebut Auntie Inas mengalami kemurungan akibat kematian suaminya. Arwah ibu dan ayahlah yang banyak menjaga Auntie Inas memandangkan dia anak yatim piatu. Sejak peristiwa itu, Auntie Inas hidup bersendirian kerana tidak mempunyai zuriat dan arwah ibulah yang banyak membantu menaikkan semangat Auntie Inas sehingga pulih. Nenek juga selalu berpesan kepadaku supaya menyayangi Auntie Inas seperti mana aku menyayangi arwah ibu.

Lewat petang sebaik sahaja aku pulang dari kelas, aku ternampak kelibat ayah, Auntie Inas, Syamir dan Erin bersantai di halaman rumah. Luluh hatiku melihat kemesraan dan kegembiraan mereka. Auntie Inas yang menyedari kehadiranku terus menegur…

“Lambat pulang arini Nurul, kamu balik naik apa?” Tanya Auntie Inas sambil meninjau ke arah pintu pagar.

Malas betul aku menjawab, tetapi memandangkan jelingan ayah terpaksa juga aku bersuara.

“Jalan kaki, bus rosak,” jawabku perlahan.

“Ya Allah, kenapa tak telefon rumah, kalau tak boleh mama ambil kamu,” katanya lagi.

“Ala bukannya jauh, lagipun tak nampak ke kaki ni masih boleh berfungsi?” jawabku sambil menghentak kaki.

Dia hanya tersenyum pahit mendengar jawapanku.

“Eloklah kalau kaki tu boleh berfungsi dengan baik, lepas ni pergi dan balik gunakan sahaja kaki tu, tak payah naik bas,” perli ayah sambil berlalu di depan ku.

Terkesima aku mendengar kata-kata tersebut. Hatiku benar-benar terhiris kerana belum pernah ayah mengherdik aku sekalipun sudah kerap kali aku berkasar dengan Auntie Inas. Mungkin ayah sudah muak dengan sikapku yang terlalu degil. Hampir menitis rasanya air mataku, namun kutahan agar tidak jatuh di depan Auntie Inas. Aku tidak mahu dia melihat kekecewaan di wajahku.

* * * * * * * *

“Kenapa abang cakap macam tu dekat Nurul?” kecik hati dia bang. Saya tak kisah dengan kata-katanya. Dia mungkin ambil masa untuk terima saya,” keluh Inas

“Abang luangkanlah sedikit masa untuk dia, mungkin dia cemburu bila tengok abang terlalu rapat dengan Syamir dan Erin. Dia dah besar bang, mungkin jiwanya sensitif ,” luah Inas lagi.

Hakimi hanya diam mendengar kata-kata isterinya. Tangannya hanya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Entahlah Inas, kadang-kadang abang geram dengan sikapnya. Dia langsung tak hormatkan Inas, bukan sehari dua Inas, dah dekat lima tahun masa berlalu. Kenapa dulu dia boleh rapat dengan Inas tapi sekarang semuanya berubah?” rintih Hakimi.

“ Perkahwinan kita ini hanya untuk melihat dia bahagia. Tapi dia tidak pernah fikirkan. Bukan seorang abang hilang, tapi kedua-duanya. Dia seolah-olah cuba mengelak dan menjarakkan dirinya dari abang. Abang tak sanggup Inas, abang sangat menyayangi Nurul.” Sayu hakimi meluahkan perasaannya.

Sedih hati Inas melihat kedukaan sang suami. Dia tahu Hakimi tersepit. Rindu seorang suami pada isteri yang sudah lama pergi dan kerinduan seorang ayah pada anaknya. Alangkah bertuahnya Nurul kalau dia tahu perasaan ayahnya sekarang.

“Sabarlah bang,perbanyakkan doa.” Pujuk Inas sambil menggengam erat tangan Hakimi memberi kekuatan.

Kebelakangan ini, jiwa aku cepat betul tersentuh dengan apa-apa yang berlaku di sekeliling. Mungkin aku tertekan, kerana tidak lama lagi peperiksaan SPM dah bermula. Aku harus rajin belajar untuk mendapat keputusan cemerlang. Bila keputusan periksa gempak barulah aku boleh tinggalkan rumah ini dan sambung study kat oversea.

“Tentu ayah gembira kalau aku takde kat rumah ni.” Ligat kepala Nurul membuat perancangan.

“Alamak, mana aku letak buku rujukan sains ni? tadi ada atas meja, siapalah yang suka alihkan barang-barang aku,” omelku sambil mencampak segala barang-barang yang sudah kemas tersusun.

Aduh, matilah aku kalau tak jumpa. Esok dah lah aku kena pulangkan kat library. “Ni mesti kerja si budak Syamir, selalunya dia sorang sahaja yang suka keluar masuk bilik aku.” Fikir Nurul.

Syamir….Syamir…

“Mana la pulak budak nie? Siap la kamu kalau aku jumpa.”

Melihat Syamir yang menyorok disebalik pintu sambil memegang buku rujukan sains aku yang telah koyak menaikkan suhu darjah kemarahanku. Aku mencubit telinganya sambil memukul badannya dengan bulu ayam. Terjerit-jerit Syamir meminta maaf dariku, namun aku tidak peduli dengan rayuan tersebut.

“Kan Ayong dah pesan jangan usik barang-barang Ayong! Kenapa degil sangat ni. Ya Allah! Habis koyak buku aku! ” jerit Nurul dengan kuat.

“Ayong! Jangan pukul adik, kesian dia Yong.” Rayu Erin apabila melihat aku memukul Syamir tanpa belas kasihan.

Aku menolak Erin ke tepi, kemarahanku terus menggila. Melihat Syamir yang semakin parah membuatkan Erin menangis dan berlari ke atas.

“Papa! Mama! Tolong Syamir pa, Ayong mengamuk. Teruk adik kena balun dengan Ayong,” temengah-mengah Erin memberitahu Hakimi dan Inas akan kejadian tersebut.

“Syamir buat apa?” Tanya Hakimi terkejut.

Belum sempat Erin menjawab, Inas yang baru selesai solat, terkocoh-kocoh berlari keluar ingin melihat kejadian tersebut dituruti oleh Hakimi dan juga Erin.

Nurul...

“Kenapa ni, apa yang Syamir dah buat?” tanya Inas.

Sayu Inas melihat anak bongsunya tersedu-sedan menangis menahan kesakitan.

“Lain kali jangan sentuh barang aku, ajar sikit anak engkau! Kalau tak pandai ajar biar aku saja yang ajar.” Tengking Nurul dengan kuat.

Pang!

“Siapa ajar kamu biadap macam ni Nurul, kamu tahu kamu bercakap dengan siapa?” marah Hakimi.

Terkejut dengan tamparan ayah, membuatkan Nurul membisu seribu bahasa. Titisan air mata berderai juga akhirnya, Nurul hanya tunduk dan terus berlalu tetapi di halang oleh Inas. Kekagetan melihat keadaan tadi membuatkan Inas ingin sahaja memeluk dan memujuk anak gadis itu. Namun Nurul menolak tangannya.

“Nurul benci ayah!” perlahan Nurul menuturkannya.

Kalimah itu membuatkan Hakimi terkedu. Tidak sangka tangannya sanggup mengasari anak gadisnya sendiri. Dentuman pintu bilik menyedarkan Hakimi. Nurul sudah tiada di situ.

Peristiwa pertengkaran aku dan ayah, berlalu begitu sahaja. Puas ayah dan Auntie Inas memujuk dan meminta maaf, namun aku hanya berdiam diri. Ayah akhirnya beralah dan membiarkan aku sendirian. Bagi aku biarlah masa yang menentukan segalanya dalam menyelesaikan masalah aku sekeluarga.

MERDEKA!!!

Hari ini hari terakhir exam spm. Soalan terakhir kertas add math aku jawab dengan penuh keyakinan dan berharap semuanya berjalan lancar. Perancangan yang aku buat akan terlaksana beberapa hari lagi, beg troliku sudah terisi penuh dengan pakaian dan kelengkapan. Cuti panjang akan aku habiskan di kampung bersama nenek.

Dummmmmmmmmmmmmm!

Gelapnya?

“Kenapa pandangan aku kabur ni?” Nurul menekan-nekan kedua-dua matanya.

Barulah ternampak sedikit cahaya dan dia terpinga-pinga kerana mendapati dirinya berada di sebuah kawasan yang lapang.

“Eh, ayah, Auntie Inas, Erin dan Syamil ada kat sanalah? Mereka buat apa, tak nampak aku ke?” Nurul melambai-lambai tangannya ke arah mereka, namun usahanya gagal apabila mereka hanya terus berjalan.

“Bagaimana aku boleh berada disini?” pikir Nurul.

Baru sebentar tadi aku menolak beg troliku keluar dari rumah tanpa pengetahuan sesiapa. Tiket balik ke Perlis sudah berada dalam gengaman tanganku sejak beberapa hari yang lalu. Tiket itu aku beli sewaktu hari terakhir aku keluar berjumpa rakan sekelasku.

Kakiku terus melangkah tanpa tujuan. Tekakku mula terasa perit kerana terlalu dahaga dan kepanasan. Puas aku berfikir bagaimana aku boleh berada kawasan padang pasir ini. Sukar rasanya untuk aku mencari jalan pulang apatah lagi kakiku seolah-olah berat untuk melangkah. Aku bersandar kepenatan di sebatang tunggul kayu reput.

“ Kenapa ayah tak nampak aku, ayah mahu balas dendam kepadaku agaknya?” penat bermonolog sendiri mencari jawapan membuatkan Nurul tertidur akhirnya.

Nurul, Nurul...

Terasa lembut tangan mengusap kepalaku membuatkan aku terjaga dari tidur. Ibu?

Aku mencubit pipiku untuk melihat sama ada ini hanyalah mimipi ataupun kenyataan. Ibu tersenyum melihat keletahku lalu memelukku rapat kedada dan mencium lembut dahiku. Aku menangis kerinduan dan membalas pelukan ibu. Aku lantas menceritakan apa yang terjadi kepada ibu tentang kehidupanku.

Ibu hanya menggeleng kepala.

“Renungkan kembali apa yang Nurul buat pada mereka dan berfikirlah dengan hati yang tenang dan akal yang waras,” nasihat ibu.

Ibu menceritakan kepadaku kenapa dia memilih Auntie Inas sebagai pengantinya menjagaku. Cerita ibu membuatkan hatiku sayu dan sebak, aku seperti tersedar dari lamunan yang panjang. Betapa besarnya pengorbanan Auntie Inas padaku dan ayah. Seribu penyesalan bersarang di dalam kepalaku dan segala perbuatan yang aku buat. Aku malu untuk berjumpa Auntie Inas lagi.

“Nurul setiap masalah ada penyelesaian, tutup mata kamu dan buang segala dendam dalam hati kamu. Bila kamu bangun mulakan hidup kamu dengan permulaan yang lebih baik.” Ucap ibu sambil mengusap-usap rambutku dan akhirnya aku terlena di pangkuan ibu.

EMERGENCY CASE!

“Doktor, bagaimana keadaan anak saya”? Hakimi terus bertanya apabila melihat seorang doktor muda keluar dari wad kecemasan tersebut.

Doktor itu hanya menyuruh Hakimi bersabar kerana keadaan anaknya amat kritikal.

“Dia mungkin akan koma atau akan sedar pada bila-bila masa, bergantung pada keadaan, masa dan kekuatan sistem badannya. Bersabarlah En. Hakimi, bawak berdoa semoga umur dia dipanjangkan Allah s.w.t,” kata-kata doktor muda itu terngiang-ngiang di telinga Hakimi.

Tidak pernah terpikir yang anaknya akan terlantar begitu. Nurul terbabit dalam kemalangan semasa dia hendak melintas jalan, pemandu kereta berkenaan melarikan diri dan membiarkan anaknya terdampar di tepi jalan.

Mujurlah ada beberapa orang yang melihat kejadian tersebut menghantar anaknya ke hospital. Tiada siapa yang harus dipersalahkan kerana ini semua telah ditetapkan oleh qada dan qadar tuhan. Hakimi hanya mampu berserah dan pasrah.

Sudah tiga bulan Nurul terlantar koma, Hakimi sekeluarga tidak pernah berputus asa dan sentiasa berfikiran positif yang suatu hari anaknya akan sedar. Dia tidak pernah jemu berulang-alik kehospital untuk melihat perkembangan anaknya itu.

Dua hari lepas, dia mendapat panggilan daripada pihak sekolah dan mereka memberitahu, Nurul merupakan pelajar terbaik yang mendapat anugerah dari Kementerian Pelajaran Malaysia dalam peperiksaan spmnya dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke University Oxford, London. Hakimi benar-benar terharu dan berharap Nurul akan sedar untuk menerima anugerah itu.

Malam jumaat itu, merupakan hari yang cukup bermakna buat Hakimi sekeluarga. Lewat bacaan surah yassin dibaca oleh dia dan Inas, Nurul menggerakkan tangan dan membuka mata sambil tersenyum. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya mereka sekeluarga.

“Syukur Engkau mendengar doaku ya Allah,” tutur Hakimi.

“Mama…mama Inas,” perlahan Nurul memanggil ibu tirinya.

Hanya air mata yang mampu dialirkan oleh Inas apabila Nurul memanggil namanya. Hanya pelukan dan kucupan yang diberikan kepada anak itu apabila terbit ucapan maaf dari bibir munggil itu.

“Tiada siapa yang bersalah Nurul, kita sama-sama mencari kasih sayang yang satu dan percayalah kami semua amat sayangkan Nurul. Hanya kamu seorang bintang di hati kami.” bisik Inas ditelinga Nurul.

Betapa hebat kuasa Mu ya Allah, segalanya mampu diubah dengan setiap yang Engkau rancangkan. Terima kasih kerana memberi aku sekali lagi peluang untuk mengubah diriku menjadi lebih baik. Selamat tinggal Oxford, aku lebih senang berada di sisi mama dan ayah. Inilah masanya aku menebus segala kesalahan masa laluku dan membalas segala jasa mereka.

Fikir-fikirkanlah...

1 comment:

kiera syakirah said...

hehe akak..tulis je..x perlu ade bakat ke x..yang pastinya akak nak nulis..haha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian