Followers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Saturday, June 22, 2013

Tangisan Itu....

TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.
Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.(sumber dari utusan).

Keratan akhbar di atas dipetik dari Utusan Malaysia dan berita ini di ambil sewaktu aku melawat beliau. Kesempatan yang aku perolehi rasanya bukan semua orang dapat. Peluang yang datang xkan dilepaskan begitu sahaja.

Begitulah terujanya aku apabila di ajak untuk melawat sasterawan negara di rumahnya. Yela,orang2 penting macam tue, bukan senang kita nak pergi melawat jika tidak ada hal yang berkaitan.

Sayu rasa aku melihat wajahnya ketika bertanya mengenai kisah buku yang ditulisnya. Sukar hendak digambarkan perasaannya kerana ketika dalam usia 91 tahun usahanya penulisannya itu dipertikaikan.

Sebelum kita membuat sebarang komen, ayuhlah kita membaca dan menganalisis sesuatu perkara sedalam-dalamnya sebelum kita membuat sebarang pertikaian. Sebagai rakyat Malaysia yang berpendidikan, ayuhlah kita berfikir dengan sewajarnya.

Fikir-fikirkanlah....:)

Saturday, May 18, 2013

U want kiss me....

Assalamualaikum wbt


Ni dia boyafrends mak yang baru. Hensem tak KAK TON.hahahahahha








Changes is better but.....

Assalamualaikum wbt

Petang korang n selamat berhujung minggu. Sebelum nak mulakan operasi mandikan sigedo, aku nak coret2 sikit 2,3 perkara yang berlaku dalam rutin kerja aku sejak kebelakangan ni.. Rasa cam nak meletop jek kepala fikir2 sal kerja. Lau jumpa kaunselor pon, mesti dia suh aku balik sebab dia pon pening..hahahhaa. Horm,, aku tau korang x paham masalah aku, tp aku gatai gak nak tulis n kongsi...hehehhehe.

Berbalik pada kerja lately ni ada perubahan skit. Biasalah orang atasan punya arahan, kami kenalah ikut. Lau tak, ujung bulan compem aku makan pasir goreng kicap ngan air hujan kosong. Nak main tukar2 ni bukan senang, macam2 kena buat. Tapi apelah daya aku sebagai pekerja. Sedih, geram, seronok semua ada bercampur jadi satu.

Kadang2 stress menekan2 di jiwa bila macam2 pihak join campur tangan. tapi bak kata aku punya adviser x bergaji, hidup umpama roda. Kadang2 kita di atas, dan kadang2 kita nun di bawah. Walau apepon terjadi, kerjalah sebagai satu tanggungjawab sebab dunia ni hanya sementara sahaja. Apepon yang berubah, kita perlu terus tekun dan bersemangat. Jangan berubah kerana orang lain.

Otak aku da cam roller coster jek jadinya. Ape yag dipesan itu semua betol, cuma aku rasa down sikit nak teruskan kerja. bila pikir2 balik, sepanjang kerja, aku pon lom tunjukkan bakat dan kebolehan yang ada. Taraa papa nak di berikan if aku tukar kerja lain. So daripada aku duk memikirkan nasib yang belum pasti, aku mesti bangkit dan buktikan. Mengeluh takkan bagi aku pape yang menguntungkan. Sekurang2nya, bila aku berhenti atau diberhentikan, aku ada SESUATU yang boleh dibanggakan.

Kalau korang ada pendapat nak share dengan aku, sila2 kanlah yer. Aku sangat2 memerlukan motivasi daripada korang semua. Sharing is Caring kan...hehehhehee

im rite now

p/s: i got da flu n angin2 sickness disebabkan terlalu memikir sal kerja...huhuhuhu

Friday, May 10, 2013

Jodoh bukan cam beli ikan kat pasar

Assalamualaikum

Pernah tak korang ditanya pasal jodoh dan camne nak jawab bagi memuaskan hati semua pihak? Aku pelik dengan sikap sesetengah masyarakat kita, langsung takde sensitiviti dengan orang sekeliling. Bila diri sendiri dan punya apa yang orang lain belum ada, mulalah sibuk bertanya kepada orang lain.

 Bila nak kawen? da ada empunya ke belum? kenapa lambat sangat nak kawen? Soalan-soalan cepu emas ini seringkali ditanya bagi mereka yang lambat berkahwin termasuklah aku yang berada di dalam golongan ini. Kalau dibalas cara lembut, ada sahaja balasan yang menyakitkan hati. Bila dibalas cara kasar, nanti dikatakan tak hormat orang tua. Serba salah jadinya berada di dalam situasi begini.

Kadang-kadang aku sendiri stress bila soalan2 ini ditanya berkali2. Siapa aku untuk mempersoalkanNya. Setiap apa yang Allah lakukan, mesti ada hikmah disebaliknya. Namun bagi mereka yang tidak paham dan buat2 tak paham, aku cam rasa nak hempuk jek kepala tu. 

Jodoh ni bukan cam nak pilih ikan di pasar. Selonggok 2 ringgit, 5 ringgit or 10 ringgit. Jodoh ni mahal harganya. Kalau kat pasar nak ikan apa semua ada. Mak kita lau beli pon mesti pilih yang terbaik dulu. Begitu juga dengan bakal jodoh. Mana ada orang nak amik aci rembat jek. Mestilah seseorang itu akan berusaha, berdoa dan tawakal kepada Allah swt.

Jadi, bagi mereka yang suka bertanya tak tentu hala, bermuhasabahlah diri tu terlebih dahulu dan cuba pikirkan sebelum bercakap.

ikan pon mahal berbanding ayam...:P

Pikir-pikirkanlah....:)

Saturday, April 20, 2013

Beutiful Is Pain... Tapi Aku Tak Nak

Assalamualaikum wbt

Morning u alls n selamat berhujung minggu... Huargggghh..bestnya menguap sambil menggeliat. Homak buruk bebenor perangai anak dara ni. Lau bakal suami nampak compem cabut lari...hahaha. Amecam hujung minggu korang? ape plan?Cewah..Budjet ada orang komen..hehehhe. Aku cam biasa melepak di rumah my sis aka mak jemah cos nak makan free hujung minggu...hahahhaa.

Horm...arini da masuk hari ke-4 aku bersama si gigi besi. Masih terasa sakit dan lenguh lau bercakap n makan. Tapi aku still lagi bertahan. Yang menjadi masalah time nak makan jela. Muak asyik duk telan menda lembut. Ni baru 4 hari, lau 40 hari alamak kekejangan la aku.hehhehe. Poyo jek kan, tp ni real k. korang tanyala sapa2 yg pakai gigi besi nie, compem jawapan diaorang sama ngan aku.

Dalam tak lalu makan, aku bedal gak la mee kari kat opis semalam. Dapat makan kuah pon jadilah..janji tak kempunan...hahahah. Pagi tadi lak, my sis sibuk ajak aku pi beli sarap. Aku malas nak layan, last2 dia goreng meehon...Perghhh....meleleh air liur.

Dasar muka xde hidung, aku bangun terus amik pinggan n makan. Tapi, aku lenyek2 dulu meehon tu kasi lembut. Sakit pon sakit la..janji aku ley bedal. Perut aku memang kuat makan.. Lau orang kata aku mok, aku marah..Tapi hakikatnya memang da GEMOK..hahahha.

Tak cukup ngan mehoon goreng tadi, aku buat lak mushrom soup.. Pergh....sedap gila. Abis dua mangkuk kecik. Nampak tak camne tahap kelaparan aku disebabkan kekurangan nasi di dalam badan. Aku harap sangat aku tabah dan sabar. Betul la kata Mr S.. Beutiful is PAIN but aku bukan nak cantik...huahuahuaha. Takpela...aku kena bertabah sebab doktor kata tak lama. Bila da ok..ley la cabut...hehehe.

 Kla, skunk ni aku ngan my sis sibuk lak nak pikir makan untuk tengah hari. Ha,...aku da ada cadangan...Tarra...nantikan santapan tengah hari nanti ya....


kalau tak sakit habis dua pinggan nie...:)

Pikir-pikirkanlah....:)

Thursday, April 18, 2013

Akulah Si Gigi Besi

Assalamualaikum wbt...

Tarra....ding dang muncul lagi dengan permainan baru.. Hehehehe, takde kena mengena langsung. Saja buat intro sebab da lama aku tak post papekan. Kali ni aku nekad nak bersihkan balik sawang yang ada. Dengan azam baru walau da mencecah setengah tahun. Ecececehhh...masih belum lambat k.

Alhamdulillah..akhirnya niat aku nak pakai gigi besi aka braces tercapai setelah lama membuat keputusan. Memang la korang akan kata aku pakai untuk cantik, tapi niat aku memang tidak sama sekali. Aku hanya mau merapatkan gigi arnabku yang jarang dan semakin jarang aka jongang. Lau korang tengok gambar2 aku sebelum nie memang xkan nampak sebab aku memang terkenal dengan budak muka sombong yang tak pandai senyum. hehehhee. Tapi apa boleh buat, memang mak tak reti senyum..hahahhaa.

Btw, aku nak tutup gigi tue sebenarnya. Aku terasa sedikit malu dan merasakan setiap orang akan peratikan gigi aku yg jarang tu bila bercakap. Padahal aku yang syok sendiri perasan hot.hahahhaaa. Excely, aku memang bersyukur dengan apa yang telah Allah SWT anugerahkan kepadaku. Cuma bak kata imam muda asyraf bergantung kepada nawaitu kita.. So lau korang berangan nak pakai kerana nak chantekkkk, pikirla seploh kali sebab sakitnya boleh tahan tahap dewa.

Aku baru dua hari melalui kesakitan memakai gigi besi aka braces nie. Tanggal 16 April 2013 kiranya tarikh keramat la. Aku bernasib baik cos tak perlu nak cabut gigi bagai macam orang lain memandangkan gigi aku memang da jarang. So besi tue mudah sangatla nak ditarik dan diletakkan. Setelah apoiment aku ngan Dr Z (memang baik gila doktor ni) bermula, datanglah aku ke kliniknya tepat jam 5.30 pm. Kira konfident jek datang sorang2. Da masuk bilik rawatan, Dr Z tersenyum sambil suh aku baring. Dalam pada aku duk betulkan posisi, sempat lagi dia tegur kasut aku yang merah menawan. Aku tersengih2 bak kerang busuk sebab tu kasut baru...hahahhaaa.

Ralit aku mendengar Dr Z berborak dengan pembantunya, tiba2 dia suruh aku bukak mulut luas2. Pap...sederap aku rasa sesuatu yang keras masuk ke dalam mulut. Pergh... rasanya buatkan aku nak termuntah. Lepas tu dia tarik balik. Dr Z bgtau aku bahawa menda alah tersebut adalah acuan untuk mengukur gigi. fungsinya aku langsung tak tau.hehehhehe.Settle acuan, sekali lagi Dr Z suruh aku bukak mulut seluas yang mungkin sambil memasukkan acuan gigi plastik (biasanya orang sukan boxing guna nak bagi elak gusi berdarah). Memang lenguh gila la rahang ni sampaikan aku suh Dr tu bukak sekejup. 

Pastu tibalah upacara menggam gigi aku ngan besi kecik2. Aku tak tau dia buat camne sebab aku langsung x nampak.hehhehee. Tak sampai 15 minit, Dr Z da suh aku pilih warna getah. sekali lagi, aku langsung tak tau fungsi getah tu nak buat ape cos aku  x goggle pon pasai braces ni. Yang aku tau aku nak pakai jek. Memang pemalas tahap gaban kan aku...huhuahuaha..Pilih punya pilih, aku amik warna pink. Kalau diikutkan, dulu aku memang tak minat pink, tp sebab mamat takde perasaan ni, aku ley minat pink. Lau BFF aku baca, mesti dia gelak tahap tenggiling ni...hahahhahaa.

Akhirnya lebey kurang sejam..Tarra....gigi besi pink terserlah. Buat kali kedua Dr Z sempat usik aku. Katanya warna pink warna perempuan...Puihhhh...nak muntah..hahahahaa. Da settle..lebey kurang kol 7 ptag, aku da boleh chow sinchi setelah dibekalkan dengan pelbagai pesanan dan set berus penjagaan gigi besi. Masuk jek dalam kereta, aku tersengih2 tengok cermin... Da macam betty lafea yang pakai gigi besi tu..Tapi aku versi chomel..hahahahhaa..Jangan muntah k...peace....


6 perkara korang perlu tau dalam entry ni:

1. Aku just buat braces gigi atas jek cos gigi bawah da ok n cantik menawan...hehehhee
2. Harga yang ditawarkan agak berbaloi dan boleh bayar ansuran.
3. Dr Z ni cukup baik dan lemah lembut bagi aku.
4. Warna pertama aku pilih pinky....hahahhahaa
5. Aku sentiasa tengok cermin, lebih konfident dan sering tersenyum.
6. Special thanks buat angah aku yang tak jemu2 bagi support dalam apa jua perkara yang aku lakukan. 


ni la lebey kurang gigi aku, cuma lagi jarang jek...hahhahahahaa


pikir-pikirkanlah.....:))






Monday, January 07, 2013

Aku Kala Ini

Assalamualaikum wbt.

Tetiba windu nak mengepost sesuatu disebalik sesawang ini. aku rindu nak menulis kembal. aku rindu semua kenangan yang lalu. pedih tapi itulah hakikat.


Katakan padaku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus dipersalahkan
Ku akui..
Aku leka dengan kerjayaku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya hatimu laluinya
Ku akui..
Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini
Kini ku rasa kehilangan
Kusedar betapa pentingnya kau disisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku
Jangan, jangan,
Jangan ku ulangi lagi
Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini
Kini ku rasa kehilangan
Kusedar betapa pentingnya kau disisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku

Wednesday, May 02, 2012

cinta budak sekolah

Assalamualaikum wbt

cinta monyet memang satu pengalaman yang cukup berharga. Sapa yang tak pernah melaluinya bukanlah satu kerugian cuma maybe hilang ckit nikmat kenakalan zaman remaja..hehehhe.

Aku juga antara ribuan manusia yang pernah lalui zaman cinta monyet nie, cuma yang membezakannya cinta monyet aku bertukar jadi cinta orang utan sebab aku tak berani nak luahkan. Pemalu la katakan. hehehe.

Bila tingat kembali mesti aku gelak2 sendiri sebab aku suka kat boy nie tapi dia tak tau. Pernah aku kirimkan lagu Sudirman kat dia ngan lirik2 lagu lagi nak bg dia paham. Tapi nampaknya tak paham n buat2 tak paham kot.hahaha. Time tue xde lak aku rasa malu atau sedih. Maybe waktu tue aku tak nur feeling sangat kot...cewah, ayat cover malu lak kan...:))

Walaupun cinta monyet aku tak berbalas, aku ngan mamat nie tetap kawan baik. Dia pon da jadi suami orang. Tak de jodohkan, nak buat camne. Tapi aku hepy sebab dapat tengok dia bahgia. Cinta monyet pes tak berjaya, tapi cinta monyet lain banyak berjaya cuma tak berpanjangan....hehehehee.

Jom layan lagu nie, buat remaja2 diluar sana yang sedang hangat bercinta.


Dalam diam diam rupa rupanya
Kita sama sama suka
Satu kepala satu citarasa
Cuma berlain jantina

Satu kampung juga satu daerah
Satu tempat bersekolah
Berbasikal sama sama
Iring iringan

Cita cita kita sama tinggi

Menggapai
Hingga ke puncak menara gading
Impian
Pasti akan terbukti
Jika ilmu dicari
Dengan niat azam sepenuh jiwa

Tak terlintas aku melukakan hatimu
Ayah dan ibu suruh belajar dulu
Aku pun ada rasa cinta padamu
Bersabarlah bertenanglah
Belum tiba masanya bercinta

Dalam diam diam rupa rupanya
Kita sama sama suka
Satu kepala satu citarasa
Cuma berlain jantina

Satu kampung juga satu daerah
Satu tempat bersekolah
Berbasikal sama sama
Iring iringan

Cita cita kita sama tinggi
Menggapai
Hingga ke puncak menara gading
Impian
Pasti akan terbukti
Jika ilmu dicari
Dengan niat azam sepenuh jiwa

Tak terlintas aku melukakan hatimu
Ayah dan ibu suruh belajar dulu
Aku pun ada rasa cinta padamu
Bersabarlah bertenanglah
Belum tiba masanya bercinta

Tak terlintas aku melukakan hatimu
Ayah dan ibu suruh belajar dulu
Aku pun ada rasa cinta padamu
Bersabarlah bertenanglah
Belum tiba masanya bercinta



pikir-pikirkanlah....:))

Tuesday, May 01, 2012

aku memang bengang!!!

Assalamualaikum wbt...

Post kali nie bukan nak mengutuk atau mengata tapi realiti masayarakat kita especially aku sendiri yang memang ego dan keras kepala dalam mempertahankan sesuatu perkara. Tajuk nie muncul bila malam tadi aku bertekak ngan kawan aku nie. Bukan besar pon kesnya, tapi dua2 tak nak mengalah maka bermasam muka la jawabnya.

Aku lak bukan xmor mengalah, tapi apa yang aku pertahankan tue betol n sah2 da ada bukti, nak kata apa lagi kan. Cuba kadang2 tue terima dengan hati terbuka walau susah. Mood aku yang elok pon terus lunyai. kadang2 sakit hati nie ditelan sendiri. Tapi bengang jek sampai ke kaki effect dia.huhuhu.

Malas nak bebel panjang2 sebab otak pon da tepu nak tito. Esok keje...uwaaaaaaaaa. malasnya. apepon tak boleh. Demi duit poket, aku harus keje. cewah....:))


amik ko, besar2 aku post perasaan tak puas hati aku.

Pikir-pikirkanlah....:))

Aku peminat tegar

Assalamualakum wbt

Sesaja aku post video nie sebab nak share pengubat stress. Aku gelak guling2 bila pestime kakak ngan abang ipar aku cita pasal iklan nie. Lepas tengok dua video nie memang terbaik la sapa yang buat. Aku compem nak berguru lau diberi peluang.

Bukan senang wo dubbing nie (lau x salah aku ler namanya) nak buat. Perlukan masa, ketelitian n kesungguhan. Jom layan dua video yang aku amik kat u-tube.




nangis nash lau tengok...kihkihkih.




nie lak putih mata bpr dengar.....hahahhaha


p/s:Apa yang patot dilihat ialah kesungguhan pihak media hidangkan yang terbaik buat penontonnya.

pikir-pikirkanlah....:)

sekotak susu, setitis keringat

Assalamualaikum wbt

Gara-gara baca blog mamat zackzukhairi nie maka teringat la aku kat pengalaman yang lebey kurang sama ngan dia. Zaman tu, bukan setakat vitagen jek,  susu kotak pon glamor. Sape nak beli kena bagi kertas jugak  dan tulis berapa nak. Tapi dulu mana la mampu,walau berapa sen sangat la harga susu kotak ngan vitagen tue berbanding sekarang.

Kat sekolah dulu, beberapa hari sebelum agen susu tue datang, cikgu aku awal2 da promote. Aku tunjuk kat abah aku jek, sebab lau tunjuk kat mak aku kompem2 la tak dapat. Tapi tunjuk kat abah aku pon sia2 gak sebab lau aku dapat yang lain mesti nak jugak. Tapi aku yang tak dapat tue la aku merengek2 nak sampai aku dapat. Abah aku lak nak kata apakan, tak dibaginya anak. Merajuk punya merajuk akhirnya abah aku bagi juga duit.( aku pon x sure abah aku bagi ngan ikhlas ke tak....hahahhaha.). 

Kalau semua kawan-kawan beli, tapi aku tak mesti malu kan. Zaman sekolah, ape pon tak ley pikir, yang penting apa yang nak mesti dapat. esoknya bila van tue datang aku mesti senyum sebab duit da ada. aku tak la beli sampai sedozen, cukupla satu kotak sorang untuk adik beradik aku yang lain jugak.

Bila da besar panjang nie, baru aku terpikir yang susahnya abah aku nak cari duit n nak puaskan hati tujuh anaknya yang lain. Bukan senang wo nak adil, kadang2 mesti ada yang terlebey atau terkurang. Diaorang x sedar pon menda tue berlaku. apa nak buat anaknya da ramai.

Bila terkenang kembali, aku rasa nak kuar air mata atas pengorbanan abah n ma aku. Tak terbalas jasa diaorang dalam besarkan kami adik beradik.

Lepas nie, lau aku ada keluarga n anak sendiri, aku nak ajar diaorang macam mak aku selalu ajar kami adik beradik. Nak beli apa2 kena belajar menyimpan dan menabung. Kaedah yang mak aku gunakan tu memang menjadi buat aku sampai sekarang sebab lau aku nak dapatkan apa2 aku akan berusaha menyimpan n beli apa yang aku hajatkan tue....:))


nie bukan gambar susu zaman aku, tapi boleh la ek.

p/s: Tak semua daripada kita dilahirkan didalam dulang emas dan bersyukurlah walau kita dilahirkan dalam dulang suasa atau perak. Bagi aku, pelajaran dan usaha merupakan tunggak kepada kejayaan.

pikir-pikirkanlah....:))

Wednesday, April 11, 2012

Tsunami di Acheh, Tsunami Di Hatiku dan Keluarga

Assalamualaikum wbt..:)

Kecoh seleruh dunia akibat berlakunya gegaran. (Nah ley klik kat cnie cos aku pon bukan terror sangat pon bab-bab EQ nie) arthquake.usgs.gov/earthquakes/recenteqsww/Quakes/usc000905e.php. Kami langsung tak terasa gegaran tersebut sedangkan aku ngan member2 umah duk kawasan apatment tingkat 7. Mungkin tempat kami masih lagi dilindungi.

Bila da rasa cuak dengan kejadian tue, aku terus telefon keluargaku. agak memeranjatkan bila adik aku angkat telefon dan bagitau yang anak buah kesayangan aku kena tahan kat wad. Tetiba aku rasa sedih bila cerita berkait ngan anak buah aku. Sebelum2 nie lau aku cta pasal hero along aku nie semua yang seronok2. lau x caya korang ley layan kenalan diaorang kat cnie .

2,3 ari sebelum tue, mak aku memang datang umah kakak aku sebab nak melawat anak along aku yang demam. Tak sangka plak petang tadi da elok ckit demam terus dibawa keluar ke ekspo. Balik dari ekspo tue la terus anak buah aku menjerit sakit katanya lepas minum susu kotak. Tak boleh aku bayangkan budak umur dua tahun merintih sakit. Nak jek aku berlari ke umah along aku kalau dekat dan peluk erat2 anak buah aku nie.

Nasib baiklah ma ngan adik bongsu aku ada ley tolong tengokkan walaupun malam nie diaorang da nak berlepas balik ke umah di kelantan. Mak aku terpaksa la bawa balik anak along aku yang sulung sebab xde orang jaga. bukan tue saje, yang paling merunsingkan kami semua bila suami along aku sekarang berada di Pulau Pinang cos keje kat sana. Along aku agak kerisauan sebab gegaran berlaku di Acheh dan kawasan peneng juga dijangka perlu berjaga-jaga. Aku harap semuanya akan selamat dan kami semua akan sentiasa dilindungi olehMu Ya Allah. Ya Allah, besar betol dugaan yang ko berikan pada alongku dan semoga dia kuat menghadapinya.

Aku pon da xde idea nak tulis panjang2 sebab duk memikirkan kejadian yang menimpa keluarga kami hari ini. nie baru sikit ujian yang Allah berikan dan aku harap kami semua dapat menerimanya dengan tenang. Kepada along, abang long, ayat dan ayie, ende tau korang kuat dan tabah hadapi semuanya ini dan kami sekeluarga sentiasa ada untuk bagi semangat dan pertolongan. We love u All.

 encem boy kami yang ditahad di wad.

abang long kecik kesayangan kami seolah2 paham apa yang berlaku.

P/S:Kita tidak pernah mampu untuk berfikir apa yang akan berlaku untuk keesokkan harinya, tapi kita mampu berdoa agar untuk hari esok dan seterusnya sentiasa diberkati oleh Allah SWT.amin

Pikir-pikirkanlah....:))



Aku dan Cinta si Kura-Kura

Assalamualaikum wbt...

Entry kali nie saja mood aku nak post lagu. Bukan ketinggalan zaman menghupdate, tapi bila dengar lirik dia, agak 80% tetiba cam terkena kat batang hidung aku. So inilah sebab tangan aku gatai tetiba nak post kat blog terchenta nie.

Betol la orang kata, penggubah lagu dia buat lirik berdasarkan pengalaman sekeliling. Dan aku rasa mungkin pengalaman penggubah lirik nie sikit ada kena mengena ngan aku kot...hehehhee.

Aku sedar aku bukan pencinta yang baik, tapi kita boleh belajar untuk menjadi yang terbaik kan. Aku x mor jadi lembap cam kura-kura tapi mau jadi kura-kura yang ada akal dan idea yang bijak dan brilliant. Aku harap aku boleh jadi cam lirik lagu nie akhirnya..Insya'allah sambil berangan-angan. 

Papepon jom layan lagi nie walau movie cinta si penyu nie agak lembap bak kura-kura...hahahahhaa.

 credit by u-tube

Sofaz - Pencinta Terbaik

Berikan ku peluang terakhir sekali lagi
Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna

Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Lengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta... ooo
Pencinta terbaik

Pikir-pikirkanlah---:>Andai itu takdirnya, aku terima apa yang telah ditetapkan untukku..:))

Sunday, April 08, 2012

Mengimbau Kenangan Ong Bak Rindu di kala Outstation

Assalamualaikum wbt..

Huarghhhhhhhh...humang ko,amik elok bebenar anak dara menggeliat . Lau mak aku tengok nie, dah di cepuk kepala aku jadi sotong.hehehe. Sebenarnya aku meggeliat cos nak hilangkan serta betulkan segala urat sendi yang terpeleot time outstation kat cameron minggu lepas. 4 hari berkampung kat tanah tinggi yang sejuk tahap gaban tue memang berbaloi habis sebab semuanya ditaja...:))

Tentu korang terperanjat kan, sebab sebelum ni aku x pernah cita pon aku dak keje,tup2 cta pasal outstation. biar tol dak nie...hehehe. Sebenarnya, lepas jek abis belajar, Alhamdulillah aku dah jadi wanita bekerjaya selepas sebulan aku mengalas jawatan penggangur terhormat. 

Jawatan n tempat aku keja tue biasa2 jek n biarlah aku secret dulu sebab bukan ape, lum bersedia nak hebah lagi....huahuahua. Xdela, aku malas nak cta aku keje ape sebab bukan gaji juta-juta pon. Tapi syukurlah dapat tambah duit poket n tak di cap sebagai graduan makan anggur.(aku x kata kat sapa2 k, so jangan terasa if terkena).

Ok2, da jauh aku melalut nie. sambung balik sal keje aku nie, memang letih+penat la cos ikut orang. So mane ley nak curi2 tulang kan. tapi lam xley2 tue jugak aku boleykan...hahahha. 

Malas nak bebel panjang2, jom layan gambar aku ber Ong Bak Windu di puncak cameron higland.


 ok...line clear ley gambar kete takde.

with kiki merangkap jurupoto aku yang x bertauliah...

 lihatlah daun teh yang menghijau..memang OMG

 opismate with peneman outstation

 menggamit kenangan menunggu bus di perhentian

 air terjun yang menggamit kedamaian

 sedia untuk dirakam menjadi memories terindah

 ku seru namamu di kaki ladang teh...huahuahua

 ok..1,2,3 jom kita melintas di Tanah Rata

 
disini kami berkampung

 let go to Brinchang

 merasai manis masamnya strawberi itu

 berehat sebentar di Hutan Lipur Pari Fall

 merasai kedinginan malam bersama topi telinga panjang


shopping itu semestinya




 
 bersama krew-krew yang bertugas

Banyakkan gambar aku upload buat tatapan korang semua. saja jek aku titipkan gambar nie semua sebagai kenangan sebab esok2 kita tak tau dapat jumpa or tak lagi orang yang sama2 bekerja dengan kita kan..so rebutlah peluang yang ada.

p/s:thanks diucapkan kepada kawan2 serta pihak yang telah berurusan dan menaja kami. disini aku selitkan sedikt pantun buat kalian. Kalau ada sumur diladang, boleh kita menumpang mandi. Kalau ada program lain, jangan lupa menaja n menjemput kami lagi...hehhehehehe.

pikir-pikirkanlah....:))

Tuesday, March 27, 2012

Post Entri 2012...akhirnya

Berhabuk, Bersawang, Pemalas!!!




Ade aku kisah, lantak ler sebab aku punya blog kan.hehhee. Baik punya alasan kan, tp tue la realitinya sejak aku mula bekerja. gila-gila mengupdate blog da x sehebat dulu. aku da rasa cam takde idea n kering ayat nak menulis n mengshare ape yang aku buat dalam kehidupan sehari.

kalau diikut-ikutkan keje aku skunk ni, patotnya aku lebih freas untuk menulis, tp entahlah, aku pun susah nak describe diri aku skunk. Tp papepon, buat korang yang sudi membaca, menjenguk dan melalu sebentar bersama kit kat kat blog aku, thanks di ucapka. doakan aku rerajin cam korang untuk selalu menghupdate blog k...Love u always blogger Malaysia.




P/s:Menyambung kembali kerja, nanti bila aku rajin aku bgtau korang aku keje ape yer. yang penting dunia study da makin jauh aku tinggalkan...sob..sob..sob..:))

Sunday, August 07, 2011

3 kata

Assalamualaikum wbt


semalam tengah2 otw pergi stesen keteapi aku dengar lagu nie kat era. cam best jek balik terus goggle.. cari2 kru upenya.hehehhe.

kumpulan kru nie salah satu band yang aku minat dr kecik lagi. semua lagu dia memang best2 n tiga beradik ne memang masyuk buat duit ngan projek2 gempak. 3 anak muda yang ada studio baik punya. bangga beb anak malaysia mampu buat camni.
tahniah buat kru atas kejayaan mereka n jom layan lagu 3 kata nie.



Lirik Lagu Tiga Kata – KRU
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Mungkinkah pernah kita
Dah terlalu selesa
Kepimpinan seolah
Semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

di ciplak dari cnie yer...hehheehh

pikir-pikirkanlah...:))

u are everything

Assalamualaikum wbt

When you feel you’re alone in a crowd, when you think no one can understand you, when you think your love is rejected by others, and when you hate your life just close your eyes and think about her who loves you truly, cares for you in your loneliness, dies when you cry, she is no one else but your MOM…

To My Mom Puan Saripah bt Mohamad
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-55

TIADA KATA SEINDAH BAHASA YANG DAPAT ORANG UCAPKAN UNTUK MA. TERIMA KASIH KERANA BESARKAN ORANG SELAMA 26 TAHUN SEHINGGA MENJADI SEORANG ANAK YANG TABAH, KUAT SEMANGAT, CEKAL WALAUPUN KADANG2 SELALU DOWN..

TERIMA KASIH KERANA SELALU MEMBERIKAN BERJUTA NASIHAT, SEMANGAT LETERAN, TEGURAN DAN SEGALANYA UNTUK MENJADIKAN ORANG MANUSIA YANG BERGUNA.

TERIMA KASIH UNTUK SETIAP APA YANG MA BERIKAN UNTUK ORANG.

TERIMA KASIH UNTUK DOA DAN HARAPAN MA PADA ORANG SETIAP KALI ORANG DALAM KESUSAHAN DAN KESENANGAN.

HANYA ALLAH SWT YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA JASANYA MA SELAMA INI.

pikir-pikirkanlah....:))

Tuesday, August 02, 2011

Qistina Pes Give Away

Assalamualaikum wbt....



sambil2 melayan harry potter aku mengusha2 blog best. tiba2 aku di tag untuk join give away nie...kalau korang nak join jom la coz katanya hadiah lumayan...hehehhe. lau korang nak tambah koleksi GA klik cnie

kawan-kawan yang saya sayangi dan ingin kongsi GA kamu telag di tag



pikir-pikirkanlah...:))

Monday, August 01, 2011

Besday Papa @ Abah Jatuh pada 1 Ramadhan

Assalamualaikum wbt....

Tanngal 1 Ramadhan kali ini amat bermakna buat aku dan keluarga kerana menyambut dua hari yang amat istimewa. Pes sambut Ramadhan yang pertama dan second besday abah aku jatuh pada ari yang sama.

Aku anak pertama yang ucap besday abah malam tadi. padahal aku sebenarnya nak ucap selamat menyambut bulan puasa kat diaorang. sambil2 tue da tingat esok besday abah, aku ucap sekali la.heheheh.

Masa bercakap ngan abah aku, sedey lak nak ucap besday dia yang ke 62 tahun. Pergh..da makin tua upenya abah ek. tapi lau tengok abah aku compem korang tak caya dia punya umur ngan fizikal dia. Abah aku memang air muka muda..SEBAB TUE AKU MENURUN...WAKAKAKAK. xmor jeles2 bulan pose nie yer.hehehhee.

Untuk abah...orang memang x mampu nak balas segunung pengorbanan yang abah curahkan buat orang dan keluarga, hanya Allah swt yang dapat membalas segala2nya abah. orang sentiasa doakan abah sihat dan dapat melihat kejayaan kami tujuh beradik dan dapat membalas segala penat lelah abah ketika membesarkan kami.

untuk papaku tersayang

ENCIK HAMID BIN MAT JUSUH
SELAMAT HARI LAHIR
MAY ALLAH BLESS U FOREVER N EVER

see korang caya tak umur papa aku 62 tahun. still ensem n kuat berderak mak aku kata..hehhehehee


P/s:lau ada wit lebey adiah abah lumayan la taun nie...hahahhahaahaa.

pikir-pikirkanlah....:))

RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK....

Assalamualaikum wbt...




Tengok tajuk mesti korang teruja nak join kan. Aku cam biasa akan join gak..heheee.jom2 kongsikan pengalaman kita bersama.

time sahur aku jenis yang tak banyak cerewet bab2 makan nie. bedal jek apa yang ada. tapi lam belasah jek, aku lebey suka lau mak aku buat makanan yang bergoreng jek. kalau lemak2 di sahur sawap nie compom x layan.

antara menu yang paling aku laju jek bila sahur ialah nasi goreng.hehehehe. nak kat bawah nie aku share link nasi goreng da best.

kalau korang nak tau sape buat nasi goreng nie sila klik kat pic nie yer...:))


pikir-pikirkanlah.....:))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

cinta (1) contest (4) family (18) food (1) freindz (10) holiday (4) kehidupan (76) kenangan (47) kesihatan (1) lucu (1) mood (33) music (1) picture (15) sahabat (2) segmen B.A (16) study (2) video (6)

semekar nyanyian